Khamis, 22 Mac 2012

Al-Fatihah: Tokoh wartawan Tan Sri Mazlan Nordin meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Tokoh wartawan negara yang juga bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Tan Sri Mazlan Nordin, 86, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya, di sini pada jam 4.15 petang tadi.

Anak Allahyarham, Yuri Azhar berkata, bapanya dimasukkan ke pusat perubatan itu semalam selepas terjatuh di bilik air di rumahnya.

Allahyarham meninggalkan lima orang cahaya mata iaitu empat lelaki dan seorang perempuan serta empat orang cucu.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumah anak perempuannya di No 14, Jalan Dato Abu Bakar 16/1, Petaling Jaya untuk urusan pengebumian.

Mazlan pernah bertugas di akhbar Utusan Melayu, Voice of America, kemudian kembali ke Utusan Melayu, ke akhbar Berita Harian, seterusnya ke Bernama, sebelum kembali ke Utusan Melayu dan kemudian menjadi Pengerusi Bernama.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menganugerahkan beliau Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang komunikasi di atas jasanya kepada bidang kewartawanan pada konvokesyen 2005.

Selain itu beliau turut dianugerahkan Tokoh Wartawan Malaysia pada 2002 dan Tokoh Wartawan Terbilang UKM 2009. - BERNAMA

Apa Strategi Anwar Mahu Bermain Isu Salman Rushdie?

Mengenali stail politik Anwar Ibrahim, dia ada muslihat tertentu apabila sengaja memperbesarkan sesuatu isu. Dalam kes Salman Rushdie, nampaknya Ketua Pembangkang ini amat berminat supaya isu tersebut diperdebatkan, dilanjutkan dan dibicarakan mungkin dalam versi berbeza di luar negara dan dalam negara.

Apa umpannya... apa muslihatnya, sedangkan satu dunia sudah mengetahui prinsip Anwar Ibrahim dengan Salman Rushdie?

"Saya dan Azizah tidak akan hadir ke acara petang esok kerana membantah kehadiran Salman Rushdie yang secara biadab menghina Rasulullah," kata Anwar dalam twitternya 16 Mac lalu.

Apakah maksud kata-kata Anwar dalam twitter itu? Adakah bermaksud Anwar memboikot program 'India Today Conclave' kerana penganjur itu turut menjemput Salman Rushdie?

Orang awam yang terpedaya dengan muslihat permainan kata-kata Anwar mungkin memahami begitu. Tetapi itu bukan maksud sebenar Anwar kerana dia tetap hadir pada program anjuran kumpulan media India, indiatoday dengan kerjasama kerajaan United Kingdom (UK) itu.

Anwar, mungkin tidak mahu lagi mengulangi tragedi 'Apology Tour', jika dirinya dianggap kontroversi kerana memboikot program anjuran kerajaan UK yang memberi gelaran 'Sir' kepada Salman Rushdie yang turut menjemput pemikir Zionis kotemporari, Henry Kissingger, bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) itu.

Dulu, pada akhir tahun 1990-an, ketika berstatus Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Anwar sanggup selewengkan wang rakyat sebanyak RM38 million untuk membayar pelobi Zionis, APPC (Asia Pacific Policy Centre) semata-mata untuk membawa Henry Kissingger ke Malaysia dan kini, dalang di sebalik penganjuran program di India itu sudah mengenal pasti siapakah individu-individu yang sepatutnya dijemput di dalam program 'India Today Conclave'.

Anwar Ibrahim, Henry Kissingger dan Salman Rushdie antara tokoh-tokoh yang dijemput.

"Masanya telah tiba untuk India untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam penyebaran demokrasi," kata Anwar Ibrahim.

"Bercakap di persidangan India Today Conclave 2012, beliau berkata, demokrasi India dan badan kehakiman adalah terpuji, tetapi mengecewakan apabila perkara yang sama tidak dilaksanakan di kawasan kejiranan (luar India),” lapor dailymail.co.uk pada 16 Februari yang menunjukkan Anwar hadir dalam program tersebut.

Jadi kenapa Anwar menghantar twitter yang berbunyi seperti memboikot program kerana satu individu bernama Salman Rushdie, sedangkan hakikat sebenarnya, dia hadir ke program itu?

Itu sekadar strategi untuk menarik sentimen 'Islam', selepas dia turut bersekongkol dalam program itu dan mungkin mengetahui sentimen umat Islam membantah kehadiran penulis buku Satanic Verses itu.

Ini taktik biasa publisiti murahan yang hanya berbunyi dalam Bahasa Melayu di twitter dan blog peribadinya, tetapi tidak mendapat liputan di media antarabangsa.
Ini taktik serampang dua mata atau politik depan-belakang.

Khoo Kay Peng faham strategi politik Anwar itu, sebab itu penganalisis politik pro PR itu berkata, Anwar Ibrahim wajar 'bekerjasama' dengan Salman Rushdie, bukan menjauhkan diri.

"Dan ini merupakan pandangan profesional saya, walaupun saya faham Anwar cuba untuk mengelakkan kontroversi,” kata Khoo seperti dilaporkan FMT.

Ada asas kuat kenapa penganalisis politik pro PR berfikiran begitu. Mungkin, maksudnya, apa beza antara Anwar dan Salman, kedua-duanya pejuang liberal dan kedua-duanya reformis agama.

Ada perbezaan besar antara tindakan Imran Khan, pemain kriket tersohor dunia yang berasal dari Pakistan dengan tindakan Anwar Ibrahim, bekas Presiden ABIM dalam menghadapi isu Salman Rushdie.

Imran yang turut dijemput menghadiri program 'India Today Conclave' memboikot dengan membatalkan penyertaannya ke program itu disaat-saat akhir setelah mengetahui jemputan yang sama dibuat kepada Salman Rushdie.

Pemain kriket Muslim yang popular itu membuat keputusan membatalkan penyertaannya pada 14 Mac setelah media antarabangsa pada 13 Mac melaporkan Salman Rushdie akan turut serta dalam program tersebut.

"Dia (Imran Khan) kini telah memaklumkan kepada penganjur bahawa dia tidak akan hadir kerana dia tidak boleh menyertai mana-mana program yang disertai Salman Rushdie, individu yang telah menyebabkan kecederaan tidak terhingga kepada umat Islam di seluruh dunia,” lapor dailymail.co.uk.

Aroon Purie, editor-in-chief kumpulan penganjur itu memberitahu media bahawa dia kecewa dengan pembatalan Imran di saat-saat akhir itu.

"Kami amat kesal apabila Imran Khan tidak akan datang ke India Today Conclave disebabkan penyertaan Salman Rushdie. The India Today Conclave adalah platform kebebasan dan bebas dalam pertukaran idea.

"Kami tidak menyokong pandangan mana-mana penceramah kami, tetapi kami berdiri untuk kebebasan bersuara (freedom of expression) dalam semua yang kita lakukan, ia adalah satu prinsip penting dalam sebuah negara yang bebas (free nation) dan media yang bebas (free media),"
katanya.

Tindakan Imran mendapat liputan meluas di media antarabangsa. Berbeza dengan Anwar Ibrahim, kehadirannya ke program itu mendapat liputan meluas di media antarabangsa, tetapi dalam masa sama dia menyatakan 'bantahan' kepada Salman Rushdie di twitter dan blognya dalam bahasa Melayu yang tidak mendapat liputan media antarabangsa.

Sebab itu semasa bercakap di India Today Conclave, Salman Rushdie mengkritik Imran, bukannya Anwar Ibrahim.

"Seorang penulis British menyifatkan Imran Khan sebagai diktator yang sedang menunggu. Saya gembira tiada orang lain membantah kali ini kecuali Imran Khan. Imran takut berdepan dengan ‘bayangan’ saya. Imran tahu yang dia akan berkongsi pentas dengan saya.

"Imran tidak pernah membaca ‘The Satanic Verses’. Imran bukan seorang yang liberal,”
kata Rushdie seperti dilaporkan wespeaknews.com.

Dari satu sudut Salman Rushdie ingin memberitahu individu-individu yang hadir ke program itu tidak memboikotnya kerana mereka adalah manusia liberal yang telah membaca bukunya, Satanic Verses.

Rushdie menekankan bahawa kehadiran dalam program itu menunjukkan penganjur benar-benar memahami konsep kebebasan bersuara.

Walaupun Anwar cuba menunjukkan sikap 'anti-Salman' yang tidak mendapat liputan meluas di media antarabangsa, namun dia gagal membuktikan fakta bahawa dia pernah mempertahnankan Salman Rushdie di Jakarta, dua tahun lalu.

Pada 11 Oktober 2010, tercatat dalam sejarah dengan bukti rakaman ucapan Anwar yang mengesahkan bahawa Ketua Umum PKR itu adalah pro-Salman Rushdie ketika berceramah di pusat Islam Liberal Indonesia, Komuniti Salihara, Indonesia.

"Bila Imam Khomeini, masa itu menjatuhkan hukuman bunuh terhadapnya (Salman Rushdie)... Saya sukar untuk bersetuju...," kata Anwar ketika berucap dalam tajuk "Kebebasan Dan Musuh-Musuhnya" yang sekaligus menolak fatwa pemimpin agung Iran itu.

Tajuk yang dibawa Anwar, "Kebebasan Dan Musuh-Musuhnya" sudah menjelaskan hala tuju pemikiran Ketua Umum PKR itu. Tanpa perlu dihuraikan Anwar, semua orang sudah tahu siapakah musuh-musuh kebebasan, iaitu golongan fundalmetalis, intelektual dan ulama yang berpegang kepada Islam.

"Tetapi itukan (Satanic Verses) satu karya... Ini faham kebebasan... sebab itu, kebebasan berwacana dan berpolemik itu perlu (kebebasan berpendapat),” kata Anwar di hadapan kelompok Islam Liberal Indonesia.

Menurut Anwar, tiada mana-mana tokoh agama mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman tanpa melalui proses undang-undang (rule of law). Menurutnya, musuh utama kebebasan adalah golongan agama yang berpandukan al-Quran dan Sunnah dalam melaksanakan hukum.

"Kalau kita berikan kuasa kepada mana-mana tokoh atau alim (ulama) putuskan. Kalau di Malaysia yang bawa idea Asian Value (nilai ketimuran Asian) digunakan Islam.

"Jadi saya, kalau Islam itu mengongkong kebebasan... Islam yang sangat usang dan jumud... dan saya tidak sokong kefahaman Islam sedemikian.

Saya berbeza pendapat yang besar... bahkan kalau di Malaysia... bertempur dengan kalangan yang menjadikan Islam itu sebagai faktor penghalang (kebebasan,"
katanya.

Menariknya, Anwar cuba mengambarkan apakah halatuju pemikirannya, walaupun kelompok Islam Liberal Indonesia, termasuk Ulil Abshar Abdalla (juga hadir mendengar pidato Anwar) sudah mengenal pasti identiti dirinya dan memberi tajuk yang sesuai untuk diucapkannya.

"Dan saya tidak mahu menyebut seolah-olah saya ini... err... err... nak guna istilah LIBERAL, salah faham pula nanti...,” kata Anwar sambil disambut gelak ketawa yang berpanjangan dari kelompok Islam Liberal Indonesia.

Kenapa kelompok Islam Liberal Indonesia mentertawakan Anwar bila Ketua Umum PKR itu takut-takut mengaku sebagai Liberal? Itu satu versi Anwar membela Salman Rushdie ketika berhadapan dengan kelompok Islam Liberal di Indonesia. Ada satu bukti yang menunjukkan Anwar mengamalkan politik 'belakang depan' adalah ketika berhadapan dengan kelompok ABIM di Malaysia.

Versi stand Anwar berbeza 360 darjah ketika berhadapan dengan kelompok ABIM di Malaysia. Ketika berhadapan dengan kelompok Islam Liberal di Indonesia, Anwar mendakwa bertempur dengan golongan agama yang menyekat kebebasan di Malaysia, namun bila berhadapan dengan kelompok ABIM di Malaysia, Anwar mendakwa pula 'bertempur' dengan kelompok Islam Liberal di Indonesia.

"Sebab saya di Jakarta... tak sama sesaudara. Saya memang dalam pertemuan (itu) BERTEMPUR dengan mereka dalam hal ini, dengan beberapa isu dalam lingkaran liberal.

"Dan dia (Ulil Abshar) memilih, saya kata isu yang bukan isu. Dan dia memilih untuk mencari masalah di kalangan umat dan memberi tafsiran yang terlalu longgar, terkeluar daripada fahaman Sunnah Waljamaah," kata Anwar secara serius ketika berhadapan dengan kelompok ABIM, jika dibandingkan dengan gelak ketawa hadirin ketika berhadapan kelompok Islam Liberal.

"Walaupun dia Ulil Abshar, dia pertahankan, dia kata tak betul... Saya tak pernah hadir mesyuarat mereka. Mereka ada hadir beberapa pertemuan saya dan ada perbalahan. Mereka mengatakan, dia terkejut, sepertimana yang disebut oleh Ulil Abshar, dia terkejut mengapa orang yang dianggap berfahaman terbuka (Anwar) begitu keras menolak lingkaran liberal,"
jawab Anwar berbelit-belit dengan permainan kata-kata mengikut kesesuaian kelompok mana yang sedang dihadapinya.

Itulah Anwar Ibrahim, boleh 'jadi' sesiapa sahaja, bergantung kepada keadaan, suasana dan tempat. Boleh 'jadi' Sivaji The Bos, Presiden Barrack Obama, Paul Wolfowitz, hatta Salman Rushdie.

Rabu, 21 Mac 2012

Muka pembunuh dan cerita sedih ayah arwah adik Dirang

Inilah muka pembunuh adik Dirang. Mereka bertiga dah dihadapkan ke mahkamah untuk diadili. Hukuman menanti mereka ialah gantung sampai mati. Lepas mati, mereka akan diazab dalam kubur dan selepas itu ditempatkan dalam neraka jahanam. Insya-Allah.






JOHOR BAHRU – Bapa kanak-kanak malang tragedi bunuh dan bakar, Hendry Yongot tiada memaafkan pembunuh anaknya, Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih dikenali sebagai Dirang.

Hendry, 35, yang menyifatkan Dirang peramah, pintar dan ceria berharap insiden menimpa anak perempuannya itu, adalah pembunuhan terakhir seumpamanya.

“Tidak dapat saya gambarkan perasaan ketika dimaklumkan Dirang dibunuh. Tak mungkin saya boleh maafkan si pembunuh. Saya harap pembunuh mendapat hukuman­ sepatutnya,” katanya ketika ditemui di Kompleks Dalam Negeri di sini, semalam.

Apapun, Hendry akan dihantar pulang ke Filipina oleh pihak berkuasa berikutan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

“Saya akur keputusan itu walau hati berasa berat,” katanya.

Hendry yang berasal dari Sulu berkata, dia memasuki Sabah pada 1993 dan tidak pernah pulang ke kampung halamannya sejak itu.

“Walau hati terlalu sedih, saya terpaksa pulang dan itu hukuman buat saya. Namun Dirang sentiasa lekat di hati. Setiap masa. Begitu juga Mohd Hafis, satu-satunya waris saya yang tinggal.

“Saya belum merancang kehidupan di Filipina, namun saya pasti datang semula ke Malaysia untuk melawat anak dan pusara Dirang, jika diberi keizinan,” katanya.

Sepanjang ketiadaannya nanti, Hendry berharap bekas isteri Roselyn Alan, 25, dapat menjaga Mohd Hafis dengan baik, selain berpesan kepada ibu bapa lain agar menjaga keselamatan anak masing-masing.

Menceritakan kembali sebelum menerima khabar mengenai kehilangan Dirang, Hendry yang menetap di Rawang, Selangor berkata, hubungannya dengan anak-anak dan Roselyn amat baik walaupun mereka sudah berpisah sejak empat tahun lalu.

“Seminggu sebelum kehilangan Dirang, saya ada hubunginya. Kami berbual seperti biasa, bertanya khabar dan meluah rasa rindu.

“Roselyn memaklumkan kehilangan Di­rang kepada saya petang kejadian. Saya tiba di Johor pada 8 Mac sebelum ditahan polis bagi membantu siasatan,” katanya.

Dirang ditemui mati dibunuh dan dibakar dalam sebuah lubang di tapak perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini pada 12 Mac lalu.

Polis kini masih menahan reman tiga individu termasuk seorang wanita sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan berkenaan.

Selasa, 20 Mac 2012

"Auww.!!! Betul ke nii? Eeee geli i....."

Senator Datuk KS Nallakaruppan muncul semula hari ini dan mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang biseksual dan beliau pernah melihat Anwar 'beraksi'.

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP) itu turut mencabar Anwar mengambil tindakan undang-undang terhadapnya jika dakwaan itu tidak benar.

Nallakarupan yang berulang kali menyatakan beliau kawan Anwar selama 30 tahun mahu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengeluarkan fatwa membenarkan seorang biseksual menjadi ketua pembangkang.

Beliau hairan mengapa Pakatan Rakyat (PR) melantik Anwar, seorang biseksual menjadi ketua pembangkang.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang biseksual. Dia tidak berhenti walaupun selepas dia keluar dari penjara. Saya meninggalkan dia kerana dia masih meneruskan aktiviti itu.

"Orang ramai (masih) menganggap beliau adalah seorang Muslim yang baik, tetapi ia tidak. Saya mencabar beliau, jika dia anak jantan, bawa saya ke mahkamah. Dia boleh menipu orang ramai, tetapi hakikatnya beliau mahu merosakkan negara.

"Jika dia berani, panggil saya keluar (ke mahkamah). Saya boleh mendedahkan di mahkamah siapa budak yang dia telah liwat. Saya cabar Anwar on this matter, bisexual," katanya.

Menurut beliau, jika Anwar menghadapkannya ke mahkamah, beliau akan mendedahkan lebih banyak perilaku Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kerana setakat ini pendedahan yang telah beliau buat hanya 30 peratus sahaja.

"Nik Aziz juga harus mengeluarkan fatwa untuk membenarkan biseksual menjadi ketua pembangkang. Mengapa mereka (Pakatan Rakyat) tidak mengambil tindakan ke atas beliau? Mereka mesti mengambil tindakan terhadap perilakunya. Terdapat begitu ramai pemimpin pembangkang, mengapa meletakkan lelaki biseksual (untuk menjadi ketua pembangkang)?.

"Dengan ini saya katakan yang Anwar seorang biseksual dan saya cabar Anwar saman saya di atas kenyataan ini. Anwar doesn’t want to face the truth, dia bukan anak jantan.

"Dia (Anwar) tidak ada prinsip. Beliau mahu menjadi Perdana Menteri, itu sahaja. Beliau akan merosakkan apa-apa untuk menjadi Perdana Menteri." katanya.

Beliau juga memberitahu akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin utama PAS untuk mendedahkan siapakah Anwar.

"Saya bersedia jumpa Nik Aziz untuk tujuan yang sama," katanya.

Ditanya apakah sebabnya beliau 'muncul' semula menyerang Anwar, kata Nallakarupan, beliau terpaksa, kerana Anwar 'pusing' Malaysia untuk membohongi rakyat Malaysia.

"Sebagai orang yang kenal Anwar, saya perlu mengatakan kepada rakyat bahawa Anwar adalah manusia lidah bercabang, seorang biseksual," katanya.

Anwar Bilionair???

Bekas aktivis PKR, N Gobalakrisnan mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim menyimpan dana peribadi wang kertas RM1,000 yang kesemuanya bernilai kira-kira RM10 juta di luar negara.

"Saya terima satu dokumen melalui pos yang menyatakan Anwar Ibrahim simpan RM10 juta di luar negara. Bila Dr Mahathir haramkan penggunaan duit RM1,000 di negara ini membuktikan bekas Perdana Menteri itu sudah tahu Anwar menyimpan banyak wang di luar negara.

"Sebab itu, beliau (Dr Mahathir) halang wang itu masuk ke dalam negara ini," katanya.

Gobala yang juga Ahli Parlimen Padang Serai percaya Anwar mempunyai banyak wang peribadi yang disimpan di luar negara.

"Dengan bisnesnya di Amerika Syarikat (AS)... (syarikat) Anwar Ibrahim Consulting... Azmin Ali juga simpan wang di luar negara... Singapura.

"Dr Syed Husin Ali... secara peribadi memberitahu saya... Azmin mempunyai jutaan wang di Singapura... Syed Husin adalah manusia yang berprinsip... dia menyatakan demikian," katanya.

Katanya lagi, semua ini membuktikan kepimpinan PKR juga dibelenggu oleh masalah korupsi.

Baru-baru ini, pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) mendedahkan Datuk John Soh Chee Wen, individu yang merupakan key person telah membelanjakan RM20 hingga RM30 juta untuk memastikan kebangkitan Anwar Ibrahim dan partinya sejak dari tahun 1998.

Anwar dan John Soh mula bercanggah pendapat mengenai pembentukan kerajaan baru 16 September 2008, di mana menurut Anwar, wang sebanyak RM300 juta adalah penting untuk membeli 30 ahli parlimen Barisan Nasional (BN), namun John Soh tidak bersetuju mengeluarkan dana itu kecuali Anwar mampu membuktikan bahawa beliau benar-benar berjaya dalam rancangannya.

"Apabila mereka bertemu, Anwar dan John Soh mula bertengkar. Apabila Anwar berkata John Soh harus dipersalahkan kerana kegagalan 16 September, John Soh membidas, "Jika awak begitu yakin rancangan awak berjaya mengapa awak tidak membiayai dengan wang awak sendiri? Pulangkan semula beberapa bilion wang yang awak sembunyikan di luar negara dan bayar (balik) RM300 juta dari poket awak sendiri," katanya dalam kolum The Corridors of Power, EPISODE 8: The man behind PKR (Part 2).

Khamis, 15 Mac 2012

Dirang muncul dalam mimpi

PASIR GUDANG: Kematian Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang secara tragis menyebabkan keluarganya merancang untuk berpindah dari kediaman mereka di Flet Seri Delima, Masai, di sini, selepas sering terbayang kanak-kanak malang itu.

"Saya dan suami akan berbincang tetapi belum mengetahui lokasinya. Saya masih ingat sering marah-marah apabila Dirang suka menonton kartun Upin dan Ipin serta Barbie," kata Roselyn Alan, 25, ketika ditemui di rumahnya selepas anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pekan Masai, kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam.

Bagaimanapun, kehadiran Dirang dalam mimpi Roselyn awal pagi semalam, memberi kekuatan kepada ibunya untuk menerima dengan reda kematian anak keduanya itu.

Roselyn berkata, dalam mimpinya awal pagi semalam, Dirang dilihat hanya memakai seluar pendek biru sedang memeluknya dan mencium berulang kali.

"Dirang muncul dalam mimpi, dia memeluk dan mencium saya sambil berkata 'mak, kau cari aku ke? Saya kemudiannya menjawab dan bertanya kenapa dia tidak balik tetapi Dirang meminta supaya saya tidak bersedih kerana beliau dalam keadaan baik.

"Selepas itu Dirang memeluk saya dan pada masa yang sama saya juga cuba memeluknya tetapi dia terus hilang sebelum saya terjaga daripada tidur kira-kira jam 3 pagi," katanya.

Roselyn berkata, walaupun bersedih dengan kehilangan Dirang, beliau reda dan menerimanya sebagai ketentuan Allah dan sebagai orang Islam menganggapnya sebagai dugaan hidup.

"Mungkin sudah takdir begitu, walaupun Dirang sudah pergi tetapi sekurang-kurangnya saya dapat tengok dia (dalam mimpi). Saya terima dengan reda pemergian Dirang, sebagai orang Islam saya perlu menerimanya sebagai ketentuan dalam hidup," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk penduduk dan polis yang membantu mengesan Dirang serta menguruskan pengebumiannya.

Sementara itu, suasana pilu dan hujan renyai mengiringi pengebumian Dirang yang dihadiri kira-kira 100 orang, termasuk ibu serta bapa kandungnya yang berusia lingkungan 30-an dengan tangan bergari kerana ditahan reman bagi membantu siasatan.

Lelaki itu dengan diiringi tiga anggota polis dilihat menangis dan diberi kesempatan untuk menyiram air mawar di pusara anak.

Lebih memilukan apabila orang ramai turut mengalirkan air mata melihat keadaan Roselyn yang menangis sebaik saja talkin dibacakan oleh Imam Masjid Nur Hidayah, Abdul Rahman Ismail.

Terdahulu, Roselyn yang berbaju kurung dan tudung merah jambu bersama ibunya, Milnah Jul, 52, serta beberapa ahli keluarganya tiba di pekarangan Unit Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) kira-kira jam 9.50 pagi bagi menguruskan jenazah anaknya.

Sejurus itu, bapa kandung Dirang dengan berbaju lokap dan tangan bergari turut memasuki bilik mayat dan selepas hampir 10 minit, beliau keluar dalam keadaan sugul sebelum dibawa pasukan polis beredar.

Bapa Dirang kini ditahan reman sehingga 19 Mac ini bagi siasatan lanjut kematian anaknya. Difahamkan kehadiran lelaki itu di Unit Forensik HSA adalah permintaan keluarga Dirang bagi membolehkannya menatap kali terakhir jenazahnya sebelum dikebumikan.

Jenazah Dirang dimandi, dikafankan dan disembahyang kakitangan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) sebelum dibawa ke Masjid Nur Hidayah untuk disembahyangkan.

Rabu, 14 Mac 2012

Bawa pembunuh ke muka pengadilan!!!...

Pembunuh Nurul dikenal pasti

JOHOR BAHRU 13 Mac - Sambil menyifatkan pelaku jenayah yang membunuh Nurul Nadirah Abdullah sebagai berhati binatang, polis hari ini bertekad untuk memastikan mereka yang melakukan perbuatan itu diseret ke muka pengadilan dalam tempoh terdekat.

Ini kerana, polis telah mengenal pasti penjenayah yang terlibat dalam pembunuhan kejam kanak-kanak berusia lima tahun itu dan akan segera menyiapkan kertas siasatan kes berkenaan untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan tindakan suspek yang tidak berhati perut dan akan memastikan mereka yang terlibat dihadapkan ke muka pengadilan.


Dirang dibunuh pada hari hilang

JOHOR BAHRU – Nyawa Nurul Nadirah yang lebih mesra dipanggil Dirang, diragut secara kejam apabila mangsa dipercayai dicekik sampai mati sebelum mayat kanak-kanak malang itu dimasukkan ke dalam lubang dan dibakar di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini.

Sumber berkata, seorang daripada empat suspek yang ditahan mengaku membunuh Dirang, dengan cara mencekik mangsa sebaik sahaja kanak-kanak itu diculik ketika keluar dari rumah seorang diri di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang di sini. Ketika itu mangsa hendak pergi ke kedai.

Selepas mangsa sudah tidak bernyawa, mayat Dirang dibawa ke kawasan rumah terbengkalai kira-kira lima kilometer dari rumah mangsa dan dibakar.

Sumber itu memberitahu, suspek yang tinggal tidak jauh dari rumah mangsa mendakwa dia bertindak demikian kerana dendam selepas pernah dihina dan dipandang rendah oleh nenek mangsa.

"Dirang terus dibunuh dan dibakar pada hari dia hilang pada 1 Mac," kata sumber itu.


Motif dendam

KUALA LUMPUR: Polis tidak menolak kemungkinan dendam peribadi terhadap keluarga Nurul Nadirah menjadi motif di sebalik penculikan dan pembunuhan kejam kanak-kanak berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin berkata, setakat ini, empat suspek termasuk tiga ditahan beberapa jam selepas laporan kehilangan Nur Nadirah dibuat neneknya pada 1 Mac lalu.

Katanya, suspek keempat yang juga bapa Dirang ditahan beberapa hari lalu.

"Bantuan segera daripada masyarakat membolehkan polis menangkap tiga suspek beberapa jam selepas laporan kehilangan Dirang dibuat. Suspek keempat ditahan beberapa hari kemudian. Dengan empat penangkapan ini, kami percaya polis berada di landasan yang betul untuk menyelesaikan kes ini.

"Kami menyiasat dari semua sudut untuk memastikan motif di sebalik penculikan dan pembunuhan kanak-kanak ini dapat dikenal pasti," katanya dalam satu kenyataan yang dibuat dalam facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam.

Katanya, polis juga ingin menyampaikan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada orang ramai yang membantu polis dalam kes ini, terutama dalam memberikan maklumat yang membawa kepada penangkapan suspek dan penemuan mayat.

"Sekali lagi pihak polis mengingatkan ibu bapa untuk mengawasi anak mereka terutama yang masih kecil pada setiap masa dan tidak meninggalkan mereka tanpa pengawasan," katanya.


Tunggu keputusan ujian rekod pergigian

SERI ALAM: Polis Kontinjen Johor masih menunggu beberapa lagi keputusan ujian makmal termasuk rekod pergigian mangsa pembunuhan kejam, Nurul Nadirah bagi melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan sebelum diserahkan kepada timbalan pendakwa raya (DPP) dalam tempoh terdekat.

Difahamkan, seorang pakar pergigian juga dipanggil bagi menjalankan ujian berkaitan selepas hasil keputusan asid deoksiribonukleik (DNA) rangka manusia ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai, 8 Mac lalu sepadan dengan sampel DNA ibu Dirang, Roselyn Alan, 25.

Datuk Mohd Mokhtar memberi jaminan pihaknya menjalankan siasatan mendalam untuk memastikan penjenayah terbabit tidak terlepas daripada tindakan undang-undang.

"Hingga kini siasatan masih dijalankan terhadap empat suspek berusia lingkungan 20-an dan 30-an yang ditahan sejak Dirang dilaporkan hilang 1 Mac lalu.

"Semakan juga mendapati dua daripada suspek terbabit mempunyai rekod lampau berkaitan dadah serta curi. Tiga daripada mereka juga disahkan positif di bawah pengaruh dadah hasil ujian air kencing dijalankan sebelum ini,” katanya selepas melawat keluarga Dirang di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, pagi semalam.

Mokhtar juga menasihatkan ibu bapa supaya lebih peka serta mengawasi pergerakan kanak mereka dan menjadi kejadian itu sebagai ikhtibar.

Dirang disahkan dibunuh selepas ujian deoxyribonucleic asid (DNA) dijalankan terhadap rangka ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai 8 Mac lalu itu, sepadan dengan DNA Roselyn Alan, 25.

Setakat ini, empat individu berusia lingkungan 20-an hingga 30-an masih direman bagi membantu siasatan.

Individu terbabit termasuk sepasang suami isteri.

Dalam perkembangan lain, menurut Mokhtar, pihaknya juga mengesan seorang individu yang bertanggungjawab mengirim khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Roselyn dan memintanya membayar RM10,000 sebagai wang tebusan kononnya kanak-kanak berkenaan diculik.

Hasil siasatan awal, Mokhtar mengesahkan mengenalpasti identiti individu terbabit yang kini dipercayai berada di Kelantan.

"Kami mengetahui perkara itu dan akan mendapatkan kerjasama Polis Kelantan untuk menahan individu terbabit bagi membantu siasatan," katanya.


Umpan makanan

JOHOR BAHRU: Mangsa bunuh dan bakar, Nurul Nadirah mungkin diumpan makanan kegemaran atau barangan permainan oleh individu tertentu sebelum dilarikan dan ditamatkan riwayatnya.

Pegawai Bahagian Kaunseling dan Psikologi, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Johor Bahru, Noriz Wanti Ahmad berkata, kanak-kanak berusia lingkungan empat hingga enam tahun seperti Nurul Nadirah atau mesra dengan panggilan Dirang mudah mematuhi arahan seseorang termasuk yang tidak dikenali untuk mengikut mereka sekiranya diumpan barangan kegemaran.

"Ia berlaku kerana faktor usia, kanak-kanak pada usia berkenaan tidak mampu membezakan antara perkara baik dan buruk selain mungkin tidak pernah menerima pendedahan daripada penjaga supaya berhati-hati apabila dihampiri individu tidak dikenali.

"Namun, apabila menyedari mereka berada di tempat yang kurang selesa dan selamat berikutan berjauhan daripada keluarga, kanak-kanak boleh mengalami trauma. Jika ia berterusan maka ia mampu memberi kesan kepada psikologi mereka apabila dewasa kelak," katanya, semalam.

Noriz mengulas berkaitan kes Dirang yang ditemui meninggal dunia selepas hilang sejak 1 Mac lalu.