Selasa, 28 Oktober 2008
Edisi Utara dilancar
Tepat jam 10 malam tadi, semua team Edisi Utara di ibu pejabat Shah Alam berkumpul di kilang percetakan untuk menyaksikan Sinar Harian Edisi Utara (SHEU) dicetak.
Turut hadir menyaksikan ialah Pengarah Urusan Karangkraf Sdn Bhd, Datuk Haji Husamuddin Haji Yaakob; Timbalan Pengarah Urusan KKSB, Haji Mohd Nasir Hamzah; Ketua Pengarah Kumpulan, Haji Jalil Ali; Pengarang Kumpulan, Sri Diah; Editor Edisi Utara, Mazlinda Mohd Nor dan Penolong Editor Edisi Utara, Fauzan Uda Ahmad.
Operasi percetakan SHEU berjalan lancar. Semua pekerja (percetakan) bertungkus lumus memastikan SHEU selesai dicetak untuk edaran percuma kepada pembaca di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis esok (29hb Okt 2008).
Sebagai orang yang turut bertanggungjawab di Edisi Utara, saya berasa bangga kerana SHEU telah selamat dilancarkan dan berada di pasaran mengikut jadual.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan