Hari ni, saya menerima dua tiga panggilan telefon daripada beberapa rakan di Kelantan. Mereka tiba-tiba melenting marah-marahkan saya. Mereka bertanyakan saya, kenapa saya anti sangat kepada UMNO.
Saya yang mulanya terkejut dengan pertanyaan itu, cuba menenangkan diri dan menjawab setiap soalan yang diajukan.
Saya beritahu mereka, saya tidak sesekali anti-UMNO dan saya tidak pernah bencikan UMNO. UMNO adalah parti yang ditubuhkan untuk membela orang Melayu/Islam. Oleh kerana saya orang Melayu/Islam, saya sayang kepada parti UMNO.
Jawapan saya yang ringkas itu menyebabkan rakan terdiam dan nadanya mula lembut. Dengan suara yang perlahan, dia bertanyakan saya: "Habis tu kenapa tulisan mu (sayalah tu) berbaur kebencian dan anti kepada UMNO?"
Saya kata, ia bukan berbaur kebencian atau anti, tetapi sekadar teguran, pandangan dan cadangan. Kalau teguran, pandangan dan cadangan itu berbaur kebencian atau anti, itu adalah pada pandangan pembaca.
Saya tidak pernah marahkan UMNO. Kalau berlaku kekhilafan dalam parti, saya cepat-cepat menegur atau memberi peringatan. Itu sahaja. Siapalah saya hendak marahkan UMNO. Bencikan UMNO atau antikan UMNO. UMNO banyak membantu orang Melayu/Islam dan saya adalah salah seorang daripada orang Melayu/Islam itu. Maka kerana itu saya berterima kasih kepada UMNO. Saya tidak bencikan UMNO.
Mendengar jawapan itu, rakan bertanya lagi soalan, "Aku dengar mu baloh (gaduh) dengan Rosdi (Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas)?"
Saya kata, saya tidak bergaduh. Cuma saya berasa jijik untuk memanggil atau menyebut namanya. Saya rasa kotor untuk melihat wajahnya atau mendengar namanya. Itu saja.
Rakan bertanya, "Kenapa begitu sekali? Apa dia dah buat pada mu?"
Saya tanya pada rakan itu, kalau dia sanggup mendengar, saya bersedia untuk bercerita. Rakan itu kata, dia bersedia mendengarnya. Lagipun, katanya, selama ini dia hanya mendengar (kisah aku dan dia) daripada pihak Rosdi. Dan hari ini akan mendengar daripada saya pula.
Saya kata, oklah kalau kau bersedia mendengarnya.
Saya pun memulakan cerita. Kisahnya begini:
"Aku mengenali ketua pemuda itu pada tahun 1996. Ketika itu aku bekerja di Berita Harian, Kota Bharu dan banyak membuat liputan mengenai politik Kelantan. Dia datang berjumpa aku di pejabat untuk sesi suaikenal dan mahu mengeratkan persahabatan.
Tanpa ragu, aku terus menyambutnya. Lagipun, perangai aku memang aku akan berkawan dengan sesiapa sahaja. Dari Menteri, pegawai kanan, pegawai kiri, pegawai rendah, buruh, balaci dan hatta orang gila pun. Semuanya kawan, rakan dan sahabat aku. Aku tidak pernah memilih bulu dalam berkawan.
Sesiapa sahaja yang hendak berkawan, aku menerimanya dengan senang. Aku kenal atau ada kawan yang bekerja sebagai pengawal keselamatan (Asri) hingga pemilik syarikat security (Bazlan).
Aku ada kawan yang berpangkat konstabel (Ismail Bedak) hingga Asisten Komisioner (Datuk Zul). Prebet (Salleh) hingga Brig Jeneral (Datuk Zulkifli). Budak pejabat (Azhan) hingga Pengarah (Zakaria). Bell boy (Ari) hingga pemilik hotel (Datin dot dot dot).
Aku juga ada kawan yang bekerja sebagai tukang sapu (Ravi), penganggur (Syed), orang gila (Abang Aziz di Telipot Kota Bharu) dan tukang angkat sampah (Abang Yahya).
Aku juga pernah dan berkawan dengan Datuk Shahrir Samad (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Datuk Seri Isa Samad (bekas Ketua Menteri Negeri Sembilan), Datuk Zaid Ibrahim (bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Datuk Sazmi Miah (bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli), Datuk Ibrahim Ali (bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Datuk Nik Sapeia (ahli korporat), dan banyak lagi. Semua tu kawan, sahabat dan rakan aku.
Jadi, aku terima sesiapa sahaja sebagai kawan termasuklah budak jijik lagi mengotorkan itu. Mungkin kerana krisis yang berlaku antara aku dan budak jijik lagi mengotorkan itu menyebabkan rakan di Kelantan menuduh aku anti UMNO atau aku benci UMNO.
Sebenarnya tidak, aku tidak pernah anti UMNO. Aku sayang kepada UMNO. Tetapi apa boleh buat, hanya kerana budak jijik lagi mengotorkan itu terlibat dalam politik, makanya orang melihat aku bencikan UMNO.
Kenapa aku kata budak jijik lagi mengotorkan? Kerana dia banyak menipu aku. Dia telah merobek kepercayaan aku kepadanya. Dia telah mempolitikkan persahabatan aku dengannya, menyebabkan aku menerima kesan paling teruk dan buruk dalam sejarah kehidupan aku.
Perbuatannya menyebabkan masa depan aku malap. Aku diburu dan disaman oleh bank. Aku diheret ke mahkamah seperti orang bersalah. Aku diminta hadir ke Pejabat Tanah untuk urusan pelelongan harta seolah aku ni muflis. Anak-anak aku merengek tidak cukup belanja sebab tidak sedikit pendapatan bulanan aku digunakan untuk langsaikan hutang bank.
Ini semua kerana budak jijik lagi mengotorkan itulah. Bolehkah sesiapa yang berada di tempat aku menerimanya sebagai sahabat, rakan atau kawan? Pada aku, teramat berat untuk menerimanya lagi. Sudah cukup banyak dia menyeksakan hidup aku.
Mungkin kerana itulah, bila aku menegur UMNO, orang menyatakan aku benci UMNO. Pada aku, UMNO sebuah parti yang sudah lengkap. Cuma para pemimpin dan penerajunya yang meletakkan parti itu dalam keadaan pro dan kontra.
Jadi, aku tidak mahu mengulas panjang hal ini. Cukuplah aku katakan, aku sayang UMNO, tetapi aku benci budak jijik lagi mengotorkan itu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan