SALAM sejahtera kepada semua kawan-kawan di e-groups Pesisir. Di hari yang mulia ini. Saya ingin mengucapkan selamat menyambut aidil fitri yang mulia dan mohon ampun dan maaf dipinta kpd semua. Semuga hubungan kita semua aman sejahtera hdknya. - EZIZ SHUKMAN.
PETANG kelmarin sebaik sahaja balik dari perjumpaan di Pantai Sri Tujuh sempat singgah di rumah YM Raja Othman di Kg. Tujuh bersama sdr. Hashim Latiff dan keluarga, turut singgah sdr. Ghaffar, Kamal Majid dan Kamarul Baharin. Memandangkan waktu sudah dekat 1 tengah hari kami berjumaat di Masjid Kg. Tujuh.
Selepas jumaat kami singgah sekali lagi di rumah YM Raja Othman dan menikmati kuih muih sempena rumah terbuka beliau. Lepas tu baru balik dan sampai di rumah anak saudara pulak ajak makan laksa dan kemudian jiran pula yang ajak makan.
Hari mulai petang dan hujan agak lebat.
Saya mulai rasai keletihan dan sakit-sakit kepala ringan. Maklum saja ketika di perjumpaan tadi saya menanggung bebanan yang bukan sedikit dalam mengharapkan program lancar dan warga pesisir serta ajk pesisir hadir beramai-ramai.
Sebab tu sepanjang program saya selalu melilau ke arah luar dewan.
Pada awal malam saya proses gambar untuk dimuatkan ke web, dan sempat menempatkan di server pesisir.net kira-kira setengah jam kemudian.
Rasa sakit kepala semakin melarat hingga kena telan dua biji panadol. beberapa ketika kemudian mata mulai mengantuk dan tertidur awal iaitu kira-kira jam 11.30 malam. Kerana tidur awal bangun pun awal juga kurang lebih 5 pagi dah terjaga dan badan dirasakan sihat dan segar kerana proses penyembuhan dilakukan oleh urat saraf ketika tidur.
Bagaimanapun, saya sangat gembira bila rakan-rakan perantau sanggup hadir seperti Sdr. Manzaidi, Supian Hanuman bersama keluarga, Asmui bersama keluarga, Tuan Shafien Mamat, Sdr. Nazmi dan sdr. Zakaria Busu. Tuan-tuan semua sungguh hebat.
Tidak juga kurang hebatnya warga pesisir yang menetap di kampung laman seperti Sdr. Ketua 2 bersama keluarga, sdr. Bendahari (Omardin), Tn Hj Ahmad, Pn Siti Mariam, Azura MZ, Ghaffar Daud, Kamarul Baharin, Kamal Majid, Raja Othman, Sdr Razali, Sdr. Abdul Hadi (SU1 PPK), Sdr. Wan Zin, Sdr. Che Aziz, sdr. Nik Azman, Sdr. Cikgu Fauzi dan isteri.
Kalau sebelum perjumpaan diadakan ramai yang hanya ingin jadi tukang tepuk, tapi di hari pertemuan ramai yang menawarkan diri untuk berikan ucapan dan persembahan. Dan ada yang tak sempat buat persembahan. - EDI RAMLE
ASSALAMUALAIKUM kepada rakan-rakan taulan.
Rasanya, hari ini masih ada lagi rakan perantau kita beraya di kampung halaman. Yang pasti, saya, sdr Hanuman Khan dan sdr Zakaria sudah pun bertolak ke detinasi masing-masing.
Kepada rakan2 yang sedang dan akan bertolak/berkenderaan, saya nasihatkan hati-hati di jalan raya dan sentiasa berhemah. Saya selamat sampai di KL (Shah Alam) tepat jam 6.32 pagi (04hb Okt 08/Sabtu) iaitu genap-genap usia saya 45 tahun.
Saya bertolak dari rumah jam 9 mlm dan terperangkap dalam trafik di Jambatan Tendong, Chabang Empat Tunjung dan simpang tiga Ketereh. Di tiga tempat ini saja sudah ambil lebih dua jam masa saya (Biasanya kalau bukan musim perayaan, dua jam tu dah sampai di bandar Gua Musang).
Yang seronoknya perjalanan saya malam tadi ialah saya sorang-sorang je memandu kereta. Sepatutnya ada seorang lagi rakan (budak Grafik), tapi disaat-saat akhir hantar SMS nyatakan dia 'demam' (biasala... jarang2 balik kampung, dapat cuti pulak tiga hari, mana cukup. Jadi, terpaksalah dapatkan cuti alternatif - mc).
Memandu seorang diri dari Kelantan ke KL adalah suatu pengalaman yang menyeronokkan. Ini bukan pertama kali. Kira dah acap kali la.
Masa mandu tu saya tutup semua tingkap dan 'lockkan' pintu kereta. Pasang modulator dan nyanyi kuat-kuat. Di situ saya boleh test suara saya, best ke tak. Rupa-rupanya, saya ni ada bakat nyanyi. Tapi tak tonjol jer.
Nyesal tak karaoke kat Pantai Tujuh kelmarin. Hahahaha. (motif sebenar nak hilangkan rasa kesik, sunyi atau takut).
Kepada Sdr Zakaria dan Supian, saya doakan selamat sampai ke destinasi. Begitu juga rakan-rakan yang lain seperti cikgu Asmui, Tuan Supritendan Shafie, selamat maju jaya.
Kepada Ayahnda, selamat menimbang cucunda. Panjang umur, kita jumpa lagi. Assamualaikum. - MANZAIDI.
SEMASA hadiri pertemuan Hari Raya PPK pada pagi 4 Oktober 2008 di Gelanggang Seni, Kota Bharu saya sempat rakamkan sebahagian suasana di sana dan boleh dilihat melalui pautan http://pertemuanppk .pesisir. net - EDIRAMLE
SELAMAT kembali bertugas diucapkan kepada rakan-rakan yang telah kembali ke tempat kerja. Hari ini 4 Oktober 2008 saya dan sdr Anuar Musa sempat hadiri pertemuan Persatuan Penulis Kelantan (PPK) di Gelanggang Seni, Kota Bharu (pagi tadi).
Sdr. Nazmi juga hadir untuk ketiga-tiga pertemuan penulis iaitu Pesisir, GEMA (Malam tadi) dan PPK yang kebetulan tahun ini tidak bersimbung waktu. Ramai yang hadir merupakan penulis-penulis yang lama dan dikenali dalam penulisannya.
Turut hadir pada majlis ini ialah suami kepada novelis pn. Zainab Saufik iaitu Sdr. Abd Ghaffar Bahari yang juga seorang penyair dan pelukis terkenal di tanah air. untuk lebih lanjut sila lihat gambar melalui pautan http://pertemuanppk .pesisir. net
Pada majlis pertemuan ini, turut diadakan acara ucapan dan baca puisi. -EDIRAMLE
HARI ni masuk raya kedua. Malam tadi kami beberapa orang ajk memasang 3 buah khemah untuk persiapan program (majlis) Tautan kasih bersama perantau yang kami anjurkan. Dekat sampai 12 malam baru siap dan selepas tu masih sempat berbual-bual.
Pagi ini persiapan tempat masih lagi dijalankan. Program luar dewan begini walaupun kecil , agak banyak juga tugasan yang perlu dibuat.
Pukul 3 petang majlis bermula, pada mulanya tak seberapa orang yang datang , maklum saja hari ni hari raya masih hari kedua dan masing-masing dengan kesibukan menziarahi sanak keluarga dan sebahagiannya persiapan kenduri dan ramai juga yang telah mengadakan majlis berbekwah hari ni.
Tunggu 3.45 kira yang datang walaupun tidak begitu ramai, tapi alhamdulilah kerana warga sasaran iaitu perantau yang balik kira boleh tahan juga memberi sokongan terhadap program ini.
Majlis dimulakan dengan doa dan diikuti ucapan pengerusi wakil penduduk dan juga wakil perantau Mukim Kok Pasir. Satu acara yang telah sekian lama difikirkan ialah memartabatkan sukarelawan kampung untuk dianugerahkan sebagai tokoh sukarelawan peringkat kampung.
Untuk kali pertama ini anugerah sukarelawan mukim Kok Pasir diberikan kepada Allahyarham Hj. Abdullah Yusoff (diterima oleh ahli keluarganya), bekas seorang
aktivis masyarakat kampung yang aktif sebelum ini.
Kami bercadang nak bagi anugerah sukarelawan kampung seorang setiap tahun. Anugerah itu untuk kali pertama ini hanyalah sijil penghargaan dan sedikit hamper dan plug. Mungkin di tahun-tahun akan datang penghargaan itu akan dipertingkatkan.
Jam 4.30 acara sukaneka dimainkan, kami hanya sempat bermain dua acara saja iaitu sepak likung dan main bola awal (mungkin ini mengembalikan kenangan pada tahun-tahun 60-an dulu).
Selepas itu jamuan hari raya dimulakan. Antara kuih yang sempat disediakan ialah yang istimewanya sagung (rujuk gambar yang dipautkan), dodol, putu beras, ketupat daun palas, tapai daun getah, tapai daun pisang, nasi kampit dan satu dua kuih yang agak tradisional.
Untuk minuman kami sediakan air batu sirap dimasukkan biji selasih, senduknya kami guna gayung tempurung kelapa sebagai simbolik untuk mengembalikan kenangan kepada perantau.
Gambar-gambar kenangan sempat saya (Ediramle Ismail) rakamkan dan ditempatkan pada pautan http://tautankasih. pesisir.net (ini kerana ruang di hosting kokpasir.com
dah nak penuh)
HTTP: http://www.menjaras ajar.blogspot. com
Sebuah khazanah yang cukup bernilai dan Penulisnya tidak lain tidak bukan seorang sasterawan pesisir yang sangat dikenali. Semoga akan tetap gagah dalam berkarya.
MEMANG tidak dinafikan lagi saudara Hashim Latiff merupakan seorang sasterawan Pesisir yang hebat. Sejak saya dibangku sekolah lagi amat terpegun dengan karya-karya Hashim Latiff. Bahasa yang digunakan cukup indah. Diolah, disusun, dihias cantik agar ia terpahat dalam dada para pembaca. Saya cukup kagum dengan saudara Hashim Latiff betapa ideanya melewati batas-batas bahasa nan indah... SERULING SENJA
TERIMA kasih di atas lantunan pujian itu. Apa pun Allah memarahi sesiapa yang merasakan dirinya hebat bila berjaya mencipta sesuatu, sedangkan kita hanyalah meminjam kehebatan tersebut. Ingatlah, kita sekadar berusaha dan yang memperkenakan usaha kita itu Allah.
Apa pun saya bersyukur dengan apa yang saya gapai dan miliki ini. barangkali kekecewaan mengajar saya untuk terus mantapkan karya (kalau boleh dikatakan mantap). barangkali juga kerana doa saya mahu menjadi seorang penulis yang... atau mungkin juga doa anak-anak saya atau barangkali juga Tahajjud isteri saya.
Saya kira sdr. Seruling Senja juga hebat. Pernah lonjakkan nama Pesisir dalam sajak. Teruskan kehebatan itu kerana orang lain tidak memiliki apa yang kita ada. Memang benar, hidup kita berbeda dan bergerigis.
Setiap orang memiliki kehebatan tersendiri. Kadang-kdang kita nampak kehebatan mereka dan kita tidak nampak jaguhan kita kerana kita dilindungi oleh ketersohoran mereka.
Ah! Kita sebenarnya hebat! Cemerlang! Contohnya mudah sahaja. Orang lain tidak pandai berenang, tetapi pandai mengayuh perahu di dalam sungai, sedangkan kita pandai berenang, pandai pula mengayuh perahu di dalam sungai, tetapi tidak pandai menyelam.
Sudah ada bedanya. Justeru, teruskan dengan apa yang kita miliki kerana keterusan itu akan menunda kita ke arah hidup tersohor. - HASHIM LATIF
CUBA kita cari makna hebat dalam simpulan bunga cerpen karyawan nusantara. Saya kira saya cukup bahagia dan banyak syukur kerana dihulurkan sedikit benih idea untuk sama-sama taburkan di padang sastera.
Kelak bila berbuah pohon cerpen itu, marilah kita sama-sama menuainya untuk mengisi minda menjaras ilmu. Aroma bunga cerpen menusuk hidung penulis untuk terus menganyam karya hebat dunia. - HASHIM LATIF
APA yang saya miliki bukan mutlak milik saya. saya hanya penumpang yang menumpangi ilmu orang lain. Di kalangan sahabat ada yang hebat dan cemerlang. Justeru, saya menumpangi ilmu mereka. Seperti contoh, sdr. Manzaidi atau Edi, abang Sham atau sesiapa sahaja yang bermukim dalam mukim sastera, mereka adalah guru saya dan saya menumpangi berkat guru.
Sdr. Edi, seorang sifu ICT dan penyair hebat bukan sahaja Kelantan, waima Malaysia. Dia memenangi hadiah penghargaan sayembara novel - satu landasan baru baginya. Lalu saya cuba tumpangi kehebatan Edi.
Sama spt. sdr. Manzaidi. Dia pernah dianugerahi Penulis Sukan Terbaik dan rencana yang pernah menyentuhi jiwa saya. Kalau tidak silap saya tajuk rencana itu, bagaimana seorang forester yang sesat dalam hutan dan hidup dengan ‘memakan’ al Quran.
Saya tumpangi kehebatan itu. Justeru, kalau ada di kalangan kita yang hebat, kita sebenarnya menumpangi kehebatan itu dan hidup saling tumpang menumpangi itu satu kehidupan yang hebat dan penuh misteri. - HASHIM LATIF
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan