LONDON: Satu kajian terbaru mendakwa amalan beristeri ramai atau poligami boleh memanjangkan usia lelaki yang mengamalkannya.
Penyelidik Universiti Sheffield, Virpi Lummaa berkata, kajian itu melihat perbezaan sosio ekonomi membabitkan lelaki berusia lebih 60 tahun dari 140 negara.
Apa didapati, lelaki yang mengamalkan poligami terbukti mempunyai usia purata 12 peratus lebih panjang, berbanding lelaki di 49 negara yang kebanyakannya hanya berkahwin sekali.
“Hasil kajian itu berkemungkinan menjawab teka-teki biologi manusia. Bagaimanakah manusia mampu panjang umur dan persoalan itu ternyata wajar apabila melihat wanita yang boleh hidup melewati tempoh selepas menopaus.
“Ini dikenali sebagai ‘kesan nenek’ yang mana bagi setiap 10 tahun seorang wanita mampu hidup melewati menopaus, dia mendapat dua cucu baru.
“Keadaan sebaliknya bagi lelaki kerana tenaga batin mereka masih berfungsi melangkaui usia 60-an, 70-an dan 80-an. Ramai penyelidik beranggapan, faktor tenaga batin itu menjadi kunci usia panjang mereka,” kata Lumaa.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan