Rabu, 15 Oktober 2008

Wartawan dakwa ditipu Ketua Pemuda UMNO Pasir Mas - Harakahdaily

Petikan HARAKAH
Wartawan dakwa ditipu Ketua Pemuda Umno Pasir Mas
Lanjusoh
Mon | Oct 13, 08 | 1:29:57 pm MYT

KOTA BHARU, 13 Okt (Hrkh) - Jika kerbau dipegang talinya, maka manusia dipegang pada janjinya. Mungkin inilah nasib malang menimpa seorang wartawan apabila mendakwa ditipu seorang pemimpin Umno Pasir Mas.

Penyunting Sinar Harian, Manzaidi Mohd Amin, yang kini bertugas di Shah Alam mendakwa dianiayai calon jawatan Timbalan Ketua Umno Pasir Mas, Ahmad Rosdi Mahmad berhubung penjualan sebuah rumah di Lubok Jong, Pasir Mas.

Katanya, pada pertengahan 1999 beliau menjual rumah itu kepada Ahmad Rosdi dan dia bersetuju meneruskan bayaran ansurannya untuk tempoh 13 tahun setengah.

Beliau membeli rumah kos sederhana tersebut dengan harga RM32,000 dan kadar bayaran ansuran bulanan RM301.13.

Menurutnya, beliau menjual rumah tersebut kerana tidak mampu meneruskan bayaran ansuran ketika itu disebabkan kegawatan ekonomi.

“Saya mahu menukar nama milik rumah itu, tetapi Ahmad Rosdi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pasir Mas tidak mahu. Sebaliknya dia mahu saya mempercayainya dan berjanji secara lisan akan terus membayar ansuran rumah sehingga tamat tempoh pinjaman.

“Kerana mempercayainya saya setuju proses tukar nama ditangguhkan kepada tarikh yang tidak ditetapkan. Urusan jual-beli dibuat di pejabat Ahmad Rosdi di Jalan Kuala Krai, Kota Bharu,” katanya di sini.

Bagaimanapun tambah beliau, pada akhir 2005 ketika mengemukakan permohonan pinjaman membeli sebuah kenderaan di Bank Bumiputera Commerce permohonannya ditolak.

Tidak lama kemudian katanya, beliau kemukakan pula permohonan pinjaman di Bank Muamalat juga ditolak dengan alasan namanya disenaraihitam Bank Negara Malaysia (BNM) kerana tidak membayar ansuran rumah.

“Saya terkejut dan menghubungi Ahmad Rosdi. Dia kemudian memaklumkan akan memberitahu hal itu kepada adiknya bagi diselesaikan memandangkan rumah tersebut telah diberi kepadanya.

“Pada Ogos lalu saya menerima surat saman daripada Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas meminta hadir ke pejabat itu untuk siasatan gadaian pada 10 September 2008.

“Dan surat saman juga diterima daripada peguam RHB Islamic Bank Berhad yang meminta saya hadir ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada 15 September 2008,” katanya.

Berikutan itu, Manzaidi berkata, beliau memaklumkan kepada adik Ahmad Rosdi, Jafri supaya menyelesaikan jumlah tunggakan RM12,849.18 sebelum 5 September 2008 bagi mengelaknya dikenakan sebarang tindakan oleh pihak terbabit.

Namun katanya, sehingga 5 September lalu, Jafri belum menjelaskan tunggakan itu menyebabkan beliau berdepan dengan saman dan siasatan.

Oleh itu, kata beliau, disebabkan kedegilan Jafri dan Ahmad Rosdi beliau membuat keputusan menyerahkan rumah itu untuk dilelong pada 11 Januari 2009 pada harga RM20,000.

Jumlah keseluruhan hutang yang terpaksa ditanggungnya sebanyak RM38,754.96 tidak termasuk kos mahkamah.

“Saya sedih telah dianiaya dan ditipu Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pasir Mas yang kini giat berkempen untuk bertanding jawatan timbalan ketua Umno bahagian itu,” katanya. - mj/mks.


From: “Manzaidi MohdAmin”
Subject: Wartawan dakwa ditipu Ketua Pemuda Umno Pasir Mas
Date: Mon, 13 Oct 2008 18:40:40 +0800 (SGT)

Ya, begitulah kisahnya. Anak bilis menjadi mangsa kepada jerung. Ini yang menjadi punca saya benci kepada UMNO, walaupun saya tahu UMNO (parti) tidak bersalah.

Tetapi kerana pemimpin berkenaan terlibat secara langsung dalam parti, ia secara otomatik saya membenci kedua-duanya (parti dan pemimpin).

Suka saya ingatkan rakan-rakan agar berhati-hati berkawan dengan pemimpin UMNO. Sungguhpun ia ibaratkan seekor kerbau membawa lumpur, habis terpalit pada kerbau-kerbau lain, namun begitulah hakikatnya.


From: “Lokman Ismail”
Subject: Kawan makan kawam
Date: Tue, 14 Oct 2008 10:16

Assalamualaikum... Sepatutnya kawan tolong kawan. Paling tidakpun, kawan jangan susahkan kawan. Kalau nak jadi orang politik, jangan buat tahi. Harap bersabar. Kebenaran akan tetap menyebelahi orang yang bersabar.


From: “Mohd Rozlan Mohamed Noor”
Subject: Re: Wartawan dakwa ditipu Ketua Pemuda Umno Pasir Mas
Date: Tue, 14 Oct, 2008 07:24

KISAH SEEKOR KERBAU YANG MEMBAWA LUMPUR (www.celikhuruf. blogspot. com) Terkilan, sedih dan sengsara, demikian kisah seorang sahabat yang teraniaya kerana diperdaya oleh seseorang yang boleh diibaratkan seekor kerbau yang membawa lumpur.

Ekoran daripada peristiwa itu beliau hilang kepercayaan kepada sekawanan kerbau-kerbau yang lain. Sahabat yang berasal dari negeri pantai timur itu sekarang bekerja dalam bidang media di Shah Alam, Selangor mengaku serik dengan sekawanan ‘kerbau’ ini meskipun hanya seekor yang memalitkan lumpur kepada ‘kerbau-kerbau’ yang lain.

Kepada sahabat, banyakkan bersabar. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Saya juga pernah berurusan dengan ‘kerbau’ dari spesis ini. Ternyata bukan seekor yang suka membawa lumpur. Jadi kepada sahabat-sahabat yang lain, berhati-hatilah.

Kerana ‘kerbau’ yang membawa lumpur wujud lebih seekor di muka bumi ini. p/s: Tunggu raya korban nanti, kita korbankan saja kerbau berlumpur ini! www.celikhuruf. blogspot. com


From: “hashim latiff”
Subject: Re: Wartawan dakwa ditipu Ketua Pemuda Umno Pasir Mas
Date: Tue, 14 Oct, 2008 09:29

Terpanggil juga saya untuk melontarkan pendapat berkenaan dengan kisah kerbau ni. Kalau di pahang, orang suka makan daging kerbau dari daging lembu, walapun kerbau itu membawa lumpur.

Daging kerbau manis tidak seperti daging lembu. Kalau ditinjau dari segi kegagahan, di Thailand dan Vietnam, petani masih menggunakan kerbau buat membajak sawah, menarik kayu waima bersiar-siar.

Sama juga dengan Sabah yang masih lagi mengadakan pertandingan kerbau, bukan lembu. Ada hebatnya kerbau ni, walaupun ada misterinya. Cuma satu saya nak ingatkan, dalam seekor kerbau tu ada kehebatannya walaupun ianya membawa lumpur.

Nak tahu kehebatan kerbau? Tulang kipas kerbau bolah dibuat sarung golok. Apa pun kisah teman kita ni, saya no komenlah. Cuma berhati-berhatilah di perian lain.

Manusia ni banyak pakai topeng. Ada topeng anjing, ada topeng serigala. Ada topeng musang ada topeng ayam ada juga topeng mr. bean. Topeng tok alim pun ada.

Saya pernah alami kisah topeng tok alim ni. Lain kali saya ceritakan. Kalau berterusan kerbau itu membawa lumpur, ambil tanduknya, buat cagak bidas, bidas balik pada kerbau yang bawa lumpur tu. Insya-Allah ia takkan bawa lumpur lagi.

Tiada ulasan: