PORT DICKSON: Dua lelaki masing-masing berusia 35 dan 23 tahun yang dipercayai penyokong parti pembangkang ditangkap polis selepas cuba mengedarkan wang palsu dengan menggunakan sampul surat Barisan Nasional (BN), kata Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh.
Wang palsu yang disimpan dalam 69 sampul surat itu mengandungi nota "Undilah BN, Undilah Isa" dengan setiap sampul diselitkan tiga keping wang tunai RM100, kata beliau.
"Mereka ditahan semasa menunggang motosikal pada pukul 5 petang tadi di kawasan pilihan raya, wang palsu itu disimpan dalam beg sandang," katanya kepada pemberita di bilik taklimat Markas Taktikal Polis di sini pada Sabtu.
Katanya duit palsu itu mempunyai siri nombor yang sama dan dicetak dengan mesin penyalin, tetapi polis masih menyiasat mengenai tempat ia dicetak.
Kedua-dua lelaki itu dipercayai cuba memburuk-burukkan imej parti lawan dengan mengedarkan wang palsu, katanya sambil menambah salah seorang yang terlibat merupakan penuntut Malaysia di Mesir yang sedang balik bercuti.
Mereka akan didakwa di bawah Seksyen 489 (C) Kanun Keseksaan kerana cuba mengedarkan wang palsu, katanya. BERNAMA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
3 ulasan:
Hehehe.. rakyat masih menyokong org pernah melakukan rasyuah, dan ini pengajaran pd pembangkang yang angkoh dan takboor..
Rasuah isu basi, tapi kalau boleh dicegah lebih baik dan alhamdulillah, jangan melampau sudahlah...sikap manusia sekarang susah nak kawal. Orang dan badan yang sibuk-sibuk nak hapuskan rasuah pun dicop rasuah juga. Harap BN dapat perangi rasuah sebaik mungkin. Sentiasa kagum dengan Nabi kita tak pernah rasuah merasuah.Selawat.
akhirnya... mmg terbukti ni kerja pakatan..
Catat Ulasan