Sebelum itu, tahniah diucapkan kepada Tan Sri Mohd Isa Samad atas kemenangan besar beliau dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang semalam. Kemenangan ini membuktikan rakyat memerlukan khidmat Mohd Isa sebagai wakil rakyat dan rekod perkhidmatan beliau yang cemerlang sepanjang memegang jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan tidak lama dulu.
Walaupun parti pembangkang memainkan isu Mohd Isa rasuah dan perasuah ketika berkempen, ternyata isu itu tidak diterima pakai oleh rakyat, malah rakyat tahu siapa yang benar, siapa yang salah.
Apabila rakyat sudah kasih dan sayang kepada seseorang pemimpin atau bekas pemimpin, kata apa pun yang buruk-buruk terhadap pemimpin kesayangan itu, pendirian dan keputusan mereka tetap tidak berganjak. Mereka tetap memilih dan memberi undi kepada calon yang mereka suka.
Inilah senario yang dapat kita lihat di DUN Bagan Pinang. Rakyat memilih Mohd Isa kerana mereka sayangkan Mohd Isa. Mereka tidak suka kepada calon Pas, walaupun Pas mendakwa calonnya bersih seperti bayi atau kain putih. Padahal hakikatnya ia tidak sebersih sebagaimana diperkatakan. Dalam usia yang sudah dewasa, mustahil seseorang pemimpin Pas tidak melakukan kesalahan. Itu sudah jelas.
Namun pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang mencipta tersendiri apabila menyaksikan banyak kes dan laporan sepak menyepak, baling membaling, tumbuk menumbuk, tendang menendang, tampar menampar dan lebih parah cedera akibat dibaling batu.
Perbuatan membaling batu ini dilakukan oleh penyokong pembangkang. Bab meniru gaya atau trend rakyat negara lain memang digemari oleh pembangkang dan trend membaling batu ini selalunya digunakan oleh rakyat Palestin. Jadi, pembangkang cuba praktikkan di DUN Bagan Pinang. Tidak mustahil selepas ini dalam apa saja keadaan, mereka akan membaling batu.
Adalah sebagai peringatan kepada sesiapa sahaja yang tidak terlibat dengan penyokong pembangkang, agar berhati-hati kalau berhadapan dengan situasi itu. Kalau mereka tidak mahu batu pelbagai saiz itu hinggap di mana-mana anggota tubuh badan, lebih baik jauhkan diri dan jangan terlibat sama sekali dalam apa saja provokasi yang melibatkan pembangkang.
Dan kalau berlaku lagi pilihan raya kecil di mana-mana negeri, elok kita mengambil langkah berjaga-jaga seperti memakai baju tebal atau pakaian kalis batu bagi mengelak terkena balingan objek keras.
Isnin, 12 Oktober 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan