Ahad, 11 Oktober 2009

Selamat mengundi pengundi Bagan Pinang

Hari ini lebih 13,644 pengundi DUN Bagan Pinang dengan majoritinya adalah Melayu akan membuang undi untuk memilih sama ada calon BN, Tan Sri Mohd Isa Samad atau calon Pas, Zulkifley Mohammad Omar.

Umum tahu DUN itu adalah kubu kuat BN dan pemilihan TS Mohd Isa sebagai calon adalah tepat memandangkan majoriti daripada pengundi kawasan itu mahukan TS Mohd Isa sebagai wakil rakyat mereka.

TS MOhd Isa mempunyai rekod cemerlang dalam pentadbirannya ketika beliau memegang jawatan sebagai Menteri Besar tidak lama dulu. Banyak pembangunan rohani dan sosio-ekonomi telah ditingkatkan bawah kepimpinannya.

Taraf hidup rakyat Negeri Sembilan juga tiada tolok bandingnya dengan negeri lain. Kemajuan ini adalah kejayaan mutlak TS Mohd Isa yang tak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak termasuk pakatan pembangkang sekali pun.

Pemerhati politik mengatakan tidak ada sebab kenapa rakyat perlu menolak calon BN dan memberikan kemenangan kepada TS Mohd Isa bagi membolehkan beliau meneruskan kesinambungannya sebagai wakil rakyat.

Bagaimanapun, segala penentuannya akan diketahui malam ini, setelah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selesai membuat pengiraan undi dan mengumumkan pemenang.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Benci perkataan liwat!!! tak tahu macam mana nak jelaskan kat anak cucu esok tentang penubuhan parti P. K. X ni, kalau umno tu senang sebab ada dalam buku sejarah sekolah. Kalau nak jelas kat anak cucu sok takut terkait dengan perkataan tu, den malu lah. Tahniah Pak ISA.

Najib Razak ditahan

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipercayai ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya dekat ...