Sabtu, 25 Jun 2016

Britain pilih keluar EU


Rakyat Britain mengundi untuk mengeluar daripada Kesatuan Eropah (EU) memberi tamparan hebat terhadap blok itu.

Undian rakyat Britain itu merupakan sejarah kerana menjadi negara pertama dalam tempoh 60 tahun keluar dari EU.

Media rasmi memaklumkan, sebanyak 350 kawasan daripada 382 atau 52 peratus memilih untuk meninggalkan EU berbanding 48 peratus undi untuk kekal.

Keputusan itu turut menyebabkan panik dalam pasaran dunia dengan sterling menjunam ke paras paling terendah dalam tempoh 31 tahun.

Para pelabur bergegas menjual pound, minyak dan saham-saham Britain kerana tidak mahu mengambil risiko dan ketidaktentuan.

Sterling menjunam lebih daripada sembilan peratus kepada AS$1.33, terendah dalam tempoh 31 tahun.

Minyak dunia juga susut lebih daripada enam peratus. Saham-saham Tokyo jatuh lebih lapan peratus dan Menteri Kewangan Jepun, Taro Aso dijangka mengadakan taklimat kecemasan.

"Tarikh 23 Jun mencatatkan satu lagi sejarah kemerdekaan," Nigel Farage, pemimpin Parti Bebas United Kingdom yang anti EU sambil berkata Britain berpeluang untuk mengambil kuasa dari Brussels dan mengekang imigresen yang tinggi.

Keputusan itu membuktikan Britain mampu mengenepikan amaran awal tindakannya keluar daripada perikatan 28 negara itu akan mewujudkan masalah ekonomi.

Sebelum ini, rakyat Britain diberi amaran tindakan keluar dari EU akan menyebabkan perbelanjaan bajet akan dikurangkan dan kenaikan cukai serta kehilangan akses perdagangan penuh kepada EU.

Perdana Menteri, David Cameron, yang tidak menyokong untuk meninggalkan EU dijangka menghadapi tekanan untuk meletakan jawatan serta-merta.

Dengan keputusan itu bermakna ekonomi kelima terbesar dunia itu akan bergerak sendiri dalam ekonomi global, melancarkan rundingan dengan blok dan tawaran baru pembrokeran dengan semua negara-negara perdagangan di bawah payung EU.

Sebelum ini, Ketua Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker telah memberi amaran kepada EU bahawa blok itu tidak boleh membantu Britain dalam sebarang rundingan.

Para penganalisis pula berkata, Britain mungkin mengambil masa terdekat untuk memperoleh dagangan baru dunia.

Dalam senario terburuk, Tabung Kewangan Antarabangsa memberi amaran bahawa ekonomi Britain boleh menjunam dalam kemelesetan tahun depan dan pengeluaran ekonomi secara keseluruhan akan menjadi 5.6 peratus lebih rendah berbanding yang diramalkan oleh 2019, dengan kadar pengangguran meningkat kembali enam peratus.

Organisasi besar turut memaklumkan kemungkinan beribu-ribu pekerjaan di ibu negara akan dipindahkan ke Frankfurt atau Paris.

Namun, penyokong Brexit berhujah, dunia perniagaan akan menyesuaikan keadaan dengan cepat, bagaimanapun memerlukan ekonomi yang fleksibel dan dinamik. - MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Najib Razak ditahan

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipercayai ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya dekat ...