Jumaat, 10 Jun 2016

Ratu Naga muncul, cabar Azharuddin sumpah laknat

Sidang media anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) oleh Presidennya, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard bersama Azharuddin Othman hari ini dikejutkan dengan kemunculan 'Ratu Naga' atau Syarul Emarina Abu Samah.
 
Ratu Naga yang berdiri dalam kalangan wartawan mencabar Azharuddin membuat sumpah laknat mengesahkan segala dakwaannya dalam akuan bersumpah sebelum ini adalah sahih dan benar.
 
"Saya datang di sini sebab nama saya kena sebut dekat berita setiap hari dan dicaj atas akta sakit hati.. Kalau saya kenali orang yang sebut nama saya, tidak apa.
 
"Tapi masalanya saya tidak ada  kaitan langsung dengan benda ini semua, saya masih dengan BN.. kalau lihat tengok wall Facebook saya pun, memang saya tak ada campur langsung 'Deklarasi Rakyat' itu kerana saya sarat mengandung.
 
"Suruh dia tunjuk telefon bimbitnya, saya mahu tengok ada simpan nombor telefon saya tak kalau betul dia kenal saya, sebab dia kata saya telah hubunginya.
 
"Saya stress dengan apa yang dilalui selama ini. Saya nak tanya Azharuddin, boleh tak bersumpah laknat atas nama ibu bapa awak atau bini, anak awak, yang awak kenal saya dan pasal database ini.. Itu saja," cabarnya. 
 
Ratu Naga yang mengandung enam bulan juga meminta Azharuddin menjawab beberapa soalan, tetapi Azharuddin tidak memberikan sebarang komen dan reaksi balas.
 
Namun Chegubard membalas pertanyaan Ratu Naga bahawa wanita itu boleh membuat laporan polis sekiranya tidak berpuas hati.

Tiada ulasan:

Kes Hafizul: Peringatan dan pengajaran