Isnin, 27 Jun 2016

Husni letak semua jawatan dalam parti


Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan II turut melepaskan jawatan Bendahari UMNO Malaysia dan Bendahari Agung Barisan Nasional.

Setiausaha Politiknya, Datuk Shamsul Zairil Kamaruddin dalam kenyataannya berkata, Husni juga meletakkan jawatan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Negeri Perak, Ketua UMNO Bahagian Tambun dan Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Tambun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam sidang akhbar hari ini mengumumkan rombakan Kabinet antara lain menyaksikan pelantikan Datuk Johari Ghani sebagai Menteri Kewangan II menggantikan Husni yang meletakkan jawatan kerana sebab-sebab peribadi. -- MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Musuh sebenar Yahudi bukan Palestin, tapi Bani Jawi.

BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...