Rabu, 8 Jun 2016

Empat mangsa culik di Sabah dibebaskan


Empat rakyat Malaysia yang diculik lapan lelaki bersenjata di perairan Ligitan pada 1 April lalu dilaporkan telah dibebaskan.

The Star melaporkan, keempat mereka telah dibenar kembali ke Sandakan awal pagi tadi.

Laporan dari Jolo menunjukkan perunding Malaysia dan Filipina berjaya mendapatkan kebebasan daripada kumpulan militan selepas beberapa rundingan diadakan.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun enggan mengulas mengenai perkara itu.

Empat rakyat Malaysia yang diculik berumur 21 hingga 34 tahun dan merupakan antara sembilan kru kapal tunda yang sedang dalam perjalanan balik dari Filipina ke Malaysia.

Mereka adalah Wong Teck Kang, 31; Wong Hung Sing, 34; Wong Teck Chii, 29, dan Johnny Lau Jung Hien, 21.

Terdahulu, penculik dilaporkan meminta wang tebusan bernilai RM18juta.

Tiada ulasan:

Jalan ke Klang Bandar Diraja ‘memalukan’

BILA sebut Klang, ia sinonim dengan gelaran Klang Bandar Diraja. Kalau di Selangor, Klang satu-satunya bandar yang kaya dengan pelbagai j...