Layari http://waadat.blogspot.com/2009/05/manusia-biasa.html
Wednesday, May 20, 2009
Manusia biasa
Demang tertarik dengan artikel yang ditulis oleh Manzaidi Mohd Amin, Penolong Editor Sinar Edisi Perak, hari ini. Pengalaman beliau selama 25 tahun menjadi wartawan mewajarkan beliau memberikan pandangan terhadap ahli politik di Malaysia, tidak kira pihak pembangkang mahupun kerajaan.
Beliau secara santai menyentuh realiti yang berlaku di Kelantan. Kenapa Kelantan? Padahal negeri yang paling bergolak sekarang ialah Perak, Selangor, dan Pulau Pinang?
Pada hemat Demang, beliau menceritakan perihal di Kelantan kerana negeri itu sudah lama dikuasai oleh PAS.
Menurut pemerhatian Manzaidi, pada peringkat awal PAS menguasai Kelantan kebanyakan wakil rakyatnya bersikap sederhana.
Hari demi hari, tahun demi tahun dan penggal demi penggal telah berlalu. Pemimpin PAS juga manusia biasa. Maka sudah ada yang menukar jubah kepada kot. Sudah ada yang menggantikan serban dengan kopiah dan ada juga yang menanggalkan terus kedua-duanya.
Kalau dulu berkenderaan sederhana, kini sudah berkereta mewah. Malah sudah ada yang berkahwin di luar negara serta terlibat dengan kes cerai berai macam artis. Siap dengan cerita sensasi.
Barangkali ramai yang belum lupa kes pemimpin PAS ditangkap khalwat dengan isteri orang. Pendekata, apa yang diumpat pada UMNO suatu masa dulu, itu jugalah yang dilakukan oleh PAS kemudiannya.
Mutakhir, budaya rasuah sudah mula berlegar dalam kalangan perwakilan PAS. Sebenarnya ia sudah lebih awal berlaku semasa kempen PRU-12 melibatkan para pengundi luar.
Memanglah semua parti memberi duit tambang kepada pengundi yang pulang ke kampung tetapi jumlah yang diberi oleh PAS agak lumayan dan dipastikan agar melebihi daripada yang ditawarkan oleh UMNO.
Setakat tambang, mungkin boleh dirasionalkan walaupun Demang kurang setuju. Tapi bila Tok Guru kata 'orang bagi kita ambil' maka siapalah Demang untuk menongkah fatwa beliau.
Itu mengenai PAS. Bagaimana agaknya pemimpin PKR 1-2 penggal lagi? Setakat ini sudah ada MB yang 'bersedekah' dengan duit kerajaan. Sudah ada YB yang menerima 'sedekah' seks.
Sudah ada exco yang tidur telanjang dan dikatakan ditemani oleh teman lelaki berbangsa Melayu.
Bagaimana pula dengan media PKR? Kelmarin anak Raja Petra sendiri terlibat dengan jenayah. Tian Chua sendiri mengaku memalsukan gambar Najib.
Demang paparkan di sini bagi kita sedar bahawa pemimpin juga manusia biasa walau memakai lambang yang berlainan.
Pemimpin PAS yang asalnya ikhlas berjuangpun boleh 'lupa daratan'. Inikan pula pemimpin PKR yang asalnya daripada UMNO. Penubuhan PKR pun kerana mempertahankan Anwar Ibrahim yang dipecat dari UMNO kerana salahlaku seks.
Yang kita risaukan, apabila berlaku perubahan, maka prosesnya bukan boleh selesai dalam masa sehari dua. Tidak juga boleh beres dalam masa setahun dua.
Maka ada yang terlajak bicara, berlakulah pertelingkahan. Ada yang terlanjur laku, tercetuslah pergaduhan. Ada yang terlebih aksi, berbalah lagi. Ada yang berdemonstrasi yang boleh mengundang huru-hara.
Fikir-fikirkanlah.
Rabu, 20 Mei 2009
7 minit
Sagu hati atau politik wang dalam Pas
Nak kata lama, tidaklah juga. Tetapi ada orang tanya berapa lama saya dah bekerja dalam bidang kewartawanan ni, saya hanya mampu jawab, “Baru nak masuk 25 tahun.”
Saya tanya pula, “Kenapa?” Katanya, saja nak tahu kot-kot saya tahu hal-hal politik terutama mengenai Pas di Kelantan.
Saya tanya lagi, “Nak tahu pasal apa mengenai Pas? Pasal perangai. Prestasi wakil rakyatnya. Pasal sikap mesra, ego, sombong, kedekut, pemurah, baik hati mereka atau pasal apa?” Katanya, “Pasal apa saja yang Encik Man tahu’.
Saya kata, pada awal Pas mengambil alih Kelantan daripada Barisan Nasional (BN), ketika itu bawah pimpinan Tan Sri Mohamed Yaakob, banyak perubahan telah dilakukan.
Pertamanya, mengharamkan mak yong, menora, wayang kulit, main puteri, panggung wayang wajib pasang lampu, kaunter bayaran diasingkan lelaki perempuan.
Papan tanda ‘Membangun Bersama Islam’ dinaikkan di merata tempat. Papan tanda ‘Alhamdulillah’, ‘Subhanallah’, ‘Masya-Allah’ dipasang sepanjang jalan raya dari Jeli ke Kota Bharu sampai ke Gua Musang. Sekarang sudah pun lusuh tak berganti baru. Agaknya mungkin mereka ingat pengguna dah hafal perkataan itu.
Wakil rakyatnya pula hanya pandai sebut ‘Insya-Allah’ setiap kali rakyat tanya hal-hal berkaitan masalah. Alasan ‘Maaf ana puasa hari ini’ pula sering diucapkan setiap kali melintas kedai kopi. Takut kena belanja.
Itu dululah pada awal pemerintahan Pas tahun 1990-an. Sekarang sudah jauh berbeza. Dulu pakai kereta nasional Proton Saga saja, kini sudah tukar Honda Accord, Civic, Camry, Vios, Mercedes dan BMW. Yang pakai motosikal kuasa tinggi pun ada.
Kalau dulu majoriti pakai serban, hari ini dah pakai kopiah. Yang tak pakai dua-duanya pun ada. Begitu juga dulu ramai pakai jubah, hari ini tidak sedikit yang tukar ‘style’, sudah pandai pakai kot dan bertali leher. Cuma mereka belum pandai pakai ‘bow’. Dan tak mungkin pakai.
Moral kepada cerita yang saya nak beritahu ini ialah pemimpin Pas juga manusia biasa. Mereka tidak boleh lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Mereka pun ada cita rasa besar. Ada nafsu dan keinginan mencuba.
Kalau tidak, masakan dulu rumah kecil, sekarang dah besar. Kalau tidak masakan timbul isu khalwat dengan isteri orang di sebuah bilik hotel dan dicekup si suami kepada pasangannya dalam kabin kereta api.
Itu hanya beberapa cerita ringkas mengenai keruntuhan moral pemimpin Pas yang dapat saya paparkan sebagai contoh. Ada banyak lagi isu dan kes. Yang kahwin dua, tiga tak usahlah nak cerita lagi.
Yang kahwin di luar negara pun ada. Maknanya apa yang berlaku pada orang lain, berlaku juga pada mereka.
Kalau orang lain beri jawatan tinggi pada anak menantu, dalam Pas pun ada anak menantu pegang jawatan tinggi juga. Pendek kata sama saja. Tak boleh tuding pada orang lain. Pada diri sendiri pun berlaku.
Jadi, kalau hari ini timbul cerita ada segelintir pemimpin Pas mengamalkan politik wang atau rasuah, sogok atau sewaktu dengannya, saya tidak terkejut. Sebab sebagaimana saya kata tadi, mereka pun manusia juga.
Mereka ada keinginan nak bertanding dan rebut jawatan lebih tinggi dalam parti. Untuk pastikan hasrat itu jadi kenyataan, mereka akan lakukan apa saja termasuk main politik wang, rasuah, beri hadiah, beri ‘sedekah’ dan sogok dengan niat nak dapat undi dan menang. Itu yang berlaku dalam Pas sejak dulu. Cuma mereka bijak menyembunyikan tudung periuk nasi yang sedang menggelegak. Siaran 20hb Mei 2009

Jumaat, 15 Mei 2009
Berpisah juga kita...
Sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan, walaupun kita tidak pernah sedar kita telah melakukan kesalahan yang boleh menyebabkan pasangan kita, rakan kita berkecil hati.
Sebagai manusia juga, kita harus bersikap terbuka dan tidak lokek untuk meringankan mulut melontarkan nasihat, pandangan ataupun teguran agar pasangan kita atau rakan kita yang melakukan kesalahan itu, tidak lagi mengulangi kesilapannya.
Amatlah sedih dan sukar untuk digambarkan, setelah lama berkawan, tiba-tiba berlaku satu kejutan...iaitu 'PERPISAHAN'.
Aku doakan kau bahagia di sana. Innalillahi wain ilaihi rajiun...

Selasa, 12 Mei 2009
Kesian Siva...tak sia-sia kamu
SETELAH tiga jam duduk di kerusi Speaker DUN, akhirnya Sivakumar terpaksa diusung dan diheret dari tempat duduknya oleh polis berpakaian preman dan Bentara DUN.
Dengan keadaan kepala ke depan, kaki terheret ke belakang, Sivakumar dibawa ke luar dari Dewan kerana mengingkari arahan kerajaan baru yang ketika itu mencadangkan R.Ganesan sebagai Speaker.
Sivakumar ada hak untuk tidak meninggalkan kerusi Speakernya. Bukan dia gila kuasa atau kemaruk hendakkan kerusi teratas dalam susunan Dewan itu. Dia enggan berganjak kerana dia menganggap dia adalah Speaker yang sah, yang dilantik selepas PR menang pada Pilihan Raya Umum ke-12 Mac tahun lalu.
Tetapi kerana kerajaan baru pimpinan Dr. Zambry agak angkuh ketika itu, berlakulah peristiwa tengking menengking, sepak menyepak, tendang menendang, baling membaling, pulas memulas, siku menyiku dan macam-macam aksi lagi.
Bagaimanapun, berkat kesabaran Siva, akhirnya apa yang dia pertahankan ketika dalam Dewan Khamis lalu adalah hak dia.
Tetapi agak berbaloi juga, selepas naik kematu punggung duduk diam atas kerusi Speaker dan diheret macam bangkai, akhirnya hak dia kembali kepada dia.
Tahniah Nizar... Cuba lagi Zambry
PERTAMA-tama sekali MZ nak ucapkan tahniah kepada Mohammad Nizar. Dia kini Menteri Besar Perak yang sah. Itu yang Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur putuskan kelmarin.
Dengan keputusan itu juga secara tidak langsung menafikan hak Dr. Zambry yang diperkenankan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah sebagai menteri besar setelah berlaku kegoyahan dalam Pakatan Rakyat (PR) apabila tiga ADUNnya lompat parti, sertai Bebas.
Dengan tindakan tiga ADUN itu menyebabkan PR mempunyai 28 kerusi iaitu sama dengan kerusi yang dimiliki ADUN Barisan Nasional (BN). Cuma sekarang ini tiga ADUN Bebas telah menyatakan sokongan kepada BN. Menjadikan suara BN di Perak kini ialah 31.
Kalau ada sebarang usul yang dibangkitkan sudah tentu barisan kerajaan (PR) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) menghadapi kesukaran kerana tidak mendapat dua pertiga undi. Ini kerana kalau 28 ADUN BN dan tiga ADUN Bebas tidak bersetuju, maka kerajaan negeri tidak boleh meluluskan sesuatu usul berkenaan.
Inilah kesukaran baru yang akan dihadapi kerajaan Perak selepas ini. Pendek kata, kemelut terus berkemelut. Tidak akan ada jalan penyelesaian selagi pilihan raya baru diadakan.
Ada yang bertanya, kalau Sultan Perak tidak berkenan, sudah tentu DUN tidak boleh dibubarkan. Itu betul. Tetapi Nizar boleh panggil sidang DUN tergempar dan kemukakan usul undi tidak percaya kepadanya sebagai menteri besar. Dengan itu, terbubarlah secara otomatik DUN Perak dan nak tak nak, pilihan raya negeri terpaksa diadakan.
Di situ rakyat akan buat pilihan. Mereka akan pilih calon wakil rakyat untuk mengisi 59 kerusi DUN. Kalau PR dapat 30 kerusi, maka PR akan mentadbir negeri itu. Kalau dapat 29 kerusi, kalahlah. Kena jadi pembangkanglah.
Pilihan rayalah ubat atau penawar kepada pergolakan besar di Perak sekarang. Selagi doktor tidak menggunakan ubat itu, selagi itu Perak akan terus bergolak seperti Palestin-Zionis.
Sabtu, 9 Mei 2009
You understand that...
HAMPIR semua media cetak dan elektronik memaparkan gambar yang menunjukkan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah membisikkan sesuatu kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sambil diperhatikan Datuk Ngeh Khoo Ngam.Gambar itu dirakamkan ketika sidang Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang berlangsung pada 7 Mei lalu.
Sebagai pembaca, tentunya mereka tertanya-tanya apa gerangan atau butir kata yang dituturkan Tuanku kepada Mohammad Nizar. Ada yang kata, Tuanku menasihatkan Mohammad Nizar supaya bersabar. Ada yang kata Tuanku meluahkan rasa simpati kepada bekas Menteri Besar itu.
Nizar pula dengan bohongnya mengatakan: “Raja Nazrin memaklumkan bahawa baginda meletakkan penghormatan yang tinggi terhadap saya dan Datuk Ngeh Khoo Ngam dan memaklumkan bahawa Raja berada di atas politik ."
Sebenarnya, inilah kenyataan Tuanku Raja Dr. Nazrin Shah yang kedengaran dengan jelas melalui pembesar suara.
“I don’t want to get involved in this. I just want to give my speech, so respect my speech, when I am giving it. You understand that? If you want to work with me in future, you have to respect my speech. Understand? So.. go and tell that...”
Isnin, 4 Mei 2009
Agama anak: Keputusan Kabinet tindas saudara baru
Oleh: DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
(Pensyarah Bahagian Pengajian Islam USM)
INTIPATI MENARIK:- Keputusan kabinet lebih dipengaruhi perkembangan politik.
- Menakutkan mereka yang ingin menganut Islam.
- Jangan gadai masa depan dan keharmionian Islam hanya kerana undi
- Saudara baru tidak dapat layanan sepatutnya.
- Badan agama jangan asyik sibuk dengan lawatan dan mesyuarat.
- Sidang fatwa segera bagi isu dakwat pilihan raya, kenapa tidak isu ini?
Berbagai pihak meminta saya menyatakan pendirian dalam isu agama anak yang ditetapkan oleh Kabinet Malaysia yang baru. Di sini saya sebut, ada beberapa masalah dalam isu ini yang mesti difahami dan dinilai, juga pendapat saya dalam hal ini;
1. Islam menganggap setiap anak lahir dalam keadaan fitrah iaitu dalam keadaan yang bersih dari pencemaran pemikiran dan akidah. Tiada nilaian dosa atau pahala buat mereka. Jika mereka mati sebelum mencapai umur mukallaf, mereka mati dalam keadaan bersih sekalipun ibubapa mereka tidak menganut agama Islam.
2. Ibubapa merupakan faktor utama dalam mempengaruhi fitrah anak yang bersih tersebut. Anak kecil biasanya akan terikut dengan agama ibubapanya. Justeru itu Nabi s.a.w bersabda: “Setiap anak dilahirkan atas ‘fitrah’, maka kedua ibubapanya yang menyebabkan ia menjadi yahudi, atau nasrani atau majusi (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
3. Para sarjana fekah ramai yang berpendapat bahkan ada yang mendakwa telah ijmak (sepakat), bahawa pengislaman bapa membawa kepada pengislaman anak yang masih kecil. Namun mereka berbeza pendapat tentang pengislaman ibu; apakah diikuti dengan pengislaman anak atau tidak. Di kalangan sarjana fekah ada yang berpendapat agama anak berdasarkan agama yang paling mulia dan sudah pasti mereka akan memutuskan jika bertembung antara Islam dan selainnya; maka agamanya dianggap sebagai Islam. Apa yang penting tiada nas Islam yang jelas dalam memutuskan hal ini. Ia lebih merujuk kepada soal ijtihad. Namun asas yang penting yang mesti ditegakkan adalah keadilan, di samping memelihara kemuliaan Islam itu sendiri.
4. Kepentingan membincangkan tentang status agama anak ini adalah untuk pengurusan jenazah, harta pusaka dan beberapa perkara yang lain. Bukan untuk menentu kedudukannya di syurga atau neraka seperti yang difahami oleh sesetengah pihak. Ini disebabkan anak kecil bebas dari nilaian dosa dan pahala sehingga dia menjadi mukallaf.
5. Saya berpendapat; tiada kemunasabahan yang cukup untuk Pihak Kabinet menentukan agama anak secara keputusan yang sedemikian. Lebih baik urusan ini diserahkan kepada mahkamah –sekalipun mahkamah sivil- untuk memutuskannya. Mahkamah mesti menentukan hak jagaan kepada pihak yang paling baik untuk kemaslahatan anak. Di sini datangnya peranan badan-badan Islam atau pihak pengurusan zakat umat Islam untuk memastikan kekuatan kewangan dan sebagainya dalam membantu ‘saudara baru’ melayakkan mereka mendapat hak jagaan. Jika badan-badan ini masih tidur atau sekadar sibuk dengan lawatan dan mensyuarat di hotel-hotel sahaja, jadilah apa yang terjadi sekarang.
6. Keputusan kabinet tersebut boleh merampas hak salah seorang ibubapa yang menukar agamanya dan bersifat tidak adil. Jika sudut kebendaan itu yang dinilai, kelayakan menjaga seseorang anak itu berbeza antara pasangan. Tidak mungkin dibuat keputusan yang tetap kerana setiap pasangan mempunyai keadaan yang berbeza. Biar mahkamah menentukannya secara adil. Sesiapa yang berhak menjaga anak, maka tidak menjadi masalah jika berlaku perselisahan agama anak berdasarkan pihak yang menjaganya atau jika anak itu sudah pandai menilai, dia mungkin boleh membuat pengakuan agama pilihannya.
7. Sepatutnya, isu agama anak tidak ditimbulkan melainkan ketika perselisihan antara pasangan sahaja. Anak sepatutnya diberi peluang untuk mengenai Islam setelah ibu atau bapa menganut Islam. Peruntukan zakat muallaf secara besar perlu diberikan untuk ini. Zakat bukan lawatan hujung tahun dan penukaran kereta baru para pegawai. Malanglah keputusan kabinet ini boleh menghalang dakwah seorang bapa atau ibu kepada anak berkenaan.
8. Ini kerana, anak itu bersih fitrahnya. Ibubapa mempunyai peranan mempengaruhinya. Itu adalah hak mereka untuk mempengaruhi anak mereka. Jika salah seorang ibubapanya menganut Islam sementara seorang lagi tidak, anak berkenaan mungkin akan dipengaruhi oleh salah seorang daripada mereka. Sekalipun jika mereka berpisah, peluang yang adil untuk anak bertemu dengan bapa atau ibunya hendaklah diberikan. Selepas itu terpulang kepada anak berkenaan dalam menentukan agamanya.
9. Saya berpendapat; keputusan kabinet lebih dipengaruhi oleh perkembangan politik kepartian dan undi tanpa melihat kepada sudut keadilan untuk semua. Ia adalah penindasan terhadap saudara baru dan boleh menakutkan mereka yang ingin menganut Islam. Dalam kegilaan mendapatkan undi, jangan digadai masa depan umat Islam dan keharmonian agama dalam negara.
10. Sekali lagi saya tegaskan, golongan ‘saudara baru’ dalam negara ini tidak mendapat layanan yang sepatutnya dan pihak yang bertanggungjawab terutama yang menguruskan zakat dan badan-badan agama kerajaan pusat dan negeri tidak menyibukkan diri dalam menjaga kebajikan mereka dan usaha dakwah dalam memahamkan rakyat Malaysia tentang Islam yang sebenar. Zakat tidak diuruskan dengan sepatutnya dan dana-dana untuk kemajuan Islam tidak dialirkan dengan cara yang wajar dalam menjaga kepentingan dakwah Islamiyyah.
11. Saya dengan ini meminta pihak Kabinet menilai balik keputusan tersebut dan juga pihak-pihak agama dalam negara kita memainkan peranan yang sepatutnya dalam memberikan keadilan kepada ‘saudara baru’.
12. Jika Fatwa Kebangsaan JAKIM boleh membuat sidang fatwa segera tentang ‘dakwat pilihanraya’ mengapa tidak Pengerusi Fatwa Kebangsaan tidak memberikan pandangan para mufti dengan segera dan jelas dalam hal ini. Malanglah jika isu penkid dan yoga digembar-gembur, tetapi isu keadilan hak saudara baru dilewat-lewatkan.
13. Saya ingin berpesan kepada diri sendiri, juga mengambil kesempatan berpesan kepada mereka yang berjawatan berkaitan agama agar jangan memikirkan tentang gaji, sambungan kontrak, gelaran menjelang harijadi sultan, elaun, rombongan dan urusan dunia yang lain melebihi kepentingan dan masa depan umat.
Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin,
29.4.09
Lampeter, UK.

Langgan:
Catatan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
Telah dikhabarkan bahawa Dajjal Laknatullah dan para wazirnya telah berada di London untuk acara gilang gemilang Olympic 2012. Mereka telah ...