Ahad, 13 Jun 2010

Generasi Saadong Ketujuh?





















01
KOTA BHARU, 8 Jun -
Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali, 24, yang muncul dengan pengakuan sebagai pewaris keturunan Puteri Saadong, malam ini memakai gelaran Sri Ratu Saadong Ketujuh.

Di sebuah resort di sini upacara berkenaan dirancang penuh istiadat pada hari jadinya hari ini.

Ia menjadi simbolik kepada apa yang dianggapnya sebagai penemuan pencarian salasilah keturunan pemerintah Kelantan silam dan berakhirnya sumpahan tujuh keturunan ratu itu.

Ia disaksikan oleh pewaris-pewaris kesultanan di pelbagai wilayah Indonesia yang hadir khusus sebagai saksi dan pernyataan memperakui Anis merupakan pewaris Puteri Saadong yang menghilangkan diri ke negara itu.

Puteri Saadong yang namanya masih menjadi sebutan rakyat Kelantan dengan mitos mengenai kesaktiannya dikatakan dikenali sebagai Puteri Hijau dan berkahwin dengan Sultan Gowa dalam pengisahan tradisi kesultanan di Indonesia.

Raja Putri Anis telah dimasyhurkan sebagai Sri Ratu Saadong Ketujuh oleh wakil raja nusantara, Kanjen Pangeran Norman Hadi Negoro dan Kanjen Mas'ud Toyyib dari Keraton Surakarta Hadiningrat, Indonesia dengan keris warisan.

Terdahulu, acara bermula dengan keberangkatan masuk seramai 20 raja-raja serta sultan nusantara dari Indonesia dan Kepulauan Papua di samping tetamu kehormat.

Ia diikuti dengan Bangkit Semangat yang dipersembahkan oleh sekumpulan penari daripada badan kebudayaan tempatan kira-kira pukul 9.45 malam.

Sebaik sahaja persembahan tersebut selesai, kedua ibu bapa Raja Putri Anis, Raja Sazali Raja Hasan dan ibunya, Raja Fauziah Syed Yaacob bersama tiga anaknya diiringi masuk ke dewan besar.

Beberapa minit kemudian, Raja Putri Anis diiringi masuk oleh beberapa 'dayang' dan bersemayam di singgahsana serba kuning.

Ia disusuli dengan acara pemakaian simbol darjat oleh pemegang amanah dari waris keenam Puteri Saadong yang juga ibunya di samping pemakaian mahkota oleh wakil raja nusantara, Dr. Ikke Dewi Sartika.

Majlis yang berlangsung selama dua jam itu dihadiri kira-kira 200 tetamu termasuk ahli keluarga Raja Putri Tengku Anis dan ahli sejarah dari dalam serta luar negara.

Sebelum ini, kisah Puteri Saadong dalam jalur sejarah pemerintahan Kelantan silam yang bersalut mitos dan legenda lenyap begitu sahaja selepas kematian suaminya Raja Abdullah.

Kemunculan Raja Putri Anis, anak kepada bekas pegawai Jabatan Perhutanan di negeri ini dan banyak menghabiskan masa di Indonesia menggemparkan, menimbulkan tanda tanya umum melalui pengakuannya dalam Utusan Malaysia pada 4 Jun lalu.

Sebelum ini, beliau menyatakan kesediaannya berdepan dengan tanggapan negatif terhadapnya sebagai memegang amanah untuk kembali sebagai warisnya di negeri ini, menamatkan sumpahan tujuh keturunan Puteri Saadong setelah 420 tahun meninggalkan Kelantan.

Di sebalik kisah Puteri Saadong yang dikatakan ghaib sedangkan kubur suaminya, Raja Abdullah wujud, Raja Putri Anis mahu apa yang dianggap mitos sebagai satu rentetan sejarah yang benar.

Beliau berharap, ia dapat menarik para pengkaji sejarah meneliti daripada pelbagai sumber agar dapat bersama membongkar sejarah baru Puteri Saadong.

Putri Anis yang menjalankan perniagaan keluarga berkata, beliau akan melibatkan diri dalam gerak kerja kebajikan di rantau ini melalui yayasan yang sedang dirancang.


02.
Putri Anis kini Sri Ratu Saadong ke-7
KOTA BHARU –
Gelaran Sri Ratu Saadong Ketujuh kini secara rasmi disandang Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali, 24, yang sebelum ini muncul dengan pengakuan sebagai pewaris keturunan Puteri Saadong, wanita yang menjadi legenda dalam sejarah Kelantan.

Sebuah resort di Kota Bharu menjadi saksi upacara pemasyhuran gelaran itu pada hari jadinya kelmarin.

Ia adalah simbolik kepada penemuan pencarian salasilah keturunan pemerintah Kelantan silam itu dan berakhirnya sumpahan tujuh keturunan puteri tersebut.

Puteri Saadong yang memerintah Kelantan pada 1667 bersumpah tidak akan menjejakkan kaki ke negeri itu sampai tujuh keturunannya sebelum menghilangkan diri sejurus membunuh suaminya, Raja Abdullah yang berkahwin lagi.

Baginda dikatakan membawa diri ke Indonesia.

Putri Anis telah dimasyhurkan sebagai Sri Ratu Saadong Ketujuh oleh wakil raja nusantara, Kanjen Pangeran Norman Hadi Negoro dan Kanjen Mas’ud Toyyib dari Keraton Surakarta Hadiningrat, Indonesia. Beliau dihadiahkan keris warisan.

Upacara itu disaksikan oleh pewaris-pewaris kesultanan dari pelbagai wilayah Indonesia yang hadir untuk memperakui Putri Anis sebagai pewaris Puteri Saadong yang dikatakan menghilangkan diri ke negara itu.

Upacara bersejarah itu dimulakan dengan keberangkatan masuk 20 raja serta sultan nusantara dari Indonesia dan Kepulauan Papua selain tetamu-tetamu kehormat.

Ibu bapa Putri Anis iaitu Raja Sazali Raja Hasan dan ibunya, Raja Fauziah Syed Yaacob bersama tiga lagi anaknya diiringi masuk ke dewan besar sebelum Putri Anis diiring masuk oleh beberapa ‘dayang’ dan bersemayam di singgahsana berwarna kuning.

Ia disusuli dengan acara pemakaian simbol darjat oleh pemegang amanah waris keenam Puteri Saadong yang juga ibu kepada Putri Anis, di samping pemakaian mahkota oleh Pangeran Norman.


03.
'Dia gemar berkhayal'
KOTA BHARU -
Seorang wanita yang mendakwa dirinya pewaris keturunan Puteri Saadong, dikatakan tidak mempunyai sebarang pertalian atau hubungan dengan keturunan raja.

Perkara itu didedahkan seorang ahli keluarganya yang tampil kepada media sambil mendakwa dia mengenali Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali, 24, yang membuat pengakuan dalam sebuah akhbar mengenai dirinya adalah keturunan ketujuh Puteri Saadong.

Menurut ahli keluarga yang enggan dikenali itu, semua dakwaan disiarkan dalam akhbar sebelum ini amat meragukan dan menimbulkan tanda tanya apabila dia sendiri mengenali Raja Putri Anis atau dikenali dengan nama samaran sebagai 'Along'.

Katanya, dia tertanya-tanya dari mana datangnya gelaran 'Raja' yang digunakan kerana sepanjang pengetahuannya tidak ada mana-mana ahli keluarganya menggunakan gelaran itu.

“Bagi saya, perkara ini agak melucukan kerana saya dan ahli keluarga lain sedar dengan perangai peliknya sebelum ini yang mengandaikan dirinya seperti 'Puteri' dan suka berimaginasi.

"Nenek dan datuk di sebelah ibunya masih ada di kampung itu. Sebaik terbaca kisah ini, saya bertanya kepada datuknya sama ada pernah mempunyai pertalian diraja dengan sultan atau raja Indonesia dan dia hanya tergelak," katanya.

Menurutnya, dia bersama ahli keluarga yang lain sememangnya menyedari sikap Along yang terlalu obses dengan perkara berunsur mistik termasuk kisah Puteri Saadong.

Katanya, ramai juga ahli keluarga yang tidak tahan dengan sikap itu dan sering menasihatkannya supaya jangan terpengaruh dengan perkara mitos, tetapi ia tidak diendahkan.

"Akibatnya, dia membuang keluarganya dan kami terputus hubungan. Apa yang saya tahu, nama ibu bapa sebenarnya tidak ada gelaran 'Raja' termasuk dirinya.

"Keluarganya sering berpindah-randah, kami tidak tahu lagi mengenai perkembangan mereka," katanya.

Kemunculan wanita berkenaan mengakui dirinya sebagai pewaris Puteri Saadong menimbulkan tanda tanya apabila puteri berkenaan dikatakan tidak mempunyai zuriat dan kisahnya terhenti sejak 'kehilangannya'.

Bagaimanapun, Raja Putri Anis berkata, Puteri Saadong sebenarnya membawa diri ke Aceh dan menggunakan gelaran Puteri Hijau yang berkahwin dengan Sultan Gowa.

Terdahulu, sebuah majlis pemasyuran Raja Putri Anis dilakukan di PCB Resort, di Kota Bharu, sebagai simbolik berakhirnya sumpahan 420 tahun Puteri Saadong.

Majlis itu juga membawanya kepada gelaran Sri Ratu Saadong Ke-7.

Raja Putri Anis dimasyhurkan sebagai Sri Ratu Saadong Ketujuh oleh wakil raja nusantara, Kanjen Pangeran Norman Hadi Negoro dan Kanjen Mas’ud Toyyib dari Keraton Surakarta Hadiningrat, Indonesia dengan keris warisan.

Malam sebelumnya, pelancaran buku ‘Sri Ratu Saadong VII’ diadakan di tempat sama dan turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

04
Pengakuan Putri Anis sedia dikaji
PASIR MAS -
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bersedia untuk mengkaji kebenaran pengakuan Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali bahawa beliau adalah pewaris keturunan Puteri Saadong dengan syarat wanita itu perlu mengemukakan bukti-bukti berkaitan.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, syarat lain ialah melibatkan aspek penerimaan masyarakat kerana jika masyarakat tidak dapat menerima pengakuan wanita itu, pengiktirafan tidak boleh diberikan.

"Kalau masyarakat telah menerima perkara ini, kita bersedia untuk membuat kajian kebenarannya dan perlulah mengemukakan bukti-bukti berkaitan," katanya selepas merasmikan Program Merakyatkan Seni Pesta Dikir Barat di sini malam semalam.

Baru-baru ini, Raja Tengku Putri Anis, 24, muncul dengan pengakuan sebagai pewaris keturunan Puteri Saadong yang terkenal dalam mitos sejarah Kesultanan Kelantan dan Selasa lalu beliau telah dimasyhurkan sebagai Sri Ratu Saadong ketujuh.

Pemasyhuran Raja Tengku Putri Anis dilakukan oleh wakil raja nusantara, Kanjen Pangeran Norman Hadi Negoro dan Kanjen Mas'ud Toyyib dari Keraton Surakarta Hadiningrat, Indonesia.

Sabtu, 12 Jun 2010

Santai sekejap

Sebagai pengajaran kepada yang nak jadikan pengajaran

KUALA LUMPUR - Seorang wanita awal 20-an terpaksa menempuh detik hitam dalam hidupnya lebih 48 jam apabila dia bukan saja dijadikan tebusan selepas diculik, malah dirogol sekumpulan empat lelaki tidak dikenali.

Difahamkan, kumpulan penculik amatur itu tidak dapat menahan nafsu selepas melihat kecantikan mangsa walaupun mereka dikatakan sedang berunding untuk mendapatkan RM100,000 sebagai wang tebusan daripada keluarga mangsa.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam Selasa lalu, mangsa bersama abangnya berusia lewat 20-an dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Rimbunan, Sentul, di sini, sebelum dia diculik sekumpulan empat lelaki menaiki sebuah kereta.

Difahamkan, mangsa diculik dalam kawasan kurang 50 meter dari rumahnya dan menurut sumber, abangnya tidak diculik, sebaliknya diugut merahsiakan kejadian itu sekiranya mahu adiknya selamat.

“Malah, seorang daripada suspek mendakwa akan menghubungi keluarga mangsa untuk berunding mengenai pembebasannya,” katanya.

Sumber berkata, kumpulan itu dikatakan menghubungi keluarga mangsa pada malam kejadian sebelum mengarahkan mereka menyediakan wang tebusan RM100,000.

"Suspek yang menghubungi keluarga mangsa berulang kali memberi amaran supaya mereka tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa. Malah, kumpulan penculik itu hanya memberikan masa dua hari kepada keluarga mangsa menyediakan wang tebusan.

"Namun, ahli keluarga mangsa yang buntu mencari wang seperti diminta melaporkan kejadian berkenaan kepada polis,” katanya.

Sumber berkata, ahli kumpulan terbabit sekali lagi menghubungi keluarga mangsa pada Rabu lalu kira-kira jam 11 pagi untuk melakukan rundingan.

“Ahli keluarga mangsa membuat tawaran untuk membayar wang tebusan sebanyak RM28,000 selain merayu kepada penculik terbabit agar melepaskan mangsa. Suspek bersetuju dengan tawaran itu dan menetapkan lokasi bagi mengambil wang tebusan dan membebaskan mangsa," katanya.

Sumber berkata, kumpulan penculik amatur itu sekali lagi menghubungi keluarga mangsa dan mengatur pertemuan di pusat beli-belah Kota Raya, di sini kira-kira jam 3 petang, Khamis lalu.

"Sebaik mendapat maklumat itu, polis dengan kerjasama keluarga mangsa merancang memerangkap penculik terbabit dengan abang mangsa diberi tanggungjawab membawa wang tebusan ke lokasi dan masa ditetapkan.

"Selepas pasti keadaan selamat, polis yang menyamar sebagai orang awam membuat serbuan dan menahan semua suspek," katanya.

Menurutnya, mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan dan doktor mengesahkan wanita itu dirogol.

Sementara itu, Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mengesahkan kejadian itu dan penahanan semua suspek.

"Semua suspek berusia antara 20 dan 30 tahun kini direman selama sembilan hari bermula Khamis lalu bagi membantu siasatan.

"Kami juga mendapat semula wang tebusan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 3 Akta Culik," katanya.

Khamis, 3 Jun 2010

Jika isteri menangis

Sahabat...

Jika seorang istri menangis di hadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi...

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!...

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!...

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu, dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami-suami, jika seorang isteri pernah menangis keranamu, tolong pegang
tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam...

Wahai suami-suami, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-yiakannya. Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu, saat dia menangis keranamu.

Lihatlah jauh ke dalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan sakit yang
dirasakannya keranamu?

Kenapa halang PM jawab isu judi?

Saya ingin menyuarakan pandangannya terhadap sikap pemimpin UMNO yang cuba nak melindungi sesuatu dari diperjelaskan kepada umum.

Halnya berikutan tindakan Setiausaha Agong UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang dilihat menghalang Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menjawab persoalan isu lesen perjudian bolasepak Piala Dunia yang dikatakan diluluskan oleh kerajaan bagi menghalalkan perkara yang sudah terang haramnya.

Perkara itu dikatakan berlaku ketika sidang media Presiden UMNO selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini.

Soalan dari wartawan perlu di jawab, apa motifnya tidak perlu dipertikaikan, baik buruk adalah jawapan pada persoalan itu.

Janganlah jadi macam Anwar Ibrahim yang hanya mahu soalan yang memihak padanya sahaja, soalan yang boleh menghiris perasaan hatinya akan disanggah dengan pelbagai tohmahan dan berbaur sinis… takut pada bayangan sendiri.

Pokok persoalannnya kenapa persoalan itu dihalang dan apakah kerajaan kepimpinan Najib tidak mahu membuat pernjelasan terhadap isu ini sedangkan pihak pembangkang sudah melalak ke hulu ke hilir menjajakan isu ini sekaligus menempelak kerajaan Barisan Nasional yang menghalalkan judi.

Saya tidak faham motif Tengku Adnan menghalang persoalan itu diajukan oleh seorang wartawan tersebut.

Tidakkah persoalan itu penting untuk dijawab terutama bagi menjelaskan isu terbabit dari terus diperhangatkan oleh pembangkang. Kenapa tidak diberi peluang kepada Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri menperjelaskan isu tersebut dan seterusnya menamatkan isu itu dari terus berlangsungan.

Adalah diharapkan sindrom sorok ini tidak akan terus berlaku di zaman pemerintahan Datuk Seri Najib, janganlah kerana dua tiga kerat pemimpin UMNO yang hendak jaga diri atau takut berdepan dengan masalah serta isu yang timbul maka Najib akan jadi mangsanya.

Najib harus sedar bahawa yang berada di sekelilingnya adalah kawan-kawan bukannya boleh diistilah sebagai sahabat, mereka itu bakal meninggalkan Najib jika berlaku sesuatu yang menyusahkan Najib…mereka bukan kawan yang boleh menangis bersama.

Mengharapkan kesedaran di sebalik persoalan yang murni

Rabu, 2 Jun 2010

Budak hingusan di Universiti Malaya

Majlis Perundingan Melayu (MPM) kesal dengan tindakan pengurusan Universiti Malaya (UM) yang membenarkan kampus itu dijadikan lokasi penganjuran syarahan umum bagi mengaibkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Setiausahanya, Dr Hasan Mad berkata, majlis itu yang pada asalnya bertujuan membincangkan buku bertajuk Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times karya Barry Wain telah dijadikan medan untuk menghentam Dr. Mahathir, UMNO dan orang Melayu.

"Nampaknya Naib Canselor (Datuk Dr Ghauth Jasmon) bersikap liberal untuk membenarkan UM dijadikan platform bagi mengejek kepimpinan Melayu dengan berselindung di sebalik usaha-usaha bagi menggalakkan pemikiran terbuka," katanya.

Forum yang diadakan di Dewan Syarahan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran universiti tertua di negara ini dianjurkan oleh Kluster Penyelidikan Sains Tingkah Laku dan Sosial (SBSRC) UM.

Dalam buku yang diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada April lalu untuk diedarkan di negara ini, Wain antara lain mendakwa Dr. Mahathir telah menyebabkan kerajaan kerugian sehingga RM100 bilion sepanjang era pentadbirannya.

Hasan turut menggesa kerajaan supaya menyiasat niat sebenar Wain menulis buku mengenai Dr. Mahathir.

"Wain sendiri mengaku ketika syarahan bahawa jika dia menulis buku mengenai Lee Kuan Yew (Menteri Mentor Singapura) seperti yang dibuatnya terhadap Dr. Mahathir, dia sudah pasti ditangkap pihak berkuasa negara itu," ujarnya.

Sementara itu, Ghauth yang dihubungi Mingguan Malaysia malam ini berkata, beliau perlu meneliti bantahan MPM itu terlebih sebelum memberikan komen lanjut.


Forum akademik bukan tempat menghentam

Forum ilmiah atau akademik tidak seharusnya dijadikan tempat untuk menghentam atau menghina individu tertentu kerana ia bertentangan dengan etika dan matlamat forum tersebut.

Penganalisis politik, Profesor Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, perbincangan akademik memang bebas membincangkan apa sahaja tetapi harus melalui prosedur yang betul.

“Pada pandangan saya, mereka berhak untuk membincangkan buku karya Barry Wain tersebut bagi mengkaji ideologi, dasar-dasar dan cara pengurusan sesebuah negara kerana perbincangan ilmiah tidak memihak kepada sesiapa.

“Tetapi perbincangan tersebut perlu beretika dan membincangkan sesuatu yang membina. Perbincangan seperti ini dilakukan oleh semua universiti di dunia ini bagi mengkaji sesuatu bahan,” katanya.

Beliau mengulas mengenai forum anjuran Kluster Penyelidikan Sains Tingkah Laku dan Sosial (SBSRC) Universiti Malaya (UM) bagi membincangkan buku bertajuk Malaysian Maverick: Tun Dr. Mahathir Mohamad in Turbulent Times karya Barry Wain.

Forum tersebut telah disalahgunakan oleh individu tertentu untuk dijadikan sebagai medan menghentam Dr. Tun Dr. Mahathir, UMNO dan orang Melayu. - Utusan

KOMEN:
Yang benci Tun ni puak-puak berhaluan kiri, biasalah puak-pual sebelah sana. Jangan tak tahu, macam juga prof gay yang pakai cermin mata macam nak renang, tu pun pensyarah kat UM juga jenis tak sedar diri perasan bagus. Memang pemerintah yang benar-benar kuat, dibenci oleh pembangkang.

Hentamlah Tun macam mana sekali pun, hakikatnya kalau siapa-siapa memerintah takkan ada KLCC, Cyberjaya, Putrajaya, Proton, Penang Bridge. Otak prof tu nak lawan otak Tun, cermin diri la prof.

Hidup bukan selamanya. Sampai masa, mati juga. Tak berbaloi tumpukan seluruh hidup untuk kutuk Tun. Tun tak terjejas, dia yang sakit hati sorang-sorang. Jasa Tun tetap terpahat dalam sejarah - noktah. I’m starting to have pity on you..

Laknat Israel
















Mari sama-sama kita pijak dan bakar bendera Israel