Rabu, 21 Mac 2012

Muka pembunuh dan cerita sedih ayah arwah adik Dirang

Inilah muka pembunuh adik Dirang. Mereka bertiga dah dihadapkan ke mahkamah untuk diadili. Hukuman menanti mereka ialah gantung sampai mati. Lepas mati, mereka akan diazab dalam kubur dan selepas itu ditempatkan dalam neraka jahanam. Insya-Allah.






JOHOR BAHRU – Bapa kanak-kanak malang tragedi bunuh dan bakar, Hendry Yongot tiada memaafkan pembunuh anaknya, Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih dikenali sebagai Dirang.

Hendry, 35, yang menyifatkan Dirang peramah, pintar dan ceria berharap insiden menimpa anak perempuannya itu, adalah pembunuhan terakhir seumpamanya.

“Tidak dapat saya gambarkan perasaan ketika dimaklumkan Dirang dibunuh. Tak mungkin saya boleh maafkan si pembunuh. Saya harap pembunuh mendapat hukuman­ sepatutnya,” katanya ketika ditemui di Kompleks Dalam Negeri di sini, semalam.

Apapun, Hendry akan dihantar pulang ke Filipina oleh pihak berkuasa berikutan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

“Saya akur keputusan itu walau hati berasa berat,” katanya.

Hendry yang berasal dari Sulu berkata, dia memasuki Sabah pada 1993 dan tidak pernah pulang ke kampung halamannya sejak itu.

“Walau hati terlalu sedih, saya terpaksa pulang dan itu hukuman buat saya. Namun Dirang sentiasa lekat di hati. Setiap masa. Begitu juga Mohd Hafis, satu-satunya waris saya yang tinggal.

“Saya belum merancang kehidupan di Filipina, namun saya pasti datang semula ke Malaysia untuk melawat anak dan pusara Dirang, jika diberi keizinan,” katanya.

Sepanjang ketiadaannya nanti, Hendry berharap bekas isteri Roselyn Alan, 25, dapat menjaga Mohd Hafis dengan baik, selain berpesan kepada ibu bapa lain agar menjaga keselamatan anak masing-masing.

Menceritakan kembali sebelum menerima khabar mengenai kehilangan Dirang, Hendry yang menetap di Rawang, Selangor berkata, hubungannya dengan anak-anak dan Roselyn amat baik walaupun mereka sudah berpisah sejak empat tahun lalu.

“Seminggu sebelum kehilangan Dirang, saya ada hubunginya. Kami berbual seperti biasa, bertanya khabar dan meluah rasa rindu.

“Roselyn memaklumkan kehilangan Di­rang kepada saya petang kejadian. Saya tiba di Johor pada 8 Mac sebelum ditahan polis bagi membantu siasatan,” katanya.

Dirang ditemui mati dibunuh dan dibakar dalam sebuah lubang di tapak perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini pada 12 Mac lalu.

Polis kini masih menahan reman tiga individu termasuk seorang wanita sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan berkenaan.

Selasa, 20 Mac 2012

"Auww.!!! Betul ke nii? Eeee geli i....."

Senator Datuk KS Nallakaruppan muncul semula hari ini dan mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang biseksual dan beliau pernah melihat Anwar 'beraksi'.

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP) itu turut mencabar Anwar mengambil tindakan undang-undang terhadapnya jika dakwaan itu tidak benar.

Nallakarupan yang berulang kali menyatakan beliau kawan Anwar selama 30 tahun mahu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengeluarkan fatwa membenarkan seorang biseksual menjadi ketua pembangkang.

Beliau hairan mengapa Pakatan Rakyat (PR) melantik Anwar, seorang biseksual menjadi ketua pembangkang.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang biseksual. Dia tidak berhenti walaupun selepas dia keluar dari penjara. Saya meninggalkan dia kerana dia masih meneruskan aktiviti itu.

"Orang ramai (masih) menganggap beliau adalah seorang Muslim yang baik, tetapi ia tidak. Saya mencabar beliau, jika dia anak jantan, bawa saya ke mahkamah. Dia boleh menipu orang ramai, tetapi hakikatnya beliau mahu merosakkan negara.

"Jika dia berani, panggil saya keluar (ke mahkamah). Saya boleh mendedahkan di mahkamah siapa budak yang dia telah liwat. Saya cabar Anwar on this matter, bisexual," katanya.

Menurut beliau, jika Anwar menghadapkannya ke mahkamah, beliau akan mendedahkan lebih banyak perilaku Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kerana setakat ini pendedahan yang telah beliau buat hanya 30 peratus sahaja.

"Nik Aziz juga harus mengeluarkan fatwa untuk membenarkan biseksual menjadi ketua pembangkang. Mengapa mereka (Pakatan Rakyat) tidak mengambil tindakan ke atas beliau? Mereka mesti mengambil tindakan terhadap perilakunya. Terdapat begitu ramai pemimpin pembangkang, mengapa meletakkan lelaki biseksual (untuk menjadi ketua pembangkang)?.

"Dengan ini saya katakan yang Anwar seorang biseksual dan saya cabar Anwar saman saya di atas kenyataan ini. Anwar doesn’t want to face the truth, dia bukan anak jantan.

"Dia (Anwar) tidak ada prinsip. Beliau mahu menjadi Perdana Menteri, itu sahaja. Beliau akan merosakkan apa-apa untuk menjadi Perdana Menteri." katanya.

Beliau juga memberitahu akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin utama PAS untuk mendedahkan siapakah Anwar.

"Saya bersedia jumpa Nik Aziz untuk tujuan yang sama," katanya.

Ditanya apakah sebabnya beliau 'muncul' semula menyerang Anwar, kata Nallakarupan, beliau terpaksa, kerana Anwar 'pusing' Malaysia untuk membohongi rakyat Malaysia.

"Sebagai orang yang kenal Anwar, saya perlu mengatakan kepada rakyat bahawa Anwar adalah manusia lidah bercabang, seorang biseksual," katanya.

Anwar Bilionair???

Bekas aktivis PKR, N Gobalakrisnan mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim menyimpan dana peribadi wang kertas RM1,000 yang kesemuanya bernilai kira-kira RM10 juta di luar negara.

"Saya terima satu dokumen melalui pos yang menyatakan Anwar Ibrahim simpan RM10 juta di luar negara. Bila Dr Mahathir haramkan penggunaan duit RM1,000 di negara ini membuktikan bekas Perdana Menteri itu sudah tahu Anwar menyimpan banyak wang di luar negara.

"Sebab itu, beliau (Dr Mahathir) halang wang itu masuk ke dalam negara ini," katanya.

Gobala yang juga Ahli Parlimen Padang Serai percaya Anwar mempunyai banyak wang peribadi yang disimpan di luar negara.

"Dengan bisnesnya di Amerika Syarikat (AS)... (syarikat) Anwar Ibrahim Consulting... Azmin Ali juga simpan wang di luar negara... Singapura.

"Dr Syed Husin Ali... secara peribadi memberitahu saya... Azmin mempunyai jutaan wang di Singapura... Syed Husin adalah manusia yang berprinsip... dia menyatakan demikian," katanya.

Katanya lagi, semua ini membuktikan kepimpinan PKR juga dibelenggu oleh masalah korupsi.

Baru-baru ini, pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) mendedahkan Datuk John Soh Chee Wen, individu yang merupakan key person telah membelanjakan RM20 hingga RM30 juta untuk memastikan kebangkitan Anwar Ibrahim dan partinya sejak dari tahun 1998.

Anwar dan John Soh mula bercanggah pendapat mengenai pembentukan kerajaan baru 16 September 2008, di mana menurut Anwar, wang sebanyak RM300 juta adalah penting untuk membeli 30 ahli parlimen Barisan Nasional (BN), namun John Soh tidak bersetuju mengeluarkan dana itu kecuali Anwar mampu membuktikan bahawa beliau benar-benar berjaya dalam rancangannya.

"Apabila mereka bertemu, Anwar dan John Soh mula bertengkar. Apabila Anwar berkata John Soh harus dipersalahkan kerana kegagalan 16 September, John Soh membidas, "Jika awak begitu yakin rancangan awak berjaya mengapa awak tidak membiayai dengan wang awak sendiri? Pulangkan semula beberapa bilion wang yang awak sembunyikan di luar negara dan bayar (balik) RM300 juta dari poket awak sendiri," katanya dalam kolum The Corridors of Power, EPISODE 8: The man behind PKR (Part 2).

Khamis, 15 Mac 2012

Dirang muncul dalam mimpi

PASIR GUDANG: Kematian Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang secara tragis menyebabkan keluarganya merancang untuk berpindah dari kediaman mereka di Flet Seri Delima, Masai, di sini, selepas sering terbayang kanak-kanak malang itu.

"Saya dan suami akan berbincang tetapi belum mengetahui lokasinya. Saya masih ingat sering marah-marah apabila Dirang suka menonton kartun Upin dan Ipin serta Barbie," kata Roselyn Alan, 25, ketika ditemui di rumahnya selepas anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pekan Masai, kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam.

Bagaimanapun, kehadiran Dirang dalam mimpi Roselyn awal pagi semalam, memberi kekuatan kepada ibunya untuk menerima dengan reda kematian anak keduanya itu.

Roselyn berkata, dalam mimpinya awal pagi semalam, Dirang dilihat hanya memakai seluar pendek biru sedang memeluknya dan mencium berulang kali.

"Dirang muncul dalam mimpi, dia memeluk dan mencium saya sambil berkata 'mak, kau cari aku ke? Saya kemudiannya menjawab dan bertanya kenapa dia tidak balik tetapi Dirang meminta supaya saya tidak bersedih kerana beliau dalam keadaan baik.

"Selepas itu Dirang memeluk saya dan pada masa yang sama saya juga cuba memeluknya tetapi dia terus hilang sebelum saya terjaga daripada tidur kira-kira jam 3 pagi," katanya.

Roselyn berkata, walaupun bersedih dengan kehilangan Dirang, beliau reda dan menerimanya sebagai ketentuan Allah dan sebagai orang Islam menganggapnya sebagai dugaan hidup.

"Mungkin sudah takdir begitu, walaupun Dirang sudah pergi tetapi sekurang-kurangnya saya dapat tengok dia (dalam mimpi). Saya terima dengan reda pemergian Dirang, sebagai orang Islam saya perlu menerimanya sebagai ketentuan dalam hidup," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk penduduk dan polis yang membantu mengesan Dirang serta menguruskan pengebumiannya.

Sementara itu, suasana pilu dan hujan renyai mengiringi pengebumian Dirang yang dihadiri kira-kira 100 orang, termasuk ibu serta bapa kandungnya yang berusia lingkungan 30-an dengan tangan bergari kerana ditahan reman bagi membantu siasatan.

Lelaki itu dengan diiringi tiga anggota polis dilihat menangis dan diberi kesempatan untuk menyiram air mawar di pusara anak.

Lebih memilukan apabila orang ramai turut mengalirkan air mata melihat keadaan Roselyn yang menangis sebaik saja talkin dibacakan oleh Imam Masjid Nur Hidayah, Abdul Rahman Ismail.

Terdahulu, Roselyn yang berbaju kurung dan tudung merah jambu bersama ibunya, Milnah Jul, 52, serta beberapa ahli keluarganya tiba di pekarangan Unit Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) kira-kira jam 9.50 pagi bagi menguruskan jenazah anaknya.

Sejurus itu, bapa kandung Dirang dengan berbaju lokap dan tangan bergari turut memasuki bilik mayat dan selepas hampir 10 minit, beliau keluar dalam keadaan sugul sebelum dibawa pasukan polis beredar.

Bapa Dirang kini ditahan reman sehingga 19 Mac ini bagi siasatan lanjut kematian anaknya. Difahamkan kehadiran lelaki itu di Unit Forensik HSA adalah permintaan keluarga Dirang bagi membolehkannya menatap kali terakhir jenazahnya sebelum dikebumikan.

Jenazah Dirang dimandi, dikafankan dan disembahyang kakitangan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) sebelum dibawa ke Masjid Nur Hidayah untuk disembahyangkan.

Rabu, 14 Mac 2012

Bawa pembunuh ke muka pengadilan!!!...

Pembunuh Nurul dikenal pasti

JOHOR BAHRU 13 Mac - Sambil menyifatkan pelaku jenayah yang membunuh Nurul Nadirah Abdullah sebagai berhati binatang, polis hari ini bertekad untuk memastikan mereka yang melakukan perbuatan itu diseret ke muka pengadilan dalam tempoh terdekat.

Ini kerana, polis telah mengenal pasti penjenayah yang terlibat dalam pembunuhan kejam kanak-kanak berusia lima tahun itu dan akan segera menyiapkan kertas siasatan kes berkenaan untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan tindakan suspek yang tidak berhati perut dan akan memastikan mereka yang terlibat dihadapkan ke muka pengadilan.


Dirang dibunuh pada hari hilang

JOHOR BAHRU – Nyawa Nurul Nadirah yang lebih mesra dipanggil Dirang, diragut secara kejam apabila mangsa dipercayai dicekik sampai mati sebelum mayat kanak-kanak malang itu dimasukkan ke dalam lubang dan dibakar di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini.

Sumber berkata, seorang daripada empat suspek yang ditahan mengaku membunuh Dirang, dengan cara mencekik mangsa sebaik sahaja kanak-kanak itu diculik ketika keluar dari rumah seorang diri di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang di sini. Ketika itu mangsa hendak pergi ke kedai.

Selepas mangsa sudah tidak bernyawa, mayat Dirang dibawa ke kawasan rumah terbengkalai kira-kira lima kilometer dari rumah mangsa dan dibakar.

Sumber itu memberitahu, suspek yang tinggal tidak jauh dari rumah mangsa mendakwa dia bertindak demikian kerana dendam selepas pernah dihina dan dipandang rendah oleh nenek mangsa.

"Dirang terus dibunuh dan dibakar pada hari dia hilang pada 1 Mac," kata sumber itu.


Motif dendam

KUALA LUMPUR: Polis tidak menolak kemungkinan dendam peribadi terhadap keluarga Nurul Nadirah menjadi motif di sebalik penculikan dan pembunuhan kejam kanak-kanak berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin berkata, setakat ini, empat suspek termasuk tiga ditahan beberapa jam selepas laporan kehilangan Nur Nadirah dibuat neneknya pada 1 Mac lalu.

Katanya, suspek keempat yang juga bapa Dirang ditahan beberapa hari lalu.

"Bantuan segera daripada masyarakat membolehkan polis menangkap tiga suspek beberapa jam selepas laporan kehilangan Dirang dibuat. Suspek keempat ditahan beberapa hari kemudian. Dengan empat penangkapan ini, kami percaya polis berada di landasan yang betul untuk menyelesaikan kes ini.

"Kami menyiasat dari semua sudut untuk memastikan motif di sebalik penculikan dan pembunuhan kanak-kanak ini dapat dikenal pasti," katanya dalam satu kenyataan yang dibuat dalam facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam.

Katanya, polis juga ingin menyampaikan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada orang ramai yang membantu polis dalam kes ini, terutama dalam memberikan maklumat yang membawa kepada penangkapan suspek dan penemuan mayat.

"Sekali lagi pihak polis mengingatkan ibu bapa untuk mengawasi anak mereka terutama yang masih kecil pada setiap masa dan tidak meninggalkan mereka tanpa pengawasan," katanya.


Tunggu keputusan ujian rekod pergigian

SERI ALAM: Polis Kontinjen Johor masih menunggu beberapa lagi keputusan ujian makmal termasuk rekod pergigian mangsa pembunuhan kejam, Nurul Nadirah bagi melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan sebelum diserahkan kepada timbalan pendakwa raya (DPP) dalam tempoh terdekat.

Difahamkan, seorang pakar pergigian juga dipanggil bagi menjalankan ujian berkaitan selepas hasil keputusan asid deoksiribonukleik (DNA) rangka manusia ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai, 8 Mac lalu sepadan dengan sampel DNA ibu Dirang, Roselyn Alan, 25.

Datuk Mohd Mokhtar memberi jaminan pihaknya menjalankan siasatan mendalam untuk memastikan penjenayah terbabit tidak terlepas daripada tindakan undang-undang.

"Hingga kini siasatan masih dijalankan terhadap empat suspek berusia lingkungan 20-an dan 30-an yang ditahan sejak Dirang dilaporkan hilang 1 Mac lalu.

"Semakan juga mendapati dua daripada suspek terbabit mempunyai rekod lampau berkaitan dadah serta curi. Tiga daripada mereka juga disahkan positif di bawah pengaruh dadah hasil ujian air kencing dijalankan sebelum ini,” katanya selepas melawat keluarga Dirang di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, pagi semalam.

Mokhtar juga menasihatkan ibu bapa supaya lebih peka serta mengawasi pergerakan kanak mereka dan menjadi kejadian itu sebagai ikhtibar.

Dirang disahkan dibunuh selepas ujian deoxyribonucleic asid (DNA) dijalankan terhadap rangka ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai 8 Mac lalu itu, sepadan dengan DNA Roselyn Alan, 25.

Setakat ini, empat individu berusia lingkungan 20-an hingga 30-an masih direman bagi membantu siasatan.

Individu terbabit termasuk sepasang suami isteri.

Dalam perkembangan lain, menurut Mokhtar, pihaknya juga mengesan seorang individu yang bertanggungjawab mengirim khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Roselyn dan memintanya membayar RM10,000 sebagai wang tebusan kononnya kanak-kanak berkenaan diculik.

Hasil siasatan awal, Mokhtar mengesahkan mengenalpasti identiti individu terbabit yang kini dipercayai berada di Kelantan.

"Kami mengetahui perkara itu dan akan mendapatkan kerjasama Polis Kelantan untuk menahan individu terbabit bagi membantu siasatan," katanya.


Umpan makanan

JOHOR BAHRU: Mangsa bunuh dan bakar, Nurul Nadirah mungkin diumpan makanan kegemaran atau barangan permainan oleh individu tertentu sebelum dilarikan dan ditamatkan riwayatnya.

Pegawai Bahagian Kaunseling dan Psikologi, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Johor Bahru, Noriz Wanti Ahmad berkata, kanak-kanak berusia lingkungan empat hingga enam tahun seperti Nurul Nadirah atau mesra dengan panggilan Dirang mudah mematuhi arahan seseorang termasuk yang tidak dikenali untuk mengikut mereka sekiranya diumpan barangan kegemaran.

"Ia berlaku kerana faktor usia, kanak-kanak pada usia berkenaan tidak mampu membezakan antara perkara baik dan buruk selain mungkin tidak pernah menerima pendedahan daripada penjaga supaya berhati-hati apabila dihampiri individu tidak dikenali.

"Namun, apabila menyedari mereka berada di tempat yang kurang selesa dan selamat berikutan berjauhan daripada keluarga, kanak-kanak boleh mengalami trauma. Jika ia berterusan maka ia mampu memberi kesan kepada psikologi mereka apabila dewasa kelak," katanya, semalam.

Noriz mengulas berkaitan kes Dirang yang ditemui meninggal dunia selepas hilang sejak 1 Mac lalu.

MAIJ Bantu Urus Jenazah Dirang

PASIR GUDANG: Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) akan membantu dalam urusan pengebumian serpihan rangka jenazah kanak-kanak mangsa bunuh dan bakar Nurul Nadhirah Abdullah, selepas keluarganya dibenarkan menuntut jenazah itu esok.

Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin berkata, jenazah kanak-kanak malang itu akan diuruskan seperti jenazah sempurna sebelum dikebumikan.

"MAIJ akan bantu mengurus jenazah Dirang secepat mungkin. Rangka yang tinggal akan dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan seperti jenazah sempurna," katanya selepas menziarahi keluarga Nurul Nadhirah di Flat Seri Delima Bandar Seri Alam.

Beliau menyifatkan perbuatan individu yang bertindak membunuh dan membakar kanak-kanak berusia lima tahun itu yang juga dikenali dengan panggilan Dirang, sebagai kezaliman luar biasa yang dilakukan manusia.

Perbuatan itu katanya, tidak seharusnya berlaku lebih-lebih lagi individu yang disyaki terlibat dalam kes itu beragama Islam kerana Islam sendiri sentiasa mengajar umatnya untuk berbuat baik sesama insan.

"Termaktub dalam al-Quran yang menyebut bahawa sesiapa yang membunuh seseorang dengan sengaja balasannya adalah neraka," katanya.

Dalam masa yang sama beliau turut berharap agar seluruh masyarakat di negara ini mengambil iktibar daripada kejadian yang menimpa keluarga tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Negeri Johor, Dr Robiah Kosai yang turut melawat keluarga mangsa berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menyalurkan bantuan untuk meringankan bebanan keluarga mangsa.

Katanya, ia termasuk khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa terutama ibunya, Roselyn Alan, 25, sebanyak dua kali seminggu yang telah dimulakan sejak kehilangan mangsa pada 1 Mac lalu bagi memastikan mereka dapat menghadapi kejadian itu.

Selain itu katanya, JKM juga akan menyalurkan bantuan sebanyak RM200 sebulan kepada keluarga arwah itu sehingga ayah tirinya, Lima Medeng, 25, mendapat pekerjaan tetap untuk menyara kehidupan.

Selasa, 13 Mac 2012

'Kenapa Biarkan Anak Saya Mati?' - Roselyn

Aku kutuk dan aku laknat mereka-mereka yang terlibat membunuh adik Nurul. Pembunuhan secara kejam ke atas seorang kanak-kanak yang berusia lima tahun ini harus dicaci dan dimaki seteruk-teruknya kepada pembunuh.

Pada aku, kalau dapat tangkap si pembunuh ini, harus di arak di khalayak ramai sambil menyeksakannya sedikit demi sedikit biar dia rasa keperitan membunuh insan yang bernyawa.

Aku sentiasa berdoa dan berharap polis dapat menangkap si pembunuh ini dan paparkan dalam semua saluran media. Kalau si pembunuh ni cuba menutup mukanya dengan apa-apa objek, adalah lebih baik polis pengiring mahkamah membukanya supaya orang ramai dapat melihat macam mana muka pembunuh kejam ini.




















JOHOR BARU: "Kenapa biarkan anak saya mati?"

Begitulah raungan ibu Nurul Nadirah, Roselyn Alan sebaik saja mengetahui berita bahawa mayat rentung yang ditemui polis di sebuah ladang sawit di Nusa Damai, Pasir Gudang di sini 8 Mac lalu adalah kanak-kanak itu.

Berpakaian kemeja-T berwarna ungu dan berseluar jean, Roselyn yang duduk di bilik tidur tidak berhenti-henti menangis.

Malah dia turut pengsan seketika manakala anggota keluarga cuba untuk menenangkannya.

Bapa tiri Dirang, Lima Medeng, 25, terlalu sedih dan terkejut dengan berita itu dan enggan ditemu bual pemberita.

Nenek Dirang, Milnah Jul, 56, berkata, dia kembali ke Pasir Gudang selepas mencari cucunya itu apabila dimaklumkan oleh polis mengenai perkembangan tersebut pada pukul 6.40 petang.

"Kami menerima panggilan daripada seseorang yang mengatakan mereka terlihat Dirang di Pasir Gudang, jadi saya yang ditemani beberapa orang jiran bergegas ke situ.

"Saya tidak percaya bahawa kami sudah kehilangannya," katanya.

Seorang jiran keluarga itu, Noridah Juliri, 44, berkata penduduk di kawasan itu terkejut dan bersedih dengan kejadian itu.

"Dia kanak-kanak periang yang suka bercakap. Kali terakhir saya melihatnya sebelum dia membeli mi di kedai runcit di bawah.

"Dia memberitahu saya bahawa dia ingin makan mi sebelum pergi ke sekolah agama. Saya boleh membayangkan perasaan ibu Dirang," katanya.

Terdahulu, Roselyn memberitahu dia menerima panggilan telefon daripada beberapa wanita yang tidak dikenali yang meminta wang tebusan sebanyak RM10,000 dan mengancam untuk mencederakan Nurul Nadirah jika mereka enggan mengikut permintaan itu.

"Dia memberitahu saya untuk menyerahkan wang itu di Kota Baru atau mereka akan mencederakan Dirang.

"Ketika ditanya meminta untuk mendengar suara Dirang, mereka menyuruh saya supaya membayar wang tebusan sebelum panggilan dimatikan," katanya.

Sementara itu, berita kematian Dirang disebarkan secara meluas di laman Twitter dengan pelbagai kiriman ucapan takziah kepada keluarganya.

Hiba & Sayu Menyelubungi Kediaman Dirang

JOHOR BAHARU: Hanya esakan dan tangisan kedengaran di rumah kanak-kanak malang Nurul Nadhirah Abdullah atau Dirang sebaik sahaja polis mengesahkan mayat rentung yang ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Pasir Gudang di sini 8 Mac lalu adalah kanak-kanak itu.

Tiada kata yang mampu diucapkan oleh anggota keluarga mahupun jiran untuk menenangkan ibu Dirang, Roselyn Alan, 25 yang terkejut dan menangis tidak berhenti sejak menerima maklumat berhubung perkara itu.

Roselyn juga pengsan seketika selepas menangis lebih sejam sebaik dihubungi oleh pihak polis melalui telefon kira-kira 6.40 petang tadi bagi mengesahkan perkara itu setelah menerima hasil ujian DNA daripada Jabatan Kimia hari ini.

Tinjauan Bernama di rumah mangsa di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam dekat sini mendapati, suasana hiba menyelubungi rumah mereka yang dipenuhi oleh kaum keluarga, jiran dan wakil media yang ingin mengetahui perkembangan lanjut tentang kes itu.

Esakan dan tangisan Roselyn yang berada dalam sebuah daripada bilik di rumah itu jelas kedengaran di ruang tamu menyebabkan mereka yang berkunjung di rumah itu tidak dapat menahan daripada turut menitiskan air mata mengenangkan nasib yang menimpa mangsa.

Roselyn dan suaminya Lima Medeng, 25, juga enggan ditemu bual pemberita kerana terlalu sedih dan terkejut dengan perkembangan terbaru itu.

Sementara itu, nenek kanak-kanak itu, Milnah Jul, 56, berkata, ketika anaknya menerima panggilan daripada pihak polis untuk memaklumkan tentang perkara itu, beliau berada di bawah flat itu.

"Saya berada di bawah flat ketika Roselyn menelefon saya memaklumkan menerima panggilan daripada polis memberitahu mayat rentung yang ditemui sebelum ini adalah Dirang.
"Kami sekeluarga amat terkejut dan tidak menyangka sebab sebelum ini polis memaklumkan mayat itu adalah rangka orang dewasa," katanya.

Milnah kemudian dilihat tidak dapat menahan air mata serta tidak dapat berkata-kata akibat terlalu sebak dan terus masuk ke bilik sambil menangis.

Seorang jiran keluarga itu, Noridah Juliri, 44 berkata penduduk di kawasan itu terkejut dan bersedih dengan kejadian itu.

"Sehingga petang tadi kami masih meneruskan usaha mencari mangsa yang saya anggap sebagai cucu saya sendiri.

"Saya sendiri terguris dan tak senang hati sejak mangsa hilang. Saya masuk kelapa sawit bantu cari...sebagai jiran saya rasa sakit, tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika ini," katanya yang mendapat tahu tentang perkara itu lewat petang tadi dan terus datang ke rumah Roselyn yang telah dianggap sebagai keluarga.

Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang Dijumpai Mati

Nurul Nadhirah dilaporkan hilang pada 1 Mac lalu kira-kira 11 pagi ketika keluar untuk membeli mee segera dan telur di kedai runcit di kawasan flat kediamannya.

Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, 5, yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Flet Sri Delima, Bandar Seri Alam, sejak 1 Mac lalu, disahkan dibunuh dan dibakar selepas ujian DNA rangka manusia yang ditemui rentung di ladang kelapa sawit Nusa Damai, Khamis lalu, dilakukan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata pengesahan itu dibuat selepas Jabatan Kimia membandingkan sampel DNA mayat yang dijumpai itu dengan ibu mangsa, Roselyn Alan, 25.

Keputusan DNA itu hanya diperoleh kira-kira jam 2 petang semalam.

Rangka manusia itu dijumpai kira-kira jam 9 pagi dalam sebuah lubang yang baru digali di ladang itu, 3.5 kilometer dari rumah mangsa jika melalui jalan ladang dan 20 kilometer mengikut laluan biasa.

Nurul Nadirah dilaporkan hilang selepas ke kedai runcit di tingkat bawah blok perumahan bersebelahan kediamannya untuk membeli mi segera dan telur dengan membawa wang tunai RM4, dalam kejadian jam 10 pagi 1 Mac lalu.

Kehilangannya menimbulkan tanda tanya apabila sebelah seliparnya ditemui dalam kebun sawit berhampiran perumahan itu, manakala satu lagi ditemui 500 meter dari situ dengan telur yang dibelinya pecah dan mi segera bertaburan.

Sehingga ini, polis menahan empat individu termasuk bapa kandung mangsa dan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan.

Serpihan rangka manusia yang dibakar itu ditemui orang ramai lapan hari selepas kehilangan mangsa tetapi polis pada mulanya menyangka rangka itu individu dewasa berikutan saiznya,

Siasatan awal polis mendapati serpihan rangka manusia itu dibakar lebih daripada lima hari hingga sukar untuk mengenal pasti identiti serta jantinanya.

Roslan berkata, tempoh tahanan reman empat suspek termasuk bapa kandung Nurul Nadirah yang ditahan Khamis lalu, dilanjutkan bagi membolehkan siasatan dijalankan dengan terperinci.

Katanya, bapa kandung mangsa ditahan sehingga 19 Mac ini manakala tempoh penahanan tiga lagi suspek termasuk sepasang suami isteri disambung sehingga 16 Mac ini.
Nenek Nurul Nadirah Abdullah, Milnah Jul,52, (dua kanan) tidak dapat menahan sebak ketika melawat lokasi penemuan mayat Nurul Nadirah di sebuah flat terbengkalai di Nusai Damai, Masai di sini, Selasa