Rabu, 19 Jun 2013

DR.HARON DIN: Perkahwinan Antara Manusia Dengan Jin Memang Boleh Berlaku…

Soalan: Ustaz, saya ingin bertanya perihal yang berkaitan dengan bunian. Perkara ini timbul dalam keluarga saya sendiri, iaitu mengenai adik perempuan saya yang berperangai agak aneh. 

Kami sekeluarga amat musykil apabila beliau menolak pinangan orang, sebaliknya mengaku sudah berkahwin dengan makhluk halus atau bunian.
 
1. Soalan saya, apakah perkahwinan antara manusia dengan jin boleh berlaku?
 
2. Apakah hukumnya perkahwinan tersebut, sah atau tidak dari sisi Islam?
Halimatussaadiah
Bota, Perak
Jawapan 1

Puan,
Perkahwinan dalam erti kata yang kita fahami hari ini, tidur bersama selepas perkahwinan yang sah, memang berlaku di antara manusia dengan manusia sahaja seperti yang disebut oleh Allah S.W.T dalam Surah ar-Rum, ayat 21 (mahfumnya): “Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T, dijadikan bagi kamu (manusia) untuk pasanganmu dari jenis kamu juga (manusia), supaya kamu mendapat ketenangan dengannya dan dianugerahkan kepada kamu kasih sayang dan rahmat dari Allah S.w.T.”

Ayat ini menjelaskan bahawa pasangan hidup manusia dalam rumah tangga yang dirahmati Allah, adalah di antara manusia dengan manusia.

Mengenai dakwaan adik puan yang menyatakan bahawa dia telah berkahwin dengan jin. Pada saya hal ini memang boleh berlaku pada suatu kemungkinan (possibility).

Dalam sejarah sebagai contoh, berlaku kisah Puteri Balqis, Raja Perempuan di negeri Saba’ (Yaman). Ada pendapat yang mengatakan bahawa, salah seorang daripada ibu bapanya adalah jin. Sama ada bapanya jin, ibunya manusia atau sebaliknya.

Hal ini saya dapati ada tercatat dalam Tafsir al-Qurtubi, juzuk yang kesepuluh halaman 289, ketika membuat tafsiran kepada Surah al-Isra’ ayat 64, yang menyebut firman Allah bahawasanya jin akan berusaha keras memperdayakan manusia untuk menderhaka kepada Allah dengan berbagai-bagai cara.

Mereka menggunakan seni suara (nyanyian), tentera-tentera mereka digunakan, sehingga boleh bermusyarakah bersama untuk mendapatkan harta benda dan anak-anak milik bersama manusia hasil perkongsian dengan makhluk-makhluk halus ini. Disebut di antaranya, berlakulah perkahwinan tadi (ibu bapa Puteri Balqis).

Dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Aishah r.ha, Nabi pernah bersabda yang bermaksud, “Bahawasanya ada kalangan manusia ini yang akan menjadi mugharribeen, maka Aishah bertanya Nabi maksud mugharribuun itu? Maka Nabi bersabda yang bermaksud ialah mereka-mereka yang telah bermusyarakah dalam kehidupan rumahtangga dengan jin.”

Daripada rujukan ini menunjukkan bahawasanya ada kemungkinan manusia itu mengahwini jin sama seperti apa yang didakwakan. Kerana makhluk ini, seperti disebut dalam beberapa hadis, mereka boleh menyerupai dengan rupa-rupa yang diizinkan Allah kepada mereka menyerupainya. Tetapi dalam keadaan-keadaan yang amat sempit atau peluang yang mereka ada amat terhad, demi menjaga kemaslahatan anak Adam tidak terdedah dengan luas untuk ditanggung oleh makhluk-makhluk halus.

Penjelmaan mereka menjadi makhluk seperti manusia, disabitkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, iaitu kejadian pencurian harta zakat yang dikawal selia oleh Abu Hurairah, sehingga Abu Hurairah boleh menangkapnya dan dibawa kepada Rasulullah s.a.w untuk pendakwaan. Walaupun akhirnya jin tersebut dilepaskan tetapi Nabi telah menyatakan bahawasanya yang mencuri itu adalah syaitan.

Disabitkan juga bahawa penjelmaan jin itu wujud dalam bentuk yang jelas menyerupai manusia dalam peristiwa peperangan Badar seperti yang disebut dalam Surah al-Anfaal ayat 48 (mahfumnya):
“Dan ketika dihiasi oleh syaitan kepada mereka, tentera Islam dengan katanya kepada mereka, kamu tidak dikalahkan oleh musuhmu oleh manusia dan saya adalah jiran kepada kamu yang akan membantu dalam peperangan ini. Maka apabila kedua-dua kumpulan (Islam dengan Kafir Jahilliyah) bersemuka untuk peperangan yang berjanji untuk menolong mereka orang-orang kuffar itu telah cabut lari mengatakan saya tidak lagi boleh bersama-sama dengan kamu kerana saya dapat melihat apa yang kamu tidak boleh lihat dan saya sesungguhnya amat takut kepada Allah dan Allah itu amat dahsyat keseksaan-Nya”.

Ayat ini merujuk kepada adanya kepada satu makhluk yang menjelma sebagai manusia kununnya untuk membantu askar-askar musuh (kuffar) menentang Islam dan sabit bahawa makhluk itu bukan manusia, tetapi jelas mereka adalah syaitan.

Dengan demikian, jelaslah bahawasanya syaitan ini boleh menyerupai manusia dan dengan sendirinya boleh menjadi suami atau isteri kepada manusia.

Jawapan 2
Hukumnya adalah jelas, jumhurnya ulama sudah berijma’ bahawa hukumnya (mengahwini jin) tidak sah! Tidak boleh perkahwinan manusia dengan jin dilakukan. Melainkan ada seorang ulama yang bernama Qamuli yang menyatakan perkahwinan tersebut boleh.

Namun saya berpegang kepada pandangan jumhur ulama bahawa hukum perkahwinan tersebut adalah tidak sah, kerana ianya menyalahi dengan ayat Surah ar-Rum yang disebut di atas.

Perkahwinan antara manusia dengan jin tidak akan melahirkan ketenangan, kebahagiaan ataupun mendapat rahmat Allah SWT.

Perkahwinan yang tidak sah pada hukum syarak tidak mungkin dirahmati Allah dan tidak mendapat restu Allah. Tidak mungkin kebahagian dan ketenangan berlaku! Kita dapat merasakan jika berlaku suatu krisis rumahtangga dengan mereka (golongan jin), bagaimana rumahtangga boleh aman daripada gangguan mereka?

Malahan anak-anak yang mungkin lahir dari hubungan itu, akan menjadikan masalah kepada manusia, mereka tidak boleh bergaul dalam alam manusia dengan sanak saudara. Jika berlaku pula masalah dengan anak-anak jiran, maka ianya akan mengundang berbagai kecelakaan. Nasihat saya kepada keluarga puan, hindarilah hal-hal ini daripada berlaku. Wallahu a’lam.

Khamis, 13 Jun 2013

Wartawan veteran dedahkan terdapat ‘rundingan kerajaan perpaduan’ PAS, PKR dan Umno

KUALA LUMPUR  – Wartawan veteran Datuk A. Kadir Jasin hari ini mendedahkan terdapat rundingan perpaduan Melayu di antara parti PAS, PKR dan Umno di negeri Selangor dan Terengganu, akan tetapi menemui kegagalan ekoran di pihak Barisan Nasional (BN), khasnya Umno, tidak mempunyai “operator” yang boleh melaksanakan gerakan belakang tabir.
Menurut bekas ketua pengarang kumpulan akhbar milik Umno New Straits Times itu, di negeri Selangor, rundingan berlaku di antara ketiga-tiga parti itu disebabkan oleh permusuhan terbuka antara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali daripada PKR.

“Di Selangor, bisik dan risik mengenai kerajaan campuran PAS-PKR-Umno cukup serius,” kata beliau dalam tulisan terbaru di blognya bertajuk “Perpaduan Melayu: Peluang Yang Terlepas”.
“Seandainya rancangan itu berjaya, PAS, Umno dan sesetengah elemen PKR akan menubuhkan kerajaan campuran dengan PAS menyumbangkan calon menteri besar.

“Tetapi peluang itu terlepas kerana pihak-pihak yang terbabit takut didedahkan dan tidak bersedia bertolak ansur mengenai calon menteri besar, kecuali Azmin Ali yang dikatakan lebih terbuka,” tambah beliau lagi.

Kepemimpinan PAS Terengganu oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula jelasnya dikatakan berminat bekerjasama dengan Umno walaupun PAS hampir-hampir menewaskan Umno. Umno menang 17 kerusi DUN, manakala PAS 14 dan PKR satu di Terengganu.

Kedah juga jelasnya mempunyai cadangan supaya BN membawa masuk seorang Adun PAS menjadi Exco sebagai tanda persaudaraan dan perpaduan Melayu-Islam.

“Tetapi peluang keemasan itu terlepas kerana BN, khasnya Umno, tidak mempunyai “operator” yang boleh melaksanakan gerakan belakang tabir dan kepemimpinan Umno yang tidak mahu bantuan luar.

“Kalau perbezaan politik dan perpecahan ini berlarutan hingga ke Parlimen dan DUN, masa depan orang Melayu, Bumiputera dan Islam akan lebih lemah dan terancam,” katanya lagi.

Beliau berkata, walaupun orang Melayu-Islam adalah majoriti di negara ini, tetapi mereka lemah dari segi ekonomi dan keputusan Pilihan Raya 2013 menyebabkan mereka lemah juga dari segi politik akibat perpecahan.

“Apa yang mungkin tidak diketahui umum dan sukar dipercayai ialah Umno, PAS dan sekelompok pemimpin PKR telah kehilangan peluang untuk menubuhkan 'Kerajaan Perpaduan' di Selangor, Terengganu dan Kedah,” katanya.

Cadangan parti tunggal BN ‘tidak praktikal’

Cadangan menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal tanpa parti komponen daripada kaum lain, jelas Datuk A. Kadir Jasin, adalah tidak praktikal dan akan ditolak akar umbi parti berteraskan Melayu itu.

Bekas editor di akhbar berbahasa Inggeris New Straits Times (NST) itu dalam blognya berkata, hanya parti komponen BN majoriti Cina yang “nazak” seperti Gerakan, MCA dan SUPP yang akan menimbangkan cadangan itu.

“Presiden Umno, Mohd Najib Abdul Razak, mungkin boleh “memujuk” kepemimpinan Umno untuk melayan (entertain) idea ini, tetapi saya tidak menjangka akar umbi Umno akan menerimanya. Umno adalah parti akar umbi!” kata A. Kadir dalam blognya, merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

A. Kadir turut mempersoalkan keputusan untuk menjadikan BN sebagai parti tunggal, sedangkan Umno yang menjadi tulang belakang kepada perjuangan parti pemerintah itu diakui sendiri oleh Najib sebagai parti yang kuat.

“Saya tidaklah mahu membuat andaian yang Mohd Najib sekali lagi tunduk kepada kehendak orang Cina apatah lagi selepas beliau sendiri menyalahkan tsunami Cina sebagai punca ketidakcemerlang prestasi beliau dalam PRU 5 Mei lalu,” katanya.

“Lagipun, seandainya Umno lebih kuat selepas PRU13 seperti Mohd Najib dakwa ketika mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi, mengapa harus ia dibubarkan dan bergabung dengan parti lain menjadi sebuah parti tunggal?” soalnya.

Najib malam tadi selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, parti itu masih kuat apabila berjaya menambah bilangan kerusi Parlimen daripada 79 pada PRU12 2008 kepada 88 pada pilihan raya kali ini.

“Jika dibandingkan dengan pembangkang, mereka mempunyai 89 buah kerusi, bererti Umno sebagai parti tunggal boleh menyamai gabungan parti pembangkang yang terdiri daripada tiga parti tersebut (DAP, PKR dan PAS,” kata Najib kepada pemberita.

A. Kadir turut berkata, mengapa perlunya Umno dan parti-parti Bumiputera yang kukuh di Sarawak dan Sabah dibubarkan dan digabungkan menjadi parti tunggal semata-mata bagi melayan idea parti-parti Cina BN yang ditolak oleh orang Cina sendiri dalam PRU lalu.

“Kalau Umno dibubarkan bagi memberi laluan kepada penubuhan parti tunggal BN, kemungkinannya banyak ahli dan penyokongnya akan beralih kepada PAS kerana orang Melayu masih berasa mereka memerlukan parti Melayu-Islam,” katanya.

Pemangku Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn minggu lalu berkata cadangan penyatuan antara parti komponen seperti Gerakan, MCA, dan Parti Progresif Rakyat (PPP) tidak dapat dilaksanakan tanpa menjadikan BN parti tunggal kerana setiap parti komponen BN mempunyai Perlembagaan yang berbeza, dan berlandaskan kepada parti berteraskan kaum.

Mengulas perkara itu, A. Kadir menegaskan, masalah pokok BN bukan organisasi atau struktur, tetapi imej dan persepsi kepemimpinan BN yang negatif.

Perubahan struktur parti tanpa mengubah kualiti dan integriti kepemimpinan jelas A. Kadir tidak akan menjadikan BN lebih diyakini dan disokong oleh pengundi.

Justeru, beliau turut berkata; “Umno perlu membezakan yang mana satu pokok dan yang mana satu hutan belantara."

Isnin, 10 Jun 2013

Al-Fatihah: Seniwati Latifah Omar Meninggal Dunia

Allahyarhamah Latifah Omar
PETALING JAYA: Seniwati Latifah Omar disahkan meninggal dunia di Pusat Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada petang Ahad.

Anak Allahyarhamah, Affendi Rahmat memberitahu ibunya meninggal dunia kira-kira pukul 6.19 petang.

"Mak (Latifah) meninggal dunia jam 6.19 petang, jenazah akan dibawa balik ke Keramat (Kuala Lumpur) dan dikebumikan pada esok pagi," katanya kepada mStar Online menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), di sini, Ahad.

Allahyarhamah yang berusia 72 tahun dimasukkan ke PPUKM seminggu lalu akibat kanser ulser usus.

Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Al-Khairiah AU3, Taman Keramat di Kuala Lumpur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Taman Keramat, Kuala Lumpur kira-kira pukul 11 pagi Isnin.

Latifah yang sering digandingkan dengan Nordin Ahmad membintangi sebanyak 23 filem antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Jebat, Jalak Lenteng, Laila Majnun, Putus Sudah Kasih Sayang, Gurindam Jiwa, Che Mamat Parang Tumpul dan terakhir Hati Batu pada 1973.

Pada Selasa lalu, rakan seangkatan Allahyarhamah iaitu S.Shamsuddin meninggal dunia di Singapura akibat sakit tua dan paru-paru berair.

Jumaat, 7 Jun 2013

Thailand tegas kuat kuasa lese majeste


DILAHIRKAN di Thailand, namun Joe Gordon menjadikan Amerika Syarikat (AS) sebagai rumah pertamanya. Pilihan itu membolehkan Gordon, 56, menerima kerakyatan AS dengan mudah, apatah lagi dia telah menetap di negara itu selama lebih 30 tahun.

Barangkali apabila telah terlalu lama mengikut acuan Barat, Gordon atau nama aslinya, Lerpong Wichaikammart, lupa asal usulnya atau hilang semangat orang Asia yang selama ini menjunjung tinggi budaya dan adat resam terutamanya dalam soal institusi beraja.

Mungkin fikiran moden dan keterbukaan Gordon membuatkan dia memilih untuk mempercayai kebenaran di sebalik buku biografi berjudul The King Never Smiles hasil tulisan Paul Handley yang diterbitkan pada tahun 2006.

Bagaimanapun, buku berkisar mengenai kehidupan Raja Bhumibol Adulyadej, 86, itu terlebih dahulu diharamkan kerajaan Thailand. Sebagai orang Thailand, Gordon memang tidak melakukan kesalahan apabila cuba menelaah kandungan buku kontroversi itu.

Namun, apabila dia bertindak memuat naik pautan terjemahan buku itu dalam bahasa Thai pada tahun 2007 di Colorado, AS, Gordon tanpa disedari telah melanggar undang-undang di bawah Artikel 112 Thailand melibatkan undang-undang yang dinamakan lese majeste.

Lese majeste merupakan perkataan daripada bahasa Perancis yang merujuk kepada kesalahan mencemarkan kedaulatan institusi beraja

"Sebagai rakyat AS, saya tidak melakukan apa-apa kesalahan. Ia merupakan hak kebebasan bersuara saya di tanah AS," ujar Gordon kepada AP.

Namun, Gordon tersilap kerana beberapa tahun kemudian dia kembali ke Thailand untuk mendapatkan rawatan penyakit artritis dan tekanan darah tinggi yang dihidapinya. Ketika itulah, undang-undang lese majeste sah digunakan ke atasnya kerana dia berpijak di tanah Negara Gajah Putih.

Berikutan itu, dia ditahan oleh kira-kira 20 anggota polis di pangsapurinya di Bangkok pada Mei 2011.

Selepas dibicara, Gordon didapati bersalah dan disumbatkan ke dalam penjara sebelum dibebaskan pada Julai tahun lalu.

Pembebasannya itu pun selepas mendapat pengampunan Raja Bhumibol kerana pada asalnya dia sepatutnya meringkuk dalam penjara selama dua tahun setengah.

PERDANA Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra menghadap Ratu Sirikit
 
Hak kebebasan bersuara menjadi alasan Gordon dan sesetengah rakyat Thailand menolak lese majeste. Di bawah undang-undang lese majeste, mana-mana individu yang membuat kenyataan atau komen berbaur fitnah atau penghinaan ke atas konstitusi monarki Thailand termasuk raja, permaisuri dan kerabat diraja boleh dikenakan hukuman penjara tiga hingga 15 tahun.
Hidup dalam acuan Timur yang penuh santun dan berbudi bahasa, bagaimanapun dilihat Barat sebagai satu bentuk penindasan hak bersuara.

Ketika majoriti rakyat Thailand menyanjungi konstitusi monarkinya serta menerima undang-undang lese majeste, Kesatuan Eropah dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melihat ia sebagai satu bentuk penindasan demokrasi.

Pihak-pihak berideologi Barat menyifatkan undang-undang konvensional itu sebagai penghalang kepada perkembangan demokrasi di Thailand dan negara-negara di sekitar Asia.

Meskipun begitu, masih ramai rakyat Thailand khususnya penyokong kerajaan bertindak mempertahankan undang-undang itu dan tidak mahu kedaulatan monarki mereka diusik apatah lagi diperlekehkan.

Lantaran itu, kerajaan Thailand sendiri akur untuk menerima lese majeste dan pihak berkuasa negara berkenaan begitu tegas dalam menjalankan penguatkuasaan ke atas individu yang menghina Raja Thailand.

Bahkan, mereka tanpa rasa ragu-ragu menguatkuasakan undang-undang itu ke atas warga asing di Thailand.

Baru-baru ini, seorang lelaki warga Singapura yang dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun di bawah lese majeste dibebaskan selepas diberi pengampunan oleh Raja Bhumibol.

Wanchai Tan, 63, yang bekerja sebagai pemandu pelancong yang telah menetap di Thailand selama beberapa dekad dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara empat tahun.

Dia ditangkap pada 6 April 2009 atas kesalahan menyebarkan risalah yang mengutuk undang-undang lese majeste ketika satu demonstrasi kumpulan Baju Merah.

Negara Barat

Biarpun negara-negara Barat menyifatkan lese majeste amalan Thailand satu bentuk undang-undang tidak relevan, hakikatnya terdapat empat negara Eropah yang masih menguatkuasakan undang-undang itu iaitu Denmark, Belanda, Norway dan Sepanyol.

Hak kebebasan bersuara yang diperjuangkan mereka juga sebenarnya masih perlu berpandukan keterbatasan terhadap sesuatu perkara terutamanya hal-hal melibatkan konstitusi monarki.

Belanda, misalnya, pernah menahan seorang wartawan dan jurugambar majalah Spunk pada tahun 2007 atas kesalahan menghina mantan ketua negara mereka, Ratu Beatrix. Kedua-duanya didapati bersalah kerana memakai baju-T dengan tulisan tidak sopan yang merujuk terus kepada Beatrix.

Sepanyol juga pernah mendenda dua kartunis majalah El Jueves pada tahun 2007 dengan jumlah denda 3,000 euro (RM12,141) setiap seorang. Dua individu itu didapati bersalah di bawah undang-undang lese majeste selepas menyiarkan karikatur Putera Asturias bersama isterinya dalam keadaan tidak sopan.

Di Asia Barat, Kuwait dan Jordan merupakan dua negara yang masih memiliki undang-undang lese majeste.
 China, Jepun dan United Kingdom (UK) juga pernah mempunyai lese majeste, namun telah dihapuskan. China kini menjadi sebuah republik, manakala Jepun dan UK yang masih mengekalkan sistem beraja menggunakan undang-undang baharu.

Kes Malaysia

Malaysia tidak terkecuali dihambat isu berkaitan penghinaan ke atas sistem beraja apabila lahirnya individu yang berfikiran liberal secara melampau.

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan tindakan berani seorang wanita yang mengeluarkan komen berbaur sindiran terhadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda.

Ekoran kenyataan itu, wanita berkenaan ditahan pihak polis bagi membantu siasatan dan telah pun dibebaskan selepas memberi keterangan pada Rabu lepas.

Tindakan wanita itu jelas menunjukkan betapa ceteknya rasa hormat yang ditanamkannya terhadap raja yang menjadi lambang perpaduan rakyat negara ini.

Pensyarah Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Datin Noor Aziah Mohd. Awal menjelaskan, sejak pembukaan Melaka lagi (zaman Parameswara) rakyat menjunjung tinggi peranan raja sebagai ketua kerajaan.

"Parameswara memeluk Islam dan ia diikuti seluruh rakyat jelata. Akhirnya terbentuklah negara Malaysia hari ini yang majoritinya penduduk beragama Islam. Namun, sayangnya semakin ramai yang hilang rasa hormat terhadap kedaulatan. Situasi ini disifatkan sebagai kelunturan budaya tanpa mengambil kira agama atau bangsa seseorang.

"Negara-negara yang masih mempunyai raja di Asia diasak kuasa Barat yang melihat ia sebagai satu bentuk penghalang perkembangan demokrasi. Mereka melaung-laungkan kebebasan bersuara adalah hak setiap rakyat tanpa perlu gentar kepada monarki.

"Akibatnya, kita praktikkan perjuangan mereka dan terlupa bahawa antara Barat dan Timur masih wujud jurang persefahaman adat dan budaya," jelas Noor Aziah kepada Kosmo!.

Rabu, 5 Jun 2013

Shamsudin Meninggal Dunia Ketika Bersarapan Bersama Isteri

SINGAPURA: Pelakon veteran era 50an S Shamsudin meninggal dunia ketika sedang menikmati sarapan bersama isterinya Puteh Ismoon di rumah mereka di Bukit Batok, Jurong di sini.

Puteh, 77, berkata beliau sebelum itu baru sahaja menyuap mee rebus kepada arwah yang duduk di atas katil sebelum arwah memintanya mengambil air di dapur.

"Apabila saya kembali semula ke bilik, saya tengok arwah dalam keadaan tidak sedarkan diri dan saya terus menjerit memanggil anak bongsu saya yang berada di bilik sebelah untuk melihat keadaan ayahnya.

"Ipin (anak bongsu) cuba beberapa kali memberikan bantuan pernafasan tetapi arwah masih tidak sedar sehinggalah apabila dibawa ke hospital doktor mengesahkan arwah telah meninggal dunia," katanya ketika ditemui di kediaman mereka.

Puteh yang kelihatan cukup sedih, menyifatkan Shamsuddin sebagai seorangsuami yang baik dan bapa yang amat penyayang kepada anak-anaknya seramai tujuhorang.

"Arwah di rumah merupakan seorang yang pendiam walaupun di luar orang nampakbeliau suka membuat lawak. Namun arwah merupakan seorang bapa yang penyayang.

"Sejak terlantar sakit kebelakangan ini, arwah suka merenung muka saya dan pagi tadi sebelum saya ke pasar arwah sempat meminta saya membersihkan dirinya.

"Selepas ini tiada lagilah teman saya untuk bercakap," katanya tidak dapat menahan sebak.

Sementara itu, anak bongsu Allahyarham Mohamed Ariffin, 44, berkata ketika kejadian beliau berada di biliknya kemudian mendengar ibuya menjerit memaklumkan tentang keadaan ayahnya.

"Apabila saya sampai di biliknya, saya lihat arwah berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mukanya juga pucat. Saya cuba memberi pertolongan pernafasan beberapa kali sebelum ambulans sampai, namun arwah tidak memberikan sebarang reaksi.

"Apabila pasukan perubatan sampai, mereka juga beberapa kali cuba memberikan bantuan sehinggalah dibawa ke National University Hospital dan akhirnya doktor mengesahkan ayah telah meninggal dunia," katanya.

Katanya, doktor mengesahkan ayahnya meninggal dunia akibat serangan sakitjantung kira-kira 10.56 pagi, Selasa.

Katanya arwah sebelum ini terlantar sakit hampir tiga tahun akibat menderita penyakit parkinson dan batuk kering.

Jenazah yang dibawa pulang ke rumahya dijangka akan dikebumikan Rabu di Pusara Abadi Chua Chu Kang, kira-kira pukul 10.30 pagi.

Antara yang hadir menziarahi jenazah ialah pelakon veteran seangkatan Allahyarham, Wahid Satay atau nama sebenarnya Abdul Wahid Ahmad, 83.

Beliau yang menganggap arwah sebagai abang kandungnya, cukup terasa dengan pemergian Allahyarham yang selama ini banyak membantunya semasa zaman lakonan diStudio Jalan Ampas.

"Kali terakhir saya bertemu Allahyarham ialah semasa majlis penghargaan artis veteran bersama bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim baru-baru ini," katanya. - BERNAMA

Selasa, 4 Jun 2013

Al-Fatihah: Pelawak S. Shamsudin Meninggal Dunia

S. Shamsudin
PETALING JAYA: Pelawak veteran S. Shamsudin, 84, meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi Selasa di Hospital Alexendra, Singapura akibat sakit tua dan paru-paru berair.

Berita pemergian Allahyarham itu disahkan oleh pelakon Datuk Aziz Sattar yang merupakan rakan artis seangkatannya ketika mereka memulakan kerjaya lakonan di studio Jalan Ampas, Singapura.

"Allahyarham meninggal dunia pada pagi tadi (Selasa) di hospital dan telah dibawa ke kediamannya di Bukit Batok, West Avenue, Jurong, Singapura.

"Sudah lama dia menderita sakit paru-paru berair. Moga saya sempat melawatnya sebelum dikebumikan," katanya ketika dihubungi mStar Online yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, untuk berlepas ke Singapura.

Tambah Aziz, pada mulanya dia terkejut apabila diberitahu oleh anaknya bahawa Allahyarham telah meninggal dunia, namun beliau reda dengan pemergian itu.

"Saya terkejut apabila mendapat tahu dia dah pergi, cuma berasa sedikit ralat kerana tidak dapat bertemu dengannya sebelum dia meninggal dunia.

"Kali terakhir sekali saya melawat Allahyarham iaitu pada awal tahun ini. Ketika itu dia sudah pun uzur," ujarnya.
Pak Sudin bersama isterinya, Puteh Esmoon (kiri) dan pelakon Datuk Sarimah Ahmad ketika di Hospital Universiti Singapura pada awal tahun ini. Foto koleksi deejay radio Ria, Singapura, Freda Hassan.

S. Shamsudin atau nama sebenarnya Sahamsudin Dali dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura, memulakan aktiviti seni pada 1948 dalam filem Chempaka sebagai pelakon tambahan.

Kerjayanya sebagai tukang kayu di studio Jalan Ampas membuka peluang untuk beliau meneruskan kerjaya seninya selepas diterima berlakon menerusi filem Aloha pada tahun 1950.

Beliau yang dikenali dengan nama Pak Sudin terus mencipta nama apabila terlibat dengan filem-filem lakonan bersama Tan Sri P. Ramlee seperti Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang, Seniman Bujang Lapok dan Penyamun Tarbus.

Allahyarham telah berkahwin dengan Puteh Esmoon pada tahun 1954 dan mempunyai tujuh orang anak.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lim Chu Kang, Singapura pada Selasa.

Ahad, 2 Jun 2013

Polis kenal pasti Cina lahanat


Pengasas sebuah syarikat elektronik Taiwan yang merupakan rakyat Malaysia (kanan) dilihat bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika berkempen dalam PRU-13 lalu. Gambar ini pernah disiarkan dalam portal propembangkang Malaysiakini.
KUALA LUMPUR - Polis telah mengenal pasti identiti beberapa individu yang bertanggungjawab merancang menggulingkan kerajaan menerusi pergerakan pasukan tentera siber Red Bean Army.

Menurut sumber, sebanyak 30 individu telah dikesan menjadi orang upahan pihak pembangkang untuk melancarkan serangan ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN) menerusi blog, laman sosial dan YouTube.

"Identiti lima atau enam daripada jumlah itu telah dikenal pasti sejak lebih seminggu lalu dan pasukan keselamatan percaya akan menangkap mereka dalam tempoh terdekat untuk menghapuskan kegiatan kumpulan ini yang diwujudkan bertujuan memburuk-burukkan kerajaan," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Sumber berkata, walaupun pada awalnya beratus-ratus akaun Facebook dikesan menjalankan kegiatan itu sehingga menimbulkan kebimbangan rakyat Malaysia, tetapi siasatan polis mendapati itu hanya akaun palsu yang dimiliki oleh 30 individu yang terlibat.

Red Bean Army difahamkan bergerak secara siber yang mempunyai misi menggulingkan kerajaan dengan dibantu oleh pihak tertentu dalam memberi dana dan bantuan kepada mereka.

Untuk rekod, sebelum ini akhbar melaporkan berita mengenai Red Bean Army adalah tentera siber yang dipercayai ditaja oleh DAP yang ditugaskan menyerang mana-mana tokoh politik, perniagaan, ikon hiburan serta sesiapa sahaja yang dilihat mesra BN melalui media alternatif seperti blog, Facebook, Twitter dan YouTube bagi membangkitkan kebencian pengundi Cina.

Selain itu, Red Bean Army didakwa ditubuhkan untuk mencipta penipuan dan memanipulasi fakta dan menyuntik kebencian terhadap kerajaan oleh ahli yang diberi latihan oleh DAP serta dibayar gaji tetap sebanyak RM3,000 sebulan sejak enam tahun lalu.