Satu tinjauan Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) mendapati 57 peratus mahasiswa hanya memperuntukkan RM5 sehari untuk makanan.
Kajian yang melibatkan 25,632 mahasiswa di enam universiti awam mendapati 41 peratus hanya makan mi segera, manakala 44 peratus hanya makan “nasi bujang.”
Di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), jika keadaan benar-benar serius, 300 bungkus makanan percuma boleh habis dalam masa 10 minit, kata aktivis kumpulan Food for Mahasiswa (FFM).
Kumpulan sukarela ini ditubuhkan sejak April lalu oleh lima pelajar tahun akhir sarjana muda undang-undang UKM bagi membantu meredakan sedikit masalah pelajar yang memerlukan.





