Rabu, 24 April 2013

PRU-13: Karpal tolak Mat Taib sertai pembangkang

PULAU PINANG - DAP mempertikaikan tindakan Pas menerima kemasukan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib ke dalam parti itu.
Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, Muhammad tidak layak untuk menyertai Pas sekali gus duduk di dalam pembangkang kerana mereka yang mempunyai rekod buruk tidak seharusnya diterima sebagai ahli dalam mana-mana parti.

"Itu pandangan peribadi saya memandangkan Muhammad mempunyai rekod buruk sepanjang bersama Barisan Nasional (BN) dahulu.

"Hanya mereka yang mempunyai rekod baik layak diterima untuk menyertai parti politik tidak kira pembangkang atau BN," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Selasa, 23 April 2013

Pertindihan Kerusi: PKR Terengganu Tarik Diri Tanding Tiga Kerusi DUN

KUALA TERENGGANU: Parti Keadilan Rakyat Terengganu telah memutuskan untuk menarik diri bagi tiga calon mereka yang bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang turut ditandingi oleh PAS.

Setiausaha PKR Terengganu, Azan Ismail membuat pengumuman tersebut pada Isnin dan beliau menggesa semua penyokong PKR untuk mengundi calon PAS di kerusi DUN Kota Putera, Seberang Takir dan Bukit Besi.

PKR bagaimanapun belum membuat pendirian mereka bagi pertindihan kerusi di Parlimen Labuan dan DUN Sungai Acheh, Kota Damansara dan Panti.

Sementara itu, di Kuala Lumpur, PAS membatalkan sidang media untuk mengumumkan mengenai pendirian mereka berhubung pertindihan kerusi berkenaan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob berkata isu berkenaan akan dibincangkan dalam mesyuarat pimpinan tertinggi parti itu dalam ‘tempoh beberapa hari’ lagi dan pengumuman mengenai akan dibuat kemudian.

Beliau berkata pertindihan kerusi yang berlaku merupakan kes terpencil dan ia tidak akan menjejaskan kerjasama PAS dengan parti komponen dalam Pakatan Rakyat.

Pakatan usir Muslim Rohingya

BANGKOK: Kerajaan Myanmar bersama sami Buddha melakukan penghapusan etnik Rohingya selepas 125,000 penduduk Islam terpaksa lari dari rumah di negeri Rakhine dan kubur mangsa bunuh beramai-ramai ditemui.

Dakwaan itu dibuat pertubuhan hak asasi manusia Human Rights Watch (HRW) di sini semalam.
Penduduk Rohingya yang tidak diiktiraf sebagai rakyat Myanmar berhadapan dengan jenayah kemanusiaan termasuk pembunuhan, penindasan, pengusiran dan dipaksa berpindah, lapor HRW yang berpejabat di New York.

Pertubuhan itu menuduh pihak berkuasa Myanmar, pemimpin komuniti dan sami menganjur dan menggalakkan rusuhan dengan sokongan pasukan keselamatan negeri menyerang perkampungan Rohingya di Rakhine, Oktober lalu.

Akibat Serangan Jantung Selepas Diserang Penyokong Parti

Sahabat. Al-Fatihah aku sedekahkan kepada mu. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh mu dan Allah melapangkan kubur mu dan menempatkan mu bersama barisan syuhada dan solihin. Amin.

KOTA BHARU: Wartawan sambilan RTM, Mohamed Yacob, 61, meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung selepas diserang penyokong sebuah parti politik di hadapan rumahnya di Bandar Lama Gua Musang dekat sini lewat malam Isnin.

Insiden berkenaan berlaku ketika mangsa yang telah berkhidmat dengan RTM selama 25 tahun baru sahaja pulang daripada tugasan di Gua Musang, kata Penyelaras Jentera Pilihan Rya BN Kelantan, Datuk Hassan Harun pada Selasa.
 Difahamkan berlaku pertengkaran antara penyokong parti politik dengan mangsa yang akhirnya menyebabkan dia ditumbuk dihadapan rumahnya.

Selepas kejadian itu, beliau mengalami serangan jantung dan dikejarkan ke Hospital Gua Musang.
Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Isnin, 22 April 2013

Punca PAS Dipecat Dari Perikatan Barisan Nasional.

Perkara ini sudah lama ditunggu-tunggu. Sebelum ini ada cerita dari beberapa orang mengenai sebab sebenar Pas ditendang keluar dari BN, kerana Pas mengkhianati BN.

Antaranya ialah kerana, Pas cuba mengambil kesempatan semasa dalam BN untuk menguatkan kedudukannya, bukan kedudukan BN. Pas lebih penting nafsu mereka sendiri dan sanggup menikam rakan dari belakang.

Difahamkan antara perjanjian Pas dan Umno sebelum Pas masuk BN, mereka tidak boleh kacau tempat Umno termasuk tidak boleh membuka cawangan-cawangan Pas di mana Umno mempunyai cawangan. Begitu juga sebaliknya.

Pada masa itu menteri yang menjaga Felda adalah menteri dari Pas di bawah Kementerian Tanah dan Galian. Pas tidak patuh janji, mereka guna kuasa dan jawatan mereka untuk mengembangkan partinya di Felda termasuk membuka beberapa kawasan Felda baru. Antaranya di Kemahang Kelantan dan di Johor.

Tarik Diri: Nama Calon Tetap Dicetak Pada Kertas Undi, Setiap Undi Diterima Akan Dikira

PETALING JAYA: Calon yang ingin tarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada 5 Mei ini boleh berhenti berkempen.

Namun, nama mereka akan tetap dicetak dalam kertas undi pada hari pengundian dan setiap undi yang mereka terima akan tetap dikira.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, calon tidak lagi diberikan masa untuk tarik diri selepas tiga hari penamaan calon secara rasmi agar nama mereka tidak dicetak pada kertas undi.

Ini berikutan dengan pemansuhan ‘tempoh bertenang’ beberapa tahun lalu, selepas Parlimen meluluskannya bagi memastikan hanya calon-calon yang benar-benar serius untuk bertanding ketika mereka memfailkan kertas pencalonan.

"Oleh itu, kami mengambil berat kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menggesa beberapa ahli partinya menarik diri daripada bertanding berikutan masalah dalaman parti.

"Mengikut undang-undang, senarai nama calon yang telah diterima pada hari penaamaan calon akan kekal dicetak pada kertas undi dan setiap undi yang mereka terima akan tetap dikira," kata Wan Ahmad ketika dihubungi pada Isnin.

Hadi Dakwa Calon PKR Dikalangan Pengikut Marxisme, Pengedar Dadah

MARANG: PAS tetap meletakkan calonnya di tujuh kerusi yang ditandingi sekutu mereka Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah bagi 'menyelamatkan pakatan pembangkang', kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi mendakwa PAS mendapati calon yang diletakkan oleh PKR di beberapa kerusi berkenaan mempunyai masalah moral dan ada juga yang dikaitkan dengan idealisme 'Marxisme'

"PAS mahu menyelamatkan Pakatan kerana kami tidak mahu insiden yang berlaku di Perak berulang lagi, apabila kita hanya dapat memerintah sebuah negeri dalam tempoh yang singkat bila ada ahli berpaling tadah.