KUALA TERENGGANU: Parti Keadilan Rakyat Terengganu telah
memutuskan untuk menarik diri bagi tiga calon mereka yang bertanding di
kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang turut ditandingi oleh PAS.
Setiausaha PKR Terengganu, Azan Ismail membuat pengumuman tersebut
pada Isnin dan beliau menggesa semua penyokong PKR untuk mengundi calon
PAS di kerusi DUN Kota Putera, Seberang Takir dan Bukit Besi.
PKR bagaimanapun belum membuat pendirian mereka bagi pertindihan
kerusi di Parlimen Labuan dan DUN Sungai Acheh, Kota Damansara dan
Panti.
Sementara itu, di Kuala Lumpur, PAS membatalkan sidang media untuk
mengumumkan mengenai pendirian mereka berhubung pertindihan kerusi
berkenaan.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob berkata isu berkenaan akan
dibincangkan dalam mesyuarat pimpinan tertinggi parti itu dalam ‘tempoh
beberapa hari’ lagi dan pengumuman mengenai akan dibuat kemudian.
Beliau berkata pertindihan kerusi yang berlaku merupakan kes
terpencil dan ia tidak akan menjejaskan kerjasama PAS dengan parti
komponen dalam Pakatan Rakyat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan