KANGAR: Mufti Perlis Dr Juanda Jaya akan bertanding di kerusi
Parlimen Kangar atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya
Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.
Pengerusi PKR negeri, Mohd Faisol Abdul Rahman berkata dengan
pencalonan Dr Juanda, parti amat yakin PKR akan menang di kubu kuat
Barisan Nasional (BN) itu.
"Kangar adalah kerusi Parlimen terbesar di negeri itu dengan
kira-kira 50,000 pengundi dan kita optimis untuk menang," katanya ketika
dihubungi pada Isnin.
Dr Juanda yang berasal dari Sarawak sebelum ini dilaporkan antara individu yang cuba dipancing BN dan Pakatan Rakyat.
Kerusi Parlimen Kangar disandang Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad
(BN) yang menewaskan calon PKR Tunku Abdul Rahman Tunku Ismail dengan
majoriti 13,600 undi pada pilihan raya umum 2008.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan