PETALING JAYA: Calon yang ingin tarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada 5 Mei ini boleh berhenti berkempen.
Namun, nama mereka akan tetap dicetak dalam kertas undi pada hari
pengundian dan setiap undi yang mereka terima akan tetap dikira.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad
Wan Omar berkata, calon tidak lagi diberikan masa untuk tarik diri
selepas tiga hari penamaan calon secara rasmi agar nama mereka tidak
dicetak pada kertas undi.
Ini berikutan dengan pemansuhan ‘tempoh bertenang’ beberapa tahun
lalu, selepas Parlimen meluluskannya bagi memastikan hanya calon-calon
yang benar-benar serius untuk bertanding ketika mereka memfailkan kertas
pencalonan.
"Oleh itu, kami mengambil berat kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh
yang menggesa beberapa ahli partinya menarik diri daripada bertanding berikutan masalah dalaman parti.
"Mengikut undang-undang, senarai nama calon yang telah diterima pada
hari penaamaan calon akan kekal dicetak pada kertas undi dan setiap undi
yang mereka terima akan tetap dikira," kata Wan Ahmad ketika dihubungi
pada Isnin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan