PULAU PINANG - DAP mempertikaikan tindakan Pas menerima
kemasukan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib ke
dalam parti itu.
Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, Muhammad tidak layak untuk
menyertai Pas sekali gus duduk di dalam pembangkang kerana mereka yang
mempunyai rekod buruk tidak seharusnya diterima sebagai ahli dalam
mana-mana parti.
"Itu pandangan peribadi saya memandangkan Muhammad mempunyai rekod buruk sepanjang bersama Barisan Nasional (BN) dahulu.
"Hanya mereka yang mempunyai rekod baik layak diterima untuk
menyertai parti politik tidak kira pembangkang atau BN," katanya kepada
pemberita di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan