HARI ini Barisan Nasional (BN) dijangka mengumumkan calon yang akan
dipertaruhkan dalam menghadapi cabaran Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Jika tidak pun, mereka yang dicalonkan tentunya dapat merasakan
bahangnya kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual
mengadakan perjumpaan dengan penyandang kerusi Parlimen dan Dewan
Undangan Negeri (DUN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Tidak dinafikan kali ini, soal calon dianggap sebagai isu paling
penting bagi memastikan kesinambungan kemenangan BN diterajui Najib yang
juga Pengerusi BN.
Silap percaturan, hasrat untuk menjayakan lebih banyak program
transformasi demi kebaikan rakyat akan tergendala, sekali gus persediaan
Malaysia menjadi negara maju turut terbantut.
Sudah semestinya, Najib mempunyai pertimbangan tersendiri dalam soal
memilih calon memandangkan PRU-13 adalah juga pilihan raya umum pertama
yang akan ditempuhinya selaku Perdana Menteri dan Pengerusi BN.
Mandat yang bakal diterima, pastinya akan menjadi penentu dalam
mencorakkan masa depan Malaysia ke arah kehendak rakyat terbanyak.
Dalam menentukan calon, ada beberapa kriteria telah digariskan.
Antara yang terpenting ialah calon itu haruslah seorang yang berwibawa,
jujur dan diterima pengundi di kawasan dicalonkan.
Maka, sesiapa sahaja yang dicalonkan kelak, wajar merasakan bahawa
mereka telah diberi satu tanggungjawab cukup besar. Dan semestinya
tanggungjawab itu perlu direalisasikan dengan sebaik yang termampu.
Pun begitu, bagi yang tidak tersenarai sebagai calon, mereka
seharusnya bersikap positif. Bahawa PRU-13 bukan penamat kerjaya politik
mereka, harus disematkan di dalam sanubari.
Hakikatnya perjuangan yang sebenar dan ikhlas bukanlah memastikan
diri sendiri memenangi mana-mana kerusi ditandingi, sebaliknya, berjuang
bersungguh-sungguh bagi melihat kejayaan parti secara keseluruhannya.
Ini bermakna, sama ada tersenarai sebagai calon atau tidak, bukan
isu. Yang lebih utama adalah melihat UMNO dan BN berjaya mengekalkan
suara dua pertiga majoriti dalam Parlimen.
Jika PRU-13 sering dianggap sebagai ibu segala pilihan raya di negara
ini, anggaplah sikap berlapang dada yang ditunjukkan bagi menghadapi
hari penentuan paling penting di abad ini sebagai salah satu pengorbanan
terpuji yang dilakukan demi agama, bangsa dan tanah air tercinta.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan