Ahad, 14 April 2013

PAS tanding 30 DUN, lapan Parlimen Johor

JOHOR BAHRU: PAS semalam, memuktamadkan 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan Parlimen yang bakal ditandinginya di Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengumuman calon bagi semua kerusi dibuat Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, disaksikan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Pengumuman itu membabitkan 13 calon baru bagi kerusi DUN dan tujuh muka baru bagi Parlimen termasuk enam calon muda serta empat wanita.

Salahuddin bertanding dua kerusi iaitu Parlimen Pulai dan DUN Nusajaya, manakala Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat bertanding di Parlimen Simpang Renggam dan DUN Kempas.

Dr Mahfodz berkata, dua ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) turut dicalon dan dibenar bertanding menggunakan lambang PAS pada PRU-13 sebagai penghargaan kepada peranan mereka selama ini.

Katanya, Pengerusi DHPP, Hu Pang Chaw, 58, akan bertanding di Parlimen Ayer Hitam, manakala R Kumutha, yang bertanding atas tiket PKR pada 2008, kali ini menggunakan lambang PAS.

Tiada ulasan:

Kes Hafizul: Peringatan dan pengajaran