KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia
(PDRM) mengesan cubaan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF)
membantu kumpulan pengganas Kiram menyusup masuk ke perairan pantai
timur Sabah untuk mengganggu kelancaran proses Pilihan Raya Umum Ke-13
(PRU-13).
Menurut sumber, rancangan jahat tersebut bagaimanapun berjaya dihidu oleh pasukan keselamatan.
Sumber berkata, bagi menghalang insiden itu berlaku, PDRM, Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
telah diarahkan untuk mengetatkan kawalan keselamatan di Sabah terutama
menjelang hari penamaan calon dan pengundian.
"Kumpulan pengganas bersenjata itu dikatakan merancang masuk ke
negara ini pada waktu malam dan akan bergerak dalam beberapa kumpulan
kecil ke daerah Sandakan, Beluran dan Kinabatangan bagi mengelak
dikesan.
"Bagaimanapun, usaha mereka sia-sia kerana pasukan keselamatan
terlebih dahulu telah bersiap sedia mengetatkan kawalan keselamatan
sebelum mereka melaksanakan perancangan jahat tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Sumber itu bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah sebenar keseluruhan
anggota kumpulan pengganas yang dikesan akan memasuki perairan Sabah.
Beliau memberitahu, rancangan pencerobohan terbaharu itu dirancang
oleh Esmail Kiram iaitu adik kepada ketua pengganas, Jamalul Kiram.
Sehubungan itu, katanya, polis kini giat memburu beberapa individu
lain yang berkait rapat dengan Esmail Kiram yang membantu merancang
pencerobohan tersebut.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan wujudnya perancangan tersebut
kerana mahu membalas dendam di atas kematian ramai pengikutnya di Lahad
Datu, Sabah.
"Perancangan itu dipercayai rentetan daripada rasa tidak puas hati
ketua pengganas yang mahu membalas dendam di atas kematian pengikutnya.
"Pihak keselamatan yakin pencerobohan terbaharu yang dirancang musuh
akan gagal dan tidak sedikit pun mengganggu keselamatan terutama ketika
pilihan raya nanti," katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan