PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sebanyak 579
kertas penamaan calon bagi 222 kerusi Parlimen dan 1,324 kertas penamaan
bagi 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sepanjang tempoh penamaan
calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang berlangsung dari pukul 9
pagi hingga 10 pagi semalam.
Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata,
semua kerusi bagi Parlimen dan DUN menyaksikan pertandingan antara
parti-parti yang mengambil bahagian dalam PRU-13.
"Tiada calon menang tanpa bertanding dan tiada calon menarik diri
hingga tempoh akhir penamaan, pukul 10 pagi," katanya dalam satu
kenyataan di sini semalam.
Untuk rekod, pada PRU-12, sebanyak 10 kerusi Parlimen dan DUN
diisytiharkan menang tanpa bertanding iaitu di kawasan Pensiangan,
Pengerang, Kalabakan, Tanjong Manis, Igan, Kanowit, Selangau, Kapit,
Sementa dan Bugaya.
Kata Kamaruddin, sebanyak tiga kertas pencalonan bagi kerusi DUN
ditolak oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya kerana calon yang datang
mengemukakan kertas pencalonan mereka didapati tidak mempunyai kelayakan
mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Proses penamaan calon di seluruh negara berjalan lancar tanpa
sebarang insiden biarpun dipenuhi penyokong calon yang bertanding dengan
membawa bendera parti masing-masing.
Pilihan raya kali ini dilihat paling sengit memandangkan terdapat
kawasan yang menyaksikan pertandingan tujuh penjuru seperti di Kunak,
Sabah.
Terdapat parti pakatan pembangkang meletakkan calon di kawasan sama
seperti di kerusi Parlimen Labuan dan DUN Sungai Acheh, Pulau Pinang,
menyaksikan parti Pas dan PKR bertanding sesama sendiri.
Perdana Menteri mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat pada 4 April lalu
untuk membolehkan PRU-13 diadakan, disusuli dengan pembubaran DUN di
setiap negeri kecuali Sarawak.
Ini bagi membolehkan PRU-13 diadakan serentak di seluruh negara. Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri pada 2011.
SPR menetapkan tarikh penamaan calon semalam, manakala tempoh
berkempen ditetapkan selama 15 hari dengan 5 Mei ini diisytiharkan
tarikh mengundi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan