DUNGUN – Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali (gambar) enggan
mengulas mengenai isu penyebaran video seks membabitkan seorang lelaki
yang dikatakan mirip seorang pemimpin pembangkang dari Pantai Timur yang
tersebar luas di beberapa laman sosial internet sejak kelmarin.
Katanya, beliau menyerahkan kepada peguamnya berhubung perkara itu.
“Sudah... sudah, saya dah bagi tahu tak nak cakap apa-apa. Saya dah serah kepada peguam, itu saja.
“Not worth commenting (Tidak berbaloi kalau saya bagi komen),” katanya lalu masuk ke dalam kenderaan sebelum beredar.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Markas Pemuda Pas Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka di sini malam tadi.
Terdahulu semasa ucapannya, Mustafa turut menafikan beliau akan meletak jawatan dalam parti Pas.
“Ada pula antara blog-blog yang kata saya letak jawatan sebagai Setiausaha Agung (Pas) kerana isu video ini.
“Saya hidup lagi ni, (masih) Setiausaha Agung Pas lagi,” ujarnya.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula berkata, Pas tidak
akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan isu penyebaran video seks
membabitkan seorang lelaki mirip pemimpin parti pembangkang kerana
menganggap ia sebagai fitnah.
Abdul Hadi berkata, beliau tidak mengambil serius dan tidak percaya
dengan isu tersebut kerana yakin ia sengaja dilakukan pihak tertentu
untuk menjatuhkan pemimpin terbabit.
“Pas tak perlu bermesyuarat untuk bincang isu ini. Lebih baik kita
guna masa untuk buat banyak lagi benda lain,” katanya ketika ditemui di
rumahnya di Rusila dekat sini semalam.
Beliau mengulas penyiaran gambar serta video seks yang dipercayai
membabitkan lelaki mirip seorang pemimpin pembangkang dari Pantai Timur
yang dipaparkan di beberapa laman blog sejak kelmarin.
Dalam pada itu, Mustafa digosipkan tidak mahu bertanding lagi pada
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) selepas tewas di kawasan Dewan Undangan
Negeri (DUN) Alor Limbat pada PRU 2004 dan 2008.
Mustafa turut tewas bagi perebutan kerusi Parlimen Dungun pada tahun 2004.
Sementara itu, kombinasi muka lama dan baharu dikhabarkan bakal
mewakili Pas Terengganu pada PRU-13 untuk terus meraih sokongan pengundi
di negeri tersebut.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan