KUALA KANGSAR - Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia
Ibrahim membuat kejutan apabila bertanding sebagai calon Bebas di kerusi
Parlimen Kuala Kangsar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Beliau yang pada mulanya disangka tiba untuk memberi sokongan kepada
calon Barisan Nasional (BN), dilihat memasuki pusat penamaan calon
Parlimen Kuala Kangsar di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala
Kangsar di sini kira-kira pukul 9.30 pagi.
Kamilia akan menentang calon (BN), Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Dr. Khalil Idham Lim daripada Pas.
Kamilia dipecat secara automatik kerana jadi calon Bebas
PAGOH - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kecewa
dengan keputusan Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Kamilia
Ibrahim yang bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Kuala
Kangsar.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN),
berkata, tindakan Kamilia menyebabkan beliau secara automatik dipecat
daripada UMNO.
"Tindakan beliau (Kamilia) jelas bertentangan dengan perlembagaan dan
peraturan UMNO, serta tidak selari dengan semangat perjuangan parti.
"Kita dah nyatakan sebelum ini, secara automatik beliau dipecat
daripada parti,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman calon yang
akan bertanding di Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di sini hari
ini.
Muhyiddin berkata tindakan pemecatan itu menunjukkan ketegasan parti untuk menangani anggota yang belot terhadap parti.
"Bagi saya, keputusan beliau (Kamilia) adalah sesuatu yang mendukacitakan,” katanya.
Kamilia akan menentang calon BN, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Dr. Khalil Idham Lim daripada Pas. - Bernama
PRU-13: Tindakan Kamilia satu pengkhianatan kepada parti - Rafidah
KUALA KANGSAR - Bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah
Aziz kecewa dengan tindakan Naib Ketua pergerakan tersebut, Datuk
Kamilia Ibrahim bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala
Kangsar yang disifatkannya satu pengkhianatan kepada parti.
Rafidah yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar selama lebih 30
tahun berkata, tindakan Kamilia itu amat mengecewakan ahli Wanita UMNO
khususnya di Kuala Kangsar.
"Ini sangat mendukacitakan, beliau tidak setia dan tidak patuh
kepada keputusan parti. Beliau tahu apa tindakan parti selepas ini,''
katanya kepada Utusan Malaysia selepas menyertai rombongan penyokong
BN di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah di sini hari ini.
PRU-13: Tindakan Kamilia tidak jejas peluang BN di Parlimen Kuala Kangsar
LUMUT - Tindakan Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia
Ibrahim bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar tidak
akan menggugat peluang Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi
tersebut, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.
"Saya kecewa beliau (Kamilia) buat keputusan tersebut selepas tidak
dapat menerima keputusan parti yang menawarkan DUN Bukit Chandan.
Sedangkan Datuk M. Kayveas sendiri sanggup galas amanah bertanding di
DUN Pasir Bedarmar biarpun Presiden PPP," katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan