Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, pasukan keselamatan juga masih berusaha mengesan baki tiga mayat pengganas yang sebelum ini dikenal pasti ditembak mati di kampung berkenaan pada awal Ops Daulat, namun sehingga kini belum ditemui.
Beliau berkata, operasi mengesan lokasi mayat terbabit masih dijalankan walaupun berdepan beberapa masalah terutama faktor cuaca di FELDA Sahabat yang kini kerap hujan.
"Usaha mengesan masih diteruskan dan sehingga kini masih belum ada sebarang perkembangan baru.
"Usaha mengesan akan diteruskan sehingga semua baki mayat ditemui selain kemungkinan ada lagi mayat pengganas yang ditanam sekitar kampung terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini.
Hamza berkata, anggota forensik dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) polis akan dibawa masuk ke Kampung Tanduo dalam tempoh terdekat bagi memudahkan kerja-kerja mengesan mayat pengganas yang kini giat dilakukan pasukan keselamatan.
Pada 8 April lalu, 12 mayat pengganas yang ditanam dalam tiga kubur di Kampung Tanduo digali sebelum dibawa ke Hospital Lahad Datu bagi melengkapkan siasatan berhubung kejadian pencerobohan itu.
Tiga kubur, salah satunya mengandungi sembilan mayat dipercayai digali anggota kumpulan pengganas terbabit untuk menguburkan mayat rakan mereka yang terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan pada 1 Mac lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan