KUALA LUMPUR: Pelajar Universiti Malaya berusia 23 tahun akan
mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di kerusi Parlimen
Pekan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRI-13).
Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) akan menurunkan pelajar jurusan sains politik Mohamed Bukhairy Sofian sebagai calon bebas.
Katanya, kumpulan tersebut menurunkan seorang calon sebagai tuntutan untuk memperbaharui sistem pendidikan tinggi di Malaysia.
"Kami mahu menonjolkan manifesto kami dan membawa dasar tersebut ke Parlimen.
"Selain itu, kami tidak akan mengetepikan isu yang menjejaskan
penduduk tempatan di Pekan," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.
Mohamed Bukhairy merupakan wakil Majlis Pimpinan Pelajar (MPP) UM dan pengerusi Majlis Pimpinan Mahasiswa Nasional.
Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang berkata,
manifesto tersebut telah dikemukakan kepada parti memerintah dan parti
pembangkang bulan lalu tetapi masih belum menerima respons daripada
kedua-dua parti itu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan