Jumaat, 12 April 2013

Mustafa Ali Tak Akan Jawab Dakwaan Video Seks & Serah Pada Peguam

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, beliau tidak akan menjawab sebarang pertanyaan mengenai video lucah terbaru yang diedarkan sejak malam Khamis dan menyerahkan perkara itu kepada peguamnya untuk tindakan lanjut.

"Saya tidak akan menjawab sebarang petanyaan mengenai isu yang diperkatakan. Semuanya saya telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi & Co untuk uruskan," katanya dalam kenyataan satu perenggan yang disiarkan oleh Harakahdaily.com versi bahasa Melayu.

Beliau merujuk kepada video lucah yang disebarkan melalui beberapa blog sejak malam Khamis yang didakwa menyerupai dirinya.

Video lucah itu menunjukkan lelaki bersinglet dan berbadan gempal serta berjanggut sedang memakai seluar dalam warna putih yang sangat besar.

Dalam video yang sama, ditunjukkan seorang wanita sedang duduk di penjuru katil memakai tuala putih panjang. Wanita itu dikatakan seorang warganegara Indonesia.

Video lucah babit pemimpin kanan Pas satu fitnah: Hadi Awang

KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap penyebaran gambar dan DVD lucah yang dikaitkan dengan pemimpin kanan parti itu sebagai fitnah dan bukan masalah besar kepada PAS.

Beliau berkata, perkara itu tidak serius dan pemimpin kanan PAS yang dianggap mangsa fitnah itu tidak perlu memberi penjelasan kepada parti kerana banyak lagi perkara lain yang perlu dibuat ketika ini.


 


"Kita (PAS) anggap itu satu fitnah...lagi lama dia siar, lagi pahala banyak dapat kepada dia (pemimpin itu). Kita yakin benda itu tidak benar dan dia siar, dia berdosa, biarlah dia siar lagi luas lagi banyak dapat pahala," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Rusila hari ini.
 
Abdul Hadi berkata, beliau hairan kenapa pemimpin terbabit menjadi mangsa kerana beliau bukanlah calon PAS untuk bertanding mana-mana kerusi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei ini.


Katanya, PAS berserah kepada Tuhan untuk memberikan petunjuk dan setakat ini, beliau tidak mahu menuduh mana-mana pihak yang bertanggungjawab membuat fitnah itu.

Semalam, di Kampung Alor Lintang Besut, polis dilaporkan menemui 16 bungkusan yang mengandungi gambar dan DVD lucah dipercayai melibatkan seorang pemimpin kanan PAS. - BERNAMA

Tiada ulasan: