PETALING JAYA - Umno telah memecat 58 ahlinya atas kesalahan
bertanding sebagai calon Bebas, termasuk Naib Ketua Wanita Umno, Datuk
Kamilia Ibrahim.
Lembaga Disiplin parti telah mengeluarkan tiga surat tunjuk sebab
kepada ahlinya kerana menyokong ahli yang bertanding sebagai calon Bebas
dan tidak menghantar borang pencalonan.
Keputusan berkenaan dibuat pada pagi Isnin oleh Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail.
Bernama melaporkan Tengku Ahmad Rithaudeen sebagai berkata, keputusan
pemecatan itu diambil selaras dengan fasal 20.10 Perlembagaan Umno yang
menyatakan mana-mana anggota Umno yang bertanding sebagai calon bebas
akan dipecat daripada parti dan tidak akan diterima keahliannya
selama-lamanya.
"Surat-surat pemecatan keahlian telah dihantar kepada mereka yang terlibat," katanya dalam kenyataan di sini Isnin.
Kamalia Ibrahim adalah antara yang dipecat kerana bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar.
Turut dipecat ialah bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri
Asas Tani yang juga bekas Ketua Bahagian Tasek Gelugor, Datuk Seri Mohd
Shariff Omar yang bertanding di Parlimen Tasek Gelugor dan Ketua Pemuda
Umno Bahagian Sepang, Datuk Suhaimi Mohd Ghazali yang bertanding kerusi
Parlimen Sepang.
Datu Badruddin Tun Mustapha juga dipecat kerana bertanding di Parlimen Semporna dan DUN Senallang.
Ahmad Rithaudeen berkata, selain itu, tiga anggota Umno akan dipanggil
minggu ini bagi menjawab tunjuk sebab mengapa tindakan disiplin tidak
boleh diambil terhadap mereka kerana menjadi pencadang, penyokong atau
gagal menyerahkan borang calon pada hari penaman calon Sabtu lepas.
Mereka akan dipanggil mengikut Fasal 20.8 Perlembagaan Umno dibaca
bersama perkara 3 Tataetika Ahli Umno (Gagal mengikut perintah-perintah
parti atau gagal menjalankan dasar-dasar parti).
"Lembaga Disiplin Umno sekali lagi mengingatkan anggota Umno bahawa
lembaga disiplin telah bersiap sedia untuk bertindak ke atas mana-mana
anggota Umno yang melakukan kesalahan sabotaj parti dalam waktu tempoh
berkempen pilihan raya umum ke-13 ini.
"Tindakan tegas termasuk pecat dan gantung keahlian akan diambil
setelah bukti-bukti dan laporan daripada pemantau yang dilantik diterima
dan disiasat secara terperinci," katanya.
Ahmad Rithaudeen juga meminta semua anggota parti supaya bersatu-padu
dan menyokong calon-calon Barisan Nasional (BN) yang dinamakan
bertanding oleh pucuk pimpinan parti.
"Jauhi perbuatan sabotaj atau perbuatan yang boleh melemahkan parti dan BN," katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan