BUKIT MERTAJAM: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim
akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya
Umum Ke-13 (PRU-13).
Keputusan itu sekali gus menamatkan spekulasi bahawa dia merancang untuk bertanding di Perak baru-baru ini.
Beliau berkata, dia ingin bersama pengundi dan penyokong setianya di kawasan tersebut.
Katanya, beliau terhutang budi dengan penduduk di Permatang Pauh yang
sentiasa menyokongnya walaupun dia tidak lagi bersama parti memerintah
dan kerajaan.
"Isteri saya (Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) pada awalnya
tidak bersetuju apabila saya memberitahunya bahawa saya sedang
mempertimbangkan untuk bertanding di kerusi Parlimen Tambun di Perak.
"Beliau berkata rakyat di Permatang Pauh adalah penyokong setia yang
sentiasa berdiri dibelakangnya dan PKR selama ini," katanya pada ceramah
di Taman Seri Pauh, Permatang Pauh di sini, Jumaat.
Terdahulu, ketika sesi bertemu penduduk di Kubang Semang, Anwar
berkata beliau memerlukan masa untuk membuat keputusan mengenai kerusi
yang akan ditandingi iaitu sama ada akan mempertahankan kerusi Permatang
Pauh atau berubah angin ke Perak.
Beliau berkata, Pakatan Rakyat memenangi tiga kerusi Parlimen Parit
Buntar, Bagan Serai dan Gopeng di Perak pada pilihan raya umum 2008.
Menurut beliau, keputusan untuk mempertimbangkan Perak adalah sebagai
strategi politik untuk meningkatkan sokongan Pakatan Rakyat di negeri
itu.
Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail akan bertanding di kerusi Tambun, kata Anwar.
Anwar merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh sejak 1982 apabila beliau menyertai Umno.
Isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil alih kerusi
tersebut pada pilihan raya umum 1999 apabila beliau dipenjarakan atas
tuduhan liwat dan rasuah.
Anwar memenangi semula kerusi Permatang Pauh menerusi pilihan raya
kecil pada Ogos 2008 selepas kerusi tersebut dikosongkan oleh Wan
Azizah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan