KUALA LUMPUR, 29 Nov – Perhimpunan Agung UMNO 2014, berakhir dengan
mesej tegas dan lantang Presiden UMNO bahawa hak keistimewaan orang
Melayu, Raja dan agama Islam yang termaktub dalam perlembagaan negara,
tidak boleh dipertikaikan lagi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata seluruh rakyat
Malaysia perlu berhenti berbalah mengenai perkara berkenaan, sebaliknya
memberi tumpuan penuh kepada usaha memajukan negara.
“Kebebasan pun ada had. Kebebasan bukan mutlak. Tak boleh hina agama
Islam, tak boleh cabar hak istimewa Melayu, tak boleh persoal sistem
Raja-Raja Melayu, askar Melayu dan kita jaga kepentingan kaum lain.
Ahad, 30 November 2014
Jakim sahkan Cadbury Malaysia halal
Walaupun
Cadbury Malaysia telah disahkan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) beberapa bulan lalu, kami masih menerima pertanyaan
daripada masyarakat beragama Islam dan pihak peruncit mengenai status
Halal coklat Cadbury.
JAKIM
ingin mengesahkan bahawa Cadbury Malaysia adalah pemegang Sijil
Pengesahan Halal yang sah sejak tahun 2004 hingga kini.
Jabatan Kimia
Malaysia telah menguji produk tersebut dan Jakim telah menjalankan
siasatan penuh sepertimana yang ditetapkan di dalam Manual Prosedur
Pensijilan Halal Malaysia.
Veena dihukum penjara 26 tahun menghina Nabi Muhammad S.A.W
Veena
Malik artis terkenal Bollywood kelahiran Pakistan telah dihukum penjara selama
26 Tahun oleh sebuah mahkamah di Pakistan setelah didapati bersalah menghina
Nabi Muhammad.
Veena
didakwa menghina Nabi Muhammad dalam satu program televisyen dengan mengubal
semula perkahwinannya dengan suaminya berdasarkan perkahwinan puteri Nabi
Muhammad S.A.W. manakala lagu agama lain dimainkan sebagai muzik latar menurut
perbicaraan di mahkamah tersebut.
Khamis, 27 November 2014
Ucapan Dasar Presiden UMNO
Ucapan Dasar Presiden UMNO Sempena Perhimpunan Agung UMNO Kali ke-65
Tahun 2014
Ucapan Dasar Presiden UMNO
YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Sempena Perhimpunan Agung UMNO
Kali ke-65 Tahun 2014
SOLIDARITI MELAYU DAN BUMIPUTERA,
SOLIDARITI UMNO, SOLIDARITI MALAYSIA.
Bismillahhirrahmanirrahim,
Alhamdulillahirabbil’alamin.
Wabihi Nasta’in. Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad Wa’ala A-li Saidina
Muhammad.
Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam 1Malaysia,
Yang Berbahagia Tan
Sri Pengerusi Tetap,
Yang Berbahagia Tan
Sri Timbalan Pengerusi Tetap,
YAB Timbalan
Presiden, Naib-Naib Presiden,
Ketua Wanita, Pemuda
dan Puteri,
Barisan Ahli-Ahli
Majlis Tertinggi,
Pimpinan Parti-Parti
Komponen,
Yang Amat
Berbahagia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi,
Dif-Dif Kehormat,
Seterusnya Saudara
Rakan-Rakan Seperjuangan dalam Parti UMNO yang berkeramat ini.
1.
Pagi ini merupakan kali ke-6, saya berdiri di hadapan para perwakilan serta
para tetamu sebagai Presiden. Saya merujuk juga kepada seluruh rakyat Malaysia
yang sedang menonton di kaca-kaca televisyen dan mendengar di corong-corong
radio.
2.
Termasuklah sebahagian besar generasi Y, yang mengikuti Persidangan Agung UMNO
ini.
3.
Apatah lagi pada saudara sekalian, barisan pimpinan di atas pentas, para
perwakilan yang sedang duduk dan berdiri di bawah serta yang di atas sana,
pimpinan mahasiswa tempatan, perwakilan-perwakilan UMNO luar negara, tidak
dilupakan adik kakak, pakcik makcik, yang sedang mengamati layar besar di luar
dewan ini.
Ucapan Penuh Ketua Wanita UMNO
UCAPAN PENUH KETUA WANITA UMNO BERTAJUK WANITA UMNO ; SRIKANDI NEGARA
Alhamdulillah dengan IzinNYA kita terus dikurniakan kesihatan, keberkatan dan kesempatan untuk menghadiri Perhimpunan Agong Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Tahun 2014. Di sini kita berakur janji kepada parti demi mengangkat kesucian Agama, kemuliaan Bangsa dan kesejahteraan Negara.
Bagi pihak barisan kepimpinan tertinggi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, saya mengalu-alukan kehadiran 955 orang perwakilan wanita dari 191 bahagian seluruh Negara ke perhimpunan ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan!. Puan-puan adalah wakil dan perutusan kepada 1,330,926 (satu juta tiga ratus tiga puluh ribu sembilan ratus dua puluh enam) ahli Wanita UMNO menunaikan tanggungjawab seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan UMNO. Puan-puan jugalah pembawa suara akar umbi dan obor harapan rakyat.
Selagi nadi masih berdenyut, selagi siang berganti malam, selagi langit tegak dijunjung selagi itulah perjuangan Wanita UMNO akan terus beristiqamah menggenggam teras Bersatu, Bersetia, Berkhidmat. Ayuh wanita, kita eratkan tali sillaturrahim, bermuafakat, berpakat, bersatu, melangkah seirama waima kita datang dari kali berbeza, namun pastinya pertemuan kita di muara yang sama.
SRIKANDI NEGARA
Alhamdulillah dengan IzinNYA kita terus dikurniakan kesihatan, keberkatan dan kesempatan untuk menghadiri Perhimpunan Agong Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Tahun 2014. Di sini kita berakur janji kepada parti demi mengangkat kesucian Agama, kemuliaan Bangsa dan kesejahteraan Negara.
Bagi pihak barisan kepimpinan tertinggi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, saya mengalu-alukan kehadiran 955 orang perwakilan wanita dari 191 bahagian seluruh Negara ke perhimpunan ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan!. Puan-puan adalah wakil dan perutusan kepada 1,330,926 (satu juta tiga ratus tiga puluh ribu sembilan ratus dua puluh enam) ahli Wanita UMNO menunaikan tanggungjawab seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan UMNO. Puan-puan jugalah pembawa suara akar umbi dan obor harapan rakyat.
Selagi nadi masih berdenyut, selagi siang berganti malam, selagi langit tegak dijunjung selagi itulah perjuangan Wanita UMNO akan terus beristiqamah menggenggam teras Bersatu, Bersetia, Berkhidmat. Ayuh wanita, kita eratkan tali sillaturrahim, bermuafakat, berpakat, bersatu, melangkah seirama waima kita datang dari kali berbeza, namun pastinya pertemuan kita di muara yang sama.
SRIKANDI NEGARA
Ucapan Dasar Khairy Jamaluddin
UCAPAN DASAR
KHAIRY JAMALUDDIN ABU
BAKAR
KETUA PERGERAKAN PEMUDA
UMNO MALAYSIA
SEMPENA PERHIMPUNAN
AGUNG
PERGERAKAN PEMUDA UMNO
MALAYSIA 2014
26 NOVEMBER 2014, 8.30
PAGI, DEWAN TUN HUSSEIN ONN, PWTC
“MELAYU”
Yang Berbahagia Dato’ Pengerusi Tetap
Yang Berbahagia Saudara Timbalan Pengerusi Tetap
Wakil-wakil Majlis Tertinggi
Yang Berbahagia Saudara Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Ahli-ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Ketua-ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri
Para Perwakilan dan Pemerhati
Perahu dikatup dengan
daun
Penuh sarat berisi lokan
Kalau hidup seratus
tahun
Sepanjang hayat Pemuda
berkorban
Sampan kotak mengapa
dikayuh
Hendak belayar ke tanah
seberang
Patah kepak bertongkat
paruh
Pantang menyerah di
tengah gelanggang
1)
Berdiri saya di hadapan anda pagi ini – menyirat
semula nirmala perjuangan parti, menginsafi amanah yang diberi, mensyukuri
rentetan pengorbanan tokoh-tokoh UMNO sebelum ini.
2)
Alhamdullilah, mari kita zahirkan rasa syukur ke
hadrat Tuhan Rabbul Izzati,
yang maha pengampun lagi maha mengasihani. Kerana dengan zat limpah
kurnia yang diberi, seperti tradisi tahun-tahun sebelumnya, dapat kita
berkumpul semula dalam dewan yang gemilang ini. Juga selawat dan salam ke atas junjungan
kita Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat.
Rabu, 19 November 2014
Makna di sebalik warna air kencing
Warna air kencing seringkali digunakan sebagai satu alat untuk diagnos pesakit...Semua manusia normal akan kencing kan ?Warna ,bau ,dan ketumpatan air kencing kita boleh memberi pelbagai tanda...
Disini disertakan warna air kencing dan apa tandanya kepada seseorang !!!
Tidak Berwarna atau Lutsinar - Anda meminum terlalu banyak air...
Langgan:
Catatan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
Telah dikhabarkan bahawa Dajjal Laknatullah dan para wazirnya telah berada di London untuk acara gilang gemilang Olympic 2012. Mereka telah ...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...


