Jumaat, 29 Mei 2015

Kenapa 1MDB membayar AS$1.6 bilion kepada syarikat Jho Low?

Jho-Low_arul-kanda_300

Laman web pemberi maklumat, Sarawak Report, kini mahu presiden 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy menjelaskan transaksi firma itu dengan Good Star Limited, sebuah syarikat yang dikuasai ahli perniagaan Low Taek Jho, selepas beliau menafikan memberikan kenyataan palsu kepada Bank Negara hari ini.

Dalam satu kenyataan, Sarawak Report berkata, ia mempunyai bukti yang penyata bank palsu digunakan bagi menyokong dakwaan yang terdapat wang tunai di dalam akaun dana pelaburan negara itu di dalam Bank BSI Singapura.

Putrajaya berkata baru-baru ini, wang yang ditebus dari Kepulauan Cayman sebenarnya aset dalam bentuk dolar Amerika Syarikat di Bank BSI.

"Memandangkan Kandasamy sekarang bersedia menjawab beberapa butiran periferal berhubung laporan kami, mungkin beliau juga akan tampil dengan penjelasan dan penerangan mengenai fakta penting perkara itu, iaitu kenapa 1MDB membayar AS$1.6 bilion kepada Good Star Limited?” soal Sarawak Report.

Laman itu juga menuduh Arul, yang juga pengarah eksekutif kumpulan 1MDB, menghantar melalui faks penyata bank palsu kepada Bank BSI di Singapura.

"Jika Encik Kandasamy tidak melaporkan perkara ini kepada Bank Negara, mengapa dia tidak melaporkannya? soal Sarawak Report.

Terdahulu hari ini, Arul berkata Sarawak Report berbohong mengenai 1MDB membekalkan maklumat palsu dan dakwaan tidak berasas langsung” mengenai penyata bank syarikat itu.

"Ini satu pembohongan. Saya tidak pernah memberi sebarang kenyataan begitu kepada Bank Negara. Untuk menyatakan sebaliknya adalah terang-terangan palsu dan tidak betul, begitu juga apa-apa dakwaan yang berdasarkan premis ini."

Katanya, 1MDB bekerjasama dengan pihak berkuasa berhubung akaunnya dan memberi jaminan, siasatan yang dijalankan akan memberi jawapan kepada soalan mengenai urus niaga dan hutang syarikat milik Kementerian Kewangan itu.

Khamis, 28 Mei 2015

Dakwaan 1MDB rugi RM42 bilion diputar belit, kata Najib

Dakwaan 1MDB rugi RM42 bilion diputar belit, kata Najib
 
KUALA LUMPUR: Dakwaan 1Malaysia Development Bhd mengalami kerugian sebanyak RM42 bilion merupakan fakta yang sengaja diputar belitkan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata syarikat itu tidak mengalami kerugian dalam jumlah tersebut dan angka berkenaan adalah hutang syarikat. Jumlah itu lebih rendah berbanding aset 1MDB yang sebanyak RM51 bilion, sebagaimana diaudit dan disahkan oleh Deloitte.

Najib dalam catatan terbaharunya di laman web beliau, NajibRazak.com berkata, kebanyakan syarikat besar di seluruh dunia mempunyai tahap hutang yang tinggi dan tiada apa luar biasa tentang perkara ini.

'Saya tegur sebab Najib banyak buat silap' - Tun M


'Saya tegur sebab Najib banyak buat silap' - Tun M

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan setiap tegurannya kepada Datuk Seri Najib Razak dalam pelbagai isu adalah kerana kesilapan Perdana Menteri itu sendiri akhir-akhir ini.

Tegasnya, Najib dilihat perlu sedar dan segera bermuhasabah diri kerana kesalahan yang dilakukan dalam pelbagai isu semasa terutama berkaitan syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Saya ikhlas menegur serta mengkritik kepimpinannya demi menjamin survival UMNO dan Barisan Nasional (BN), kebelakangan ini Najib banyak mengelirukan rakyat terutama dalam isu 1MDB.

"Seperti contoh, Najib nyatakan tiada kaitan 1MDB dengan penglibatan jutawan Malaysia, Jho Low namun hakikatnya berlainan.

'Najib hadapi risiko jika pemilihan UMNO 2016 ditangguh' - Sanusi Junid



KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan bakal berdepan risiko besar seandainya desas-desus pemilihan parti pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 ditangguh sehingga selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 menjadi kenyataan.

Pemimpin veteran UMNO, Tan Sri Sanusi Junid berkata, situasi semasa kini membawa pelbagai kemungkinan termasuk perubahan tampuk nombor satu parti sendiri.

"Najib akan dilihat mempunyai sebab tersendiri jika menangguhkan pemilihan UMNO tahun hadapan. Namun dia akan berdepan risiko besar jika benar menangguhkannya.

"Dia mungkin sedang mengalami tekanan hebat daripada pelbagai isu semasa yang sedang melanda, dia juga mungkin trauma dengan situasi yang berlaku sekarang" katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Jumlah aset 1MDB sudah diaudit RM51.4 bilion

hare
Jumlah keseluruhan aset 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang telah diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2014 adalah RM51.4 bilion, menurut jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat.
Ia merangkumi aset semasa bernilai RM19.5 bilion dan aset bukan semasa RM31.9 bilion, kata jawapan kepada soalan Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) yang meminta Menteri Kewangan menjelaskan mengenai perkara itu.

12 anggota polis ditahan berhubung kes kubur besar


KUALA LUMPUR – Seramai 12 anggota polis ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan 139 kubur besar dan kecil serta 28 kem di Bukit Wang Kelian, Perlis, baru-baru ini.

Timbalan Menteri Dalam Ne­geri, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, lapan daripada anggota polis terbabit ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), manakala empat lagi anggotanya ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau memberi jaminan siasatan mengenai kes penemuan kubur dan kem pemerdagangan manusia akan dibuat secara menyeluruh, tanpa mengira pangkat.

"Siasatan tidak hanya tertumpu kepada penglibatan anggota polis malah renjer hutan.

Kem pemerdagangan guna pengawal penembak tepat



KANGAR - Sindiket pemerdagangan manusia disyaki dari Thailand yang beroperasi di puncak Bu­kit Wang Burma di sini, dilengkapi senjata api selain turut menempatkan beberapa penembak tepat di lokasi tertentu di dalam hutan bagi memerhatikan kedatangan pihak berkuasa dari negara ini.

Faktor itu menyebabkan lokasi terletak kira-kira 400 meter dari ka­ki bukit di kawasan tersebut adalah berbahaya untuk Pasukan Gerakan Am (PGA) dan renjer melakukan rondaan dalam jumlah yang kecil.

Disebabkan tiada rondaan, maka kem di situ yang terletak di atas bukit yang curam serta hutan sederhana tebal di bahagian Malaysia tetapi landai di sebelah Thailand sehingga boleh dimasuki kende­raan, sudah beroperasi sejak 2013 tanpa disedari pihak berkuasa.