Dr Zahid menegur wartawan cina muka selamba dari MsiaLkini. |
Portal pembangkang, MsiaLkini kononnya mengaku bebas, tetapi setiap hari wartawannya menulis laporan yang jauh terpesong daripada fakta sebenar.
Apabila pemimpin kerajaan tegur, maka melentinglah bos-bos dan ketua-ketua batak MsiaLkini melatah. Macam-macamlah tuduh mereka lemparkan kepada kerajaan, tuduhan yang pedih telinda mendengar dan sakit mata memandang.
Tetapi itulah MsiaLkini, yang mengaku bebas. Bila wartawannya kena sound dengan
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, habis
semua cerita etika dan sebagainya keluar kerana nak membantah tindakan
Zahid ‘menyound’ wartawannya yang cuba provok Menteri tersebut
dengan soalan berkaitan dengan finding dari Laporan Ketua Audit Negara.
Tapi di mana MsiaLkini ketika Anwar memperlekehkan wartawan dari portal berita internet, TV3 dan Utusan yang cuba mendapatkan penjelasan daripadanya berhubung pelbagai isu - dari sokongan terhadap Israel, membawa kepada kes video lucahnya (jam Omega), mana bunyi MsiaLkini pasal etika? Yang kena perlekeh pun wartawan jugak.
Apakah Zahid dan Anwar ada dua set etika kewartawanan yang berbeza? Sebab Anwar itu pembangkang, so apa yang dia buat beretika (walaupun jelas tak beretika sampai nak tanya soalan pun diugut saman)?
Atau sebab Zahid Menteri UMNO, dan apa sahaja dia buat semua tak betul? Orang ramai tak tahu bahawa Anwar adalah penentang terbesar kebebasan media. Dari dalam UMNO lagi Anwar dah buat perangai ini apabila meletakkan orang-orang dia menerajui organisasi gergasi media seperti Utusan dan MRCB – yang dulu menguasai pegangan dalam TV3 dan NST.
Tujuannya supaya media ini hanya memberi fokus kepada dia dan dia sahaja. Sebab itu siapa yang sudah celik politik waktu itu, dapat lihat bagaimana Anwar mendapat coverage yang
begitu meluas, sehinggakan sepatah dua perkataan Melayu lama yang
digunakan dalam pembentangan bajet negara pada waktu itu, direkayasakan
dengan begitu meluas sekali, malah diletak di muka hadapan akhbar.
Kesan dari krisis mata wang antarabangsa 1997 juga lambat dihadam oleh rakyat kerana media terlalu memberi fokus kepada Anwar dan sepatah dua perkataan Melayu lama yang disebut dalam bajet.
Walhal kerajaan dah terima impak buruk kesan dari krisis tersebut pada bulan Julai tahun sama, tapi sebab Anwar sembunyi semua bawah karpet (dengan bantuan media kawalannya), rakyat mula sedar tentang krisis tersebut, hanya pada Jun 1998. Padanlah nak buat loan susah dan interest bank (BLR) pulak asyik naik tiap-tiap bulan.
Akibatnya ramai yang tidak sempat mencari jalan keluar, bank pun tak sempat nak cari sumber pembiayaan baru untuk tampung permintaan pinjaman sebab Bank Negara (sebut Anwar) kata, “Don’t worry, we find the solutuion for you”.
Semua itu sebab kebebasan media versi Anwar Ibrahim pada waktu itu. Bila Tun Mahathir step in, baru semuanya jelas yang negara ada masalah besar.
Jadi penulis ajak semua, carutkan sajalah
MsiaLkini ini. Dengan mengaku bebas itu pun, jelas menunjukkan
pembohongan yang besar. Mana ada bebasnya bila kewangan syarikat
tersebut antara lain ditampung oleh pihak asing yang ada kepentingan
sama dengan parti-parti pembangkang (terutama PKR dan DAP), selain rapat
dengan Anwar Ibrahim.
Apa syarikat pun akan beroperasi mengikut kepentingan pemegang saham dan dalam isu ini pemegang saham tersebut ialah (antara lain) pihak asing yang punya hubungan rapat dengan parti pembangkang.
Yang nyata, imej Zahid sedang memuncak sekarang akibat peristiwa tersebut. Inilah yang rakyat mahukan dari Menteri Dalam Negeri, tegas dalam melayan karenah provokasi pembangkang atas alasan kebebasan media.
Sudahlah Ops Cantas yang dilancarkan polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di bawah kepimpinan Zahid berjaya mengembalikan semula keyakinan awam terhadap tahap keselamatan negara, ketegasan yang ditunjukkan Zahid dalam berhadapan dengan media pembangkang ini, melonjakkan lagi namanya ke tahap tertinggi untuk mengekalkan jawatan sebagai Naib Presiden UMNO buat kali kedua berturut-turut.
Jangan silap, penulis bukan tolong kempen, tapi inilah yang sedang berlaku di bawah ini sekarang, Pemimpin lain patut buka mata, moral dari kes Zahid dan MsiaLkini ini menunjukkan rakyat mahu kerajaan dan pemimpin yang tegas buat keputusan, bukan asyik timbang, asyik amaran dan lain-lain yang seumpama dengannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan