KUALA LUMPUR: Dua penyandang Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr
Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Shafie Apdal masing-masing berjaya
mempertahankan jawatan berdasarkan keputusan tidak rasmi dalam pemilihan
parti pada Sabtu.
Sementara itu, Datuk Seri Hishammuddin pula mendahului Datuk Seri
Mukhriz Mahathir bagi merebut satu lagi jawatan naib presiden parti.
Kiraan setakat 9 malam menunjukkan Zahid memperoleh 130 undi, diikuti
Shafie (119), Datuk Seri Hishammuddin Hussein (73), Datuk Seri Mukhriz
Mahathir (57), Tan Sri Mohd Ali Rustam (7) dan Tan Sri Isa Samad (8).
Ahmad Zahid berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada anggota
parti di peringkat akar umbi dan bahagian Bagan Datoh di atas
kepercayaan terhadapnya untuk kembali menjadi Naib Presiden Umno.
"Saya berterima kasih kepada semua jentera, teman-teman saya yang
banyak membantu saya dan para perwakilan yang meletakkan saya membarisi
kepimpinan Umno," katanya dalam satu kenyataan selepas beliau secara
tidak rasmi mempertahankan jawatan naib presiden parti.
Shafie berkata, beliau berasa rendah diri di atas sokongan kuat yang
diterima, sambil menambah bahawa Umno perlu maju dalam membantu presiden
dan timbalan presiden parti dalam menghadapi cabaran akan datang.
"Ia juga penting bahawa apapun yang dihadapi dalam pemilihan, kita
semua bersatu, mengekalkan perpaduan supaya Umno lebih kukuh daripada
sebelum ini," katanya.
Beberapa bahagian yang mengundi Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri
adalah Gerik, Beruas, Paya Besar, Raub, Padang Rengas, Pagoh, Bentong,
Tambun, Kampar, Ipoh Barat, Cheras, Tapah, Batu Gajah dan Bukit Bendera.
Manakala Shafie yang merupakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah memperoleh undi dari bahagian Raub, Padang Rengas, Pagoh,
Bentong, Tambun, Kampar, Ipoh Barat, Tapah dan Batu Gajah.
Sementara itu, seorang lagi penyandang naib presiden iaitu Menteri
Pertahanan dan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin
Tun Hussein memperoleh 73 undi dengan sebahagian undinya dari bahagian
Padang Rengas, Pagoh, Bentong, Tapah, Cheras dan Bukit Bendera.
Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berada di tempat keempat dengan 57 undi.
Dua lagi calon naib presiden iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan
Sri Mohd Ali Rustam dan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad masing-masing
berada jauh di belakang dalam merebut jawatan itu.
Dua jawatan tertingi yang dimenangi tanpa bertanding adalah Datuk
Seri Najib Tun Razak yang mengekalkan jawatan sebagai presiden manakala
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengekalkan jawatannya sebagai timbalan
presiden.
Penyandang jawatan naib presiden ialah Ahmad Zahid, Hishammuddin dan Shafie.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan