Sebelum pemilihan sayap Wanita,Pemuda dan Puteri Sabtu ramalan popular ialah pasti Datuk Seri Shahrizat Jalil dan Khairy Jamaluddin akan mengekalkan jawatan mereka, manakala Mas Ermieyati Samsudin pula paling ke depan.
Ramalan itu nyata tepat. Namun tiada siapa yang berani menduga Khairy khususnya boleh sapu bersih semua undi sekalipun berdepan dengan empat calon yang 'lightweight' untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO. Mereka ialah Akramsyah Sanusi, Syed Rosli Syed Harman, Irwan Ambak Khalid Izhar dan Abd Karim Ali.
Shahrizat juga tampil cemerlang dalam pergerakan Wanita UMNO berdepan dua pencabar ,Datuk Maznah Mazlan dan Raihan Sulaiman Palestin ditengah bayangan isu NFC yang melanda suaminya.
Mas Ermieyati tentu tidak hadapi masalah untuk ganti Datuk Rosnah Rashid Shirlin kerana beliau merangkul majoriti besar Puteri UMNO dalam saingan dengan Jamilah Hanim.
Keputusan rasmi kemenangan mereka hanya diumumkan jam 3.30 pagi Ahad dalam sidang akhbar terakhir oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Tan Sri Tajol Rosli Ghazali di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Beliau mengisytiharkan Shahrizat telah memperoleh 100 undi, Khairy 97 undi dan Mas Ermieyati 96 undi, daripada 191 bahagian sayap masing-masing.
Namun sebelum itu sekitar jam 10.45 malam sumber-sumber sudah mengesahkan kemenangan mereka menerusi kiraan 'tak rasmi' dari bahagian-bahagian.
Sebenarnya waktu itu kalau ikut kiraan rasmi yang diumumkan oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO keputusan belum banyak lagi keluar.
Kemenangan tidak rasmi Shahrizat, Khairy dan Mas Ermieyati pada waktu itu terserlah bila ketiga mereka memasuki PWTC dan kemudiannya menyertai Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin di vilik VIP ditingkat 5 PWTC.
Siapa saja yang berdiri pada kedudukan Khairy boleh menarik nafas lega yang panjang kerana ' kemenangan sapu bersih' itu adalah suatu endorsement yang tidak boleh dipersoalkan untuk terus memimpin Pemuda UMNO.
Ini mengenangkan Pemuda UMNO pimpinannya sebelum ini boleh kata macam terpecah tiga gara-gara pemilihan sengit tiga penjuru antara beliau,Datuk Seri Dr Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Mahathir semasa pemilihan tahun 2009.
Keputusan pemilihan 2013 ini jelas mengambarkan sentimen pemilihan 2009 tidak melimpah langsung.
Setakat ini hanya mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Gelang Patah saja ditangguhkan kerana ada sedikit pertikaian.
Maka hanya undian 190 bahagian sahaja yang dikira sehingga isu bahagian berkenaan selesai.
Khairy nyata sudah berjaya membina kekuatan sendiri tanpa bayang bapa mertuanya Tun Abdullah Badawi.
Sebelum ini ada juga yang menduga kemunculan Akramsyah,anak kepada bekas Menteri Tan Sri Sanusi Junid mungkin 'mencuri' sebilangan undi bahagian.
Namun ia nyata meleset bila Akramsyah tidak berjaya mendapat undi bahagiannya sendiri,Langkawi.Malah beliau juga tidak dapat undi bahagian Jerlun dan Kubang Pasu.
Tiga calon lain Syed Rosli Syed Harman, Irwan Ambak Khalid Izhar dan Abd Karim Ali memang tidak dianggap satu faktor yang boleh mengugat Khairy.
Sumber-sumber yang rapat dengan Khairy sendiri sebelum ini menduga paling tidak ada tiga empat bahagian mungkin akan bagi pada pencabarnya.
"Kita sendiri tidak sangka boleh sapu bersih.Ini kerana tiada siapa yang boleh agak hala tuju sebegitu ramai perwakilan yang undi.Apa saja boleh jadi.Namun syukur semua memihak kepada kami,"katanya.
Wajah lega juga jelas terpampang pada Shahrizat ketika melangkah masuk ke PWTC kerana diterima balik mengetuai Wanita UMNO dengan penuh bergaya.
Beliau datang bersama suami Dartuk Dr Mohamed salleh Ismail dan anaknya.
Semua orang tahu bagaimana beliau berdepan dengan masalah persepsi negatif kerana kes yang melibatkan suaminya.
Atas sebab ini siapa boleh menolak kemungkinan akan wujud undi protes terhadapnya dalam pemilihan kali ini.
Malah sumber-sumber dari kem Shahrizat sendiri terkejut kerana pencabar terdekatnya Maznah hanya dapat tujuh undi sahaja.
Mereka sendiri tidak menganggap Raihan sebagai saingan serius tetapi ada kebimbangan pada Maznah yang sudah lama jadi Exco Wanita.
Rosnah yang meninggalkan Puteri UMNO kerana faktor habis usia untuk bertanding Exco Wanita UMNO tidak perlu bimbang pada keutuhan sayap pergerakan paling junior dalam UMNO itu.
Kemenangan Mas Ermieyati lebih 100 undi dari 191 bahagian boleh dianggap 'clear win'.
Ini akan memudahkan Ahli Parlimen Masjid Tanah ini terus memimpin pergerakan itu sama seperti tiga ketua sebelumnya,Rosnah,Datuk Noraini Ahad dan Datuk Seri Azalina Othman Said.-13/10/2013
[B]Khairy,Shahrizat dan Mas Ermieyati menang...[/B]
[B]10.45 MALAM -[/B] Kalau ikut keputusan tidak rasmi ketiga-tiga Khairy Jamaluddin,Datuk Seri Shahrizat Jalil dan Mas Ermieyati sudah menang. Pada jam 10.40 malam Ketua Pemuda,Ketua Wanita dan Ketua Puteri UMNO ini sudah memasuki bilik VIP di tingkat 5 Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).Mereka di situ bersama Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Para wartawan dan jurugambar semua sedang standby menanti mereka dijangka akan beredar ke tingkat 4 untuk pengumuman rasmi kemenangan.
Keputusan rasmi agak lewat sikit berbanding keputusan tidak rasmi yang diketahui menerusi sumber-sumber yang layak dipercayai.
Ini kerana keputusan rasmi perlu melalui pengesahan Jawatankuasa Pemilihan UMNO terlebih dahulu sebelum diumumkan.
[B]9.20 MALAM[/B] - Khairy Jamaluddin terus mengekalkan penguasaan keatas undi untuk pertahan jawatan ketua Pemuda UMNO Malaysia.Setakat ini mengikut keputusan tidak rasmi beliau sudah dapat 115 undi dari 191 Bahagian UMNO di seluruh negara.Empat pencabarnya belum dapat sebarang undi.
Pencabar utamanya,anak kepada Tan Sri Sanusi Jund,Akramsyah tidak dapat undi dari bahagian beliau sendiri,Langkawi.Beliau juga tidak dapat undi dari Jerlun dan Kubang Pasu.
Sementara itu Mas Ermieyati sudah dapat 80 undi terus leading jauh berbanding pencabarnya Jamilah Hanim 24 undi bagi jawatan Ketua Puteri UMNO.
Datuk Seri Shahrizat Jalil juga sudah tinggal jauh Datuk Maznah Mazlan.Beliau sudah dapat 43 undi manakala Maznah dua.
[B]6.00 PETANG[/B] - Mengikut keputusan tidak rasmi nampaknya untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO,Khairy Jamaluddin setakat ini mendapat sokongan padu bahagian-bahagian. Sumber-sumber yang layak dipercayai berkata dari 60 bahagian yang sudah dikira semuanya solid undi beliau.
Untuk jawatan Ketua Puteri UMNO pula, Mas Ermieyati 38 undi jauh mendahului saingan tunggalnya, Jamilah Hanim 10.
Datuk Seri Shahrizat pula [I]leading[/I] untuk Ketua Wanita. Beliau dapat empat undi.Maznah Mazlan baru dapat satu dari UMNO Bahagian Cheras, Kuala Lumpur manakala calon ketiga Raihan Sulaiman Palestin belum dapat undi.
[B]SEMENTARA ITU[/B], dalam sidang akhbar kedua Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Tan Sri Tajol Rosli pada jam 6.00 petang Sabtu. Keputusan rasmi semasa untuk calon Ketua Puteri UMNO Mas Ermieyati - 13 undi, Jamilah Hanim - 4 undi.
Calon Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil - 4 undi manakala Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin - 3 undi. Lain-lain calon belum diumumkan.
Menurut Tajol, pihaknya sudah menerima banyak keputusan tetapi mahu mengesahkannya terlebih dahulu sebelum keputusan rasmi diumumkan.
"Jika kita melayari internet kita mungkin dapat (keputusan) lebih dari ini tetapi kita kena sahkan dahulu sebelum kita umumkan," ujarnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan