KOTA BHARU: Keputusan tidak rasmi pemilihan UMNO
Bahagian Kubang Kerian pada Sabtu menyaksikan Datuk Muhammad Abdul Ghani
memenangi jawatan Ketua Bahagian dengan menewaskan pencabarnya, Datuk
Mohamad Noordin Awang.
Muhammad yang juga bekas Presiden Persatuan Bekas Perajurit Malaysia
(PBTM) memperoleh 379 undi mengatasi Mohamad Noordin yang memperoleh 235
undi dengan majoriti sebanyak 144 undi.
Sementara itu, jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian pula telah
dimenangi oleh bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian dengan 301
undi menewaskan Saidi Md. Noor dengan 237 undi dan Arifin Othman yang
memperoleh 78 undi.
Bagi jawatan Naib Ketua Umno bahagian pula, Shamshudin Yusoff menang
dengan majoriti 106 undi apabila mendapat 322 undi berbanding dua
pencabarnya Mohd. Zuki Safi'n, 216 undi dan Ismail Samat dengan 89 undi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan