KUALA LUMPUR: Penyandang kerusi Naib Presiden Umno, Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein berhadapan tentangan sengit daripada Datuk
Mukhriz Mahathir bagi menempatkan kedudukan dalam senarai tiga Naib
Presiden Umno pada pemilihan jawatan tertinggi parti itu.
Sehingga pukul 8 malam Sabtu, kedua-dua pemimpin berkenaan dilihat
bersaing rapat bagi merebut satu lagi tempat jawatan Naib Presiden
selepas dua lagi penyandangnya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan
Datuk Seri Shafie Apdal meninggalkan calon lain jauh ke hadapan.
Keputusan tidak rasmi menunjukkan Hishammuddin meninggalkan Mukhriz
hanya dengan 12 undi apabila beliau mendapat 65 undi. Mukhriz kini
memperoleh 53 undi.
Berada pada kedudukan selesa, Ahmad Zahid kini menerima 117 undi daripada 191 Bahagian Umno di seluruh negara.
Sementara itu Shafie kini berada dibelakang Ahmad Zahid dengan mendapat 106 undi. Dua lagi calon Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Isa Samad masing-masing kini mendapat tujuh undi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan