Pengunjung laman ini yang bernama 'Anak Tiri'. Dia mendesak Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN) supaya tampil memberi penjelasan berkenaan status
mamat Cina yang bernama 'Zairil Khir Johari' ini.
Menurut 'Anak Tiri', banyak kekeliruan timbul dengan penggunaan nama 'Zairil Khir
Johari' yang seolah-olah menunjukkan mamat ini anak kandung kepada Allahyarham Tan Sri
Mohd Khir Johari.
"Sebenarnya 'Zairil' adalah anak tiri Khir Johari. Mak bapak 'Zairil' berbangsa Cina. Bila emak
dia berkahwin dengan Tan Sri Mohd Khir Johari, dia telah menggunakan nama mamat itu sebagai 'Zairil Khir Johari bin
Abdullah', tetapi telah ditukar kepada 'Zairil Khir Johari' saja dalam kad
pengenalannya.
"Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Adakah nama 'Zairil Khir Johari bin Abdullah yang tercacat dalam surat beranak sudah ditukar? JPN mesti beri penjelasan ini.
"Separutnya nama dalam surat beranak mesti sama dengan nama dalam kad
pengenalan," kata 'Anak Tiri' ketika mengulas sebuah artikel bertajuk, "Status Melayu Zairil Terus
Dipertikai".
Status 'Zairil Khir Johari'
Seorang lagi pengunjung yang bernama 'Bunga' berkata, nama 'Zairil'
diberikan oleh Tan Sri Khir Johari apabila beliau berkahwin dengan mak mamat Cina ini yang bernama Rose
Christine Lim iaitu Setiausaha Tan Sri Khir pada tahun 1996.
"Zairil dilahirkan pada 17 Oktober 1982 di Hawaii. Bapaknya bernama Howard Lim. Ketika maknya berkahwin dengan Tan Sri Khir Johari, anak Cina bernama
'Zairil' ini baru berusia 13 tahun.
"Sebab itu nombor Kad Pengenalan 'Zairil' 821017-71-5183 iaitu kod 71 menunjukkan
anak Cina ini bukan dilahirkan dalam Malaysia. Nama asalnya ialah Christopher Ross
Lim," katanya.
Jadi, di mana Melayunya mamat Cina ini? Dan memang patutlah dia mengagungkan DAP daripada UMNO.
Menurut 'Bunga', penjelasan lanjut mengenai latar belakang 'Zairil' boleh dibaca dalam laman web tunkuaisha.blogspot.com.
Biologi Cina
Menurut blog itu, 'Zairil' bukan seorang Melayu seperti didakwa sama ada dari segi biologi ataupun jiwa. Pada dasarnya, orang Melayu akan menerima mana-mana kaum sebagai
seorang Melayu jika mereka mempunyai jiwa Melayu, selain daripada
menjadi seorang Muslim.
Melayu, terutama yang berasal dari Alor Setar, Kedah termasuk penulis blog (tunkuaisha) tahu mengenai latar belakang keluarga Tan Sri Khir Johari yang tinggal di
tempat yang sama.
"Beliau telah berkahwin dengan Puan Sri Kalsom Abdul Rahman (Che Tom)
pada tahun 1943 dan mempunyai 7 orang anak. Selepas Che Tom meninggal
dunia pada 20 September 1994, Tan Sri Khir kemudian berkahwin dengan
Puan Seri Christine Lim pada Februari 1998.
"Puan Seri Christine adalah seorang janda dan beliau mempunyai dua
orang anak daripada perkahwinannya sebelum ini dengan seorang Cina.
Salah seorang daripada anaknya diberi nama 'Zairil Khir Johari', nama
Islam yang mengambil sempena nama suami barunya.
"Zairil berusia 13 apabila ibunya berkahwin dengan Tan Sri Khir. Ini
memberitahu kita bahawa Zairil adalah seratus peratus Cina. Tan Sri Khir
meninggal dunia pada tahun 2006 apabila Zairil berusia 23 tahun, ketika itu dia
sedang belajar di luar negara," dedah blog tunkuaisha.
Pertikaian mahkamah
Menurut blog itu lagi, kes salasilah keturunan itu terbongkar apabila
Tan Sri Khir yang berada bersama Puan Seri Christine telah mengemukakan
saman pemula pada tahun 2001 memohon satu perisytiharan mahkamah bahawa
beliau adalah pemilik sah hartanah di Bukit Damansara yang menjadi
pertikaian dengan enam anaknya serta Pusaka Puan Sri Kalsom Abdul
Rahman.
Tan Sri Khir menamakan 7 anak kandungnya, Rosita, Profesor Amir
Sharifuddin, Roselina, Juanita, Nazli, Mazita, Haizan dan Pusaka
Puan Sri Kalsom @ Che’Tom Abdul Rahman sebagai defendan.
Bagaimanapun, permohonan Mohd Khir itu dibantah oleh defendan dengan
alasan Mahkamah Tinggi Sivil tidak mempunyai bidang kuasa mengikut
Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.
Bantahan defendan yang disokong dengan afidavit Amir, Juanita, Nazli,
Mazita dan Haizan mendakwa mereka beragama Islam dan hartanah terbabit
adalah harta sepencarian di Wilayah Persekutuan yang terikat dengan
hukum syarak.
Sehubungan itu, defendan berkata, hanya Mahkamah Syariah mempunyai
bidang kuasa untuk mendengar kes pertikaian hartanah berkenaan.
Defendan juga mengemukakan permohonan untuk membatalkan saman pemula itu dengan alasan ia menyalahgunakan proses mahkamah. - Blog Daengselili
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan