Rabu, 6 Mei 2015

PM Najib Ucap Tahniah Kepada Calon BN Atas Kemenangan PRK Rompin

5 Mei - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin atas kejayaan BN mengekalkan kerusi Parlimen Rompin dalam pilihan raya kecil (PRK) yang berlangsung, Selasa.

"Tahniah Datuk Hasan Arifin atas kemenangan di PRK Rompin. Hidup Barisan Nasional!," kata Najib yang juga Pengerusi BN dalam catatan laman Twitternya.

BN mengekalkan kerusi itu dengan meraih majoriti 8,895 undi.

Hasan, 62, meraih 23,796 undi berbanding calon PAS Nazri Ahmad, 40, yang memperoleh 14,901 undi.

PRK Rompin diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.

Pada pilihan raya umum ke-13 lalu, Allahyarham Jamaluddin mengekalkan kerusi yang disandangnya hampir enam penggal itu dengan mengalahkan bekas Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa mengulas kemenangan BN berkata kejayaan mengekalkan kerusi Parlimen Rompin itu melambangkan kepercayaan dan keyakinan rakyat yang berterusan kepada BN sebagai parti yang membela mereka.

Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi yang telah memilih calon BN Datuk Hasan.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata parti itu akan melakukan post-mortem mengenai punca kemerosotan undi majoriti dan kekalahan di beberapa Pusat Daerah Mengundi pada PRK itu.
"Rakyat telah memberi isyarat dan BN mesti mengambil berat," katanya dalam satu kenyataan.

Hasan, 62, meraih 23,796 undi menewaskan calon PAS Nazri Ahmad, 40, yang memperoleh 14,901 undi. BN menang dengan majoriti 8,895 undi.

Muhyiddin yang juga Pengarah Utama PRK BN, menzahirkan terima kasih kepada pengundi dan seluruh jentera BN yang bertungkus lumus berkempen memastikan kemenangan calon BN.

Ini termasuk jentera BN di peringkat pusat, negeri dan bahagian serta negeri angkat dan bahagian angkat, katanya.

"Saya berharap agar Datuk Hasan akan meneruskan usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam memberikan khidmat terbaik kepada penduduk di Parlimen Rompin dan terus membangunkan Rompin," kata Muhyiddin.

BN, tegasnya, komited untuk melaksanakan segala akujanji yang dibuat semasa kempen PRK itu.
-BERNAMA

Tiada ulasan:

Transkrip penuh temuramah KP SPRM Mohd Shukri:

"I want to see yo u cerita pengalaman i dalam siasatan kes  personal  1MDB.  Before i proceed I am gonna because, just now i got meet...