Ahad, 17 Mei 2015

Rohingya: Mengapa Aung San Suu Kyi berdiam diri? - Netizen

Rohingya: Mengapa Aung San Suu Kyi berdiam diri? - Netizen
 
KUALA LUMPUR: Presiden Myanmar, Thein Sein dahulunya mencadangkan supaya etnik minoriti Rohingya yang tinggal di Myanmar selama beratus tahun ‘ditempatkan’ semula di luar negara.

Meskipun usul itu ditolak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Presiden Thein memperkenalkan polisi domestik yang tidak mengiktiraf etnik Rohingya sebagai bukan warganegara.

Susulan polisi itu, warga Rohingya mula diusir dan sehingga kini menjadi pelarian di serata negara Asean.

Pemenang anugerah Nobel dan pemimpin pembangkang, Aung San Suu Kyi terus mendiamkan diri mengenai isu ‘penghapusan etnik’ Rohingya ini.

Suu Kyi pernah menimbulkan kontroversi berikutan wawancaranya dalam akhbar the Guardian pada Julai 2012. Ahli politik berusia 69 tahun ini mengatakan bahawa dia tidak mengetahui sekiranya etnik Rohingya boleh dianggap sebagai penduduk Myanmar.

November tahun yang sama Suu Kyi dalam temubual berita India menyifatkan dia mahu mengambil jalan tengah dan berusaha ke arah perdamaian.

Sepanjang minggu ini, dianggarkan lebih 6,000 pendatang asing etnik Rohingya yang terdiri daripada wanita, kanak-kanak dan warga emas menjadi pelarian selepas meninggalkan Myanmar menggunakan bot.

Persoalan yang timbul di laman Twitter tentunya mempersoal Suu Kyi yang terus mendiamkan diri, seakan-akan tidak mahu campur tangan dalam malapetaka kemanusiaan ini.

Tiada ulasan:

Penubuhan Pasukan Khas siasatan kes 1MDB

YAB Perdana Menteri telah bersetuju untuk membentuk satu Pasukan Khas Siasatan 1MDB bagi menjalankan siasatan terperinci berkaitan kes 1MD...