Isnin, 25 Mei 2015
Ukraine akhiri operasi mencari saki-baki mayat di tapak nahas
Pihak berkuasa Ukraine pada Jumaat secara rasmi mengumumkan bahawa operasi mencari saki-baki mayat di lokasi kemalangan pesawat MH17 berakhir.
Ketua Suruhanjaya Kerajaan, Gennady Zubko yang menyiasat kemalangan itu berkata, kesemua mayat yang ditemui telah dihantar ke Belanda, lapor agensi berita Gazeta.ru.
"Sebanyak 297 mayat dijumpai dan hanya 295 daripada mereka telah dikenal pasti dan telah dihantar pulang ke Belanda.
"Operasi mencari mayat, barangan peribadi dan bangkai pesawat telah dihentikan sejak awal bulan Mei," kata Gennady.
Pada 17 Julai 2014, penerbangan milik Malaysia Airlines (MAS) itu dipercayai ditembak jatuh di ruang udara Ukraine ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Seramai 298 penumpang pesawat itu, termasuk 44 rakyat Malaysia, maut dalam kejadian itu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
Telah dikhabarkan bahawa Dajjal Laknatullah dan para wazirnya telah berada di London untuk acara gilang gemilang Olympic 2012. Mereka telah ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan