Ahad, 15 Mei 2016

Ahli Parlimen Jelebu stabil selepas jalani pembedahan tumor otak

Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Zainudin Ismail yang dikejarkan  ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang Jumaat kini dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan akibat ketumbuhan dalam otak atau tumor otak.
 
Menurut anaknya Muhammad Arif, walaupun masih belum sedar namun keadaan ayahnya lebih baik dan menunjukkan respons berbanding ketika di awa ke HKL dari Hospital Jelebu pada waktu tengah hari.
 
“Syukur, Alhamdulillah. Doktor dan Pakar Neorologi, Datuk Dr. Safari selesai menjalankan pembedahan mengeluarkan tumor sebentar tadi. Saya dan ahli keluarga mengucapkan terima kasih kepada mereka semua,” katanya kepada BNBBC. Portal.
 
Katanya, pembedahan mengambil masa lebih tiga jam.
 
Muhammad Arif berkata, pada Isnin lalu ayahnya sudah mendapatkan rawatan di Hospital Tawakkal Kuala Lumpur selepas mendapati kesihatannya terjejas.
 
Bagaimanapun, selepas mengenalpasti punca penyakitnya, Zainudin dibenarkan pulang pada pagi Khamis bagi membolehkan beliau dan keluarganya membuat keputusan untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut.
 
Menurut anaknya itu, keluarga Zainudin turut mengadakan majlis bacaan Yasin malam kelmarin.
 
Katanya, ayah beliau tidak sedarkan diri pagi tadi dan dikejarkan ke Hospital Jelebu sebelum dibawa ke HKL.
 
Pada ketika ini seluruh ahli keluarga Zainudin termasuk isterinya, Datin Ruziah Yaacob berada di hospital berkenaan.
 
Muhammad Arif turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan yang sejak awal lagi banyak membantu termasuk mendapatkan pakar bagi tujuan pembedahan tersebut.
 
“Beliau melawat ayah saya di Tawakkal dan tadi turut berada di sini ketika ayah sedang dibedah.” katanya.
 
Turut melawat Zainudin di HKL sebentar tadi adalah Tan Sri Rais Yatim serta isteri Puan Sri Masnah Rais.
 
Zainudin pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Rais.
 
Muhammad Arif turut meminta orang ramai dan mereka yang mengenali ayahnya mendoakannya supaya cepat sembuh.
 
Bagaimanapun katanya, buat masa ini doctor tidak membenarkan pelawat kerana mahu ayahnya betul-betul berehat selepas pembedahan lewat petang tadi.

Tiada ulasan:

Najib Razak ditahan

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipercayai ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya dekat ...