Khamis, 5 Mei 2016

Helikopter bawa VIP dari Betong ke Kuching hilang dari radar


KUCHING: Helikopter yang dinaiki Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dilaporkan hilang siang tadi.
Menurut sumber, helikopter dari Betong ke Kuching itu djadualkan mendarat di Tarmac Hornbill Skyways Kuching, namun sehingga berita ini ditulis, ia gagal dikesan.

Difahamkan yang turut terlibat dalam penerbangan itu termasuklah suami Noriah, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Juruterbang memaklumkan menara kawalan lokasi mereka berada di sekitar kawasan Triso, Sebuyau sebelum terputus hubungan.

Usaha sedang digerakkan bagi mengesan pesawat berkenaan. – Sarawakvoice.com

Full list yg hilang dalam helikopter berlepas jam 5 petang..

1. YB. Dato’ Noriah Kasnon, Timbalan Menteri MPIC
2. Tuan Asmuni bin Abdullah
3. Datuk Dr. Sundaran Annamalai, KSU MPIC,
4. Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad
5. Ahmad Sobri bin Harun (pengawal peribadi)

Tiada ulasan:

Kes Hafizul: Peringatan dan pengajaran