Rabu, 4 Mei 2016

Tun M menentang kerajaan maka khidmat polis pengiring ditamatkan

Khalid Abu Bakar
Khalid Abu Bakar

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan beliau telah mengeluarkan arahan penarikan balik polis pengiring bermotosikal untuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bercakap kepada pemberita di Kota Kinabalu hari ini, Khalid bagaimanapun berkata, penarikan balik itu sebenarnya bergantung kepada keadaan, bukan sepenuhnya.

Menurut Khalid, khidmat pengawal pengiring iaitu pegawai polis dari Unit Tindakan Khas bagi Dr Mahathir masih diteruskan.

"Cuma khidmat pengiring trafik yang telah dihentikan dan kita tidak pernah mahu menarik balik khidmat pengawal pengiring atau 'Bodyguard' Tun M... jadi keselamatan beliau sentiasa lagi dikawal oleh pegawai polis," katanya selepas majlis penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara (PKN), di sini hari ini.

Katanya, keputusan tersebut dibuat kerana polis tidak mahu terbabit dalam acara-acara yang bercanggah dengan undang-undang dan perlembagaan yang dihadiri Dr. Mahathir seperti himpunan haram Bersih, anti-GST dan deklarasi rakyat.

“Bagaimana kami ( polis) nak iring beliau ke acara-acara itu? Kami tidak boleh sokong. Maka saya putuskan tarik balik,” katanya.

Sementara itu, bekas Menteri Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Rais Yatim yang sebelum ini mengkritik keputusan penarikan balik polis pengiring itu berkata, beliau telah bertanyakan perkara tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, beliau dimaklumkan oleh perdana menteri, keputusan tersebut hanya bertujuan menghalang kemudahan polis pengiring disalahguna bagi kempen menentang kerajaan.

"PM beritahu tadi pemandu bermotor Tun M tidak ditarik balik. Hanya halang dia salahguna kemudahan itu bagi kempen menentang kerajaan," kata Rais di laman twitternya kelmarin.

Tiada ulasan:

Musuh sebenar Yahudi bukan Palestin, tapi Bani Jawi.

BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...