Jumaat, 13 Mei 2016

PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar serentak 18 Jun


Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Perak akan diadakan serentak dengan Parlimen Sungai Besar, Selangor pada 18 Jun ini.

Hari penamaan calon bagi kedua-dua PRK itu pula ditetapkan pada 5 Jun ini.

Kedua-dua tarikh tersebut diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah pada satu sidang media di Putrajaya di sini, sebentar tadi.

Kekosongan itu berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam tragedi helikopter di Sebuyau Sarawak, 5 Mei lalu.--MalaysiaGazette

Tiada ulasan: