Rabu, 4 Mei 2016

Peguam Negara nafi tutup kes Phang Li Koon

Tan Sri Mohamed Apandi Ali
Tan Sri Mohamed Apandi Ali

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini menegaskan pihaknya sehingga kini belum membuat sebarang keputusan berkaitan kes ahli perniagaan Phang Li Koon yang didakwa telah membuat kenyataan palsu dalam suatu akuan berkanun melibatkan isu pembelian banglo oleh Ketua Menteri Pulau Pinang.

Mohamed Apandi dalam satu kenyataan berkata, kes tersebut masih dalam proses kajian dan tindakan oleh pihaknya.

Beliau merujuk laporan akhbar The Sun Daily dan The New Straits Times Online masing-masing bertarikh 4 Mei 2016 yang melaporkan Peguam Negara telah membuat keputusan untuk menutup siasatan melibatkan ahli perniagaan tersebut.

"Jabatan Peguam Negara ingin menegaskan sehingga kini Peguam Negara belum membuat apa-apa keputusan berkaitan kes berkenaan dan ia masih dalam proses kajian dan tindakan Peguam Negara," katanya. - MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Najib Razak ditahan

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipercayai ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya dekat ...